Berita Kampus Archives - Berita 鶹 /beritaukm/category/berita-kampus/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Fri, 03 Jul 2026 02:09:27 +0000 en-US hourly 1 HCTM Jalankan Pembedahan Prosedur Perentak Jantung Tanpa Wayar /beritaukm/hctm-jalankan-pembedahan-prosedur-perentak-jantung-tanpa-wayar/ /beritaukm/hctm-jalankan-pembedahan-prosedur-perentak-jantung-tanpa-wayar/#respond Fri, 03 Jul 2026 02:09:26 +0000 /beritaukm/?p=4916 Oleh Asmahanim AmirFoto Ikhwan Hashim CHERAS, 1 Julai 2026 – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia buat pertama kalinya telah melaksanakan prosedur Perentak Jantung Tanpa Wayar (Leadless Pacemaker) iaitu…

The post HCTM Jalankan Pembedahan Prosedur Perentak Jantung Tanpa Wayar appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

CHERAS, 1 Julai 2026 – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia buat pertama kalinya telah melaksanakan prosedur Perentak Jantung Tanpa Wayar (Leadless Pacemaker) iaitu teknologi canggih yang berfungsi menghantar impuls elektrik bagi memastikan degupan jantung kekal normal, khususnya untuk pesakit bradycardia iaitu degupan jantung perlahan.

Pakar Kardiologi, Elektrofisiologi dan Perubatan Dalaman, Jabatan Perubatan, HCTM, Dr Mohd Asyiq Al-Fard Mohd Raffali berkata inovasi tanpa wayar ini lebih selamat dengan risiko komplikasi yang minima.

“Prosedur ini ini menggunakan dua kapsul kecil bersaiz 3.8 sentimeter yang diletakkan terus di ruang atas atau chambers di dalam jantung. Ini bermakna tiada pacemaker yang diletakkan di bawah kulit dada seperti pacemaker lama dan menjadikan pesakit lebih selesa.

“Pesakit juga tidak perlu risau dengan risiko terkena jangkitan seperti yang berlaku dengan penggunaan pacemaker lama,” ketanya selepas menjalankan prosedur pembedahan bagi memasukkan dua pacemaker ke atas pesakit jantung iaitu seorang wanita berusia 64 tahun yang mengambil masa sejam, baru-baru ini.

Beliau berkata pesakit itu mengalami kanser payudara dan pernah menjalani kemoterapi. Kesan daripada rawatan kenser tersebut, banyak urat di bahagian berkenaan mengecut.

“Bagi pesakit ini, sekiranya diletakkan bateri (pacemaker) dan wayar, mungkin prosedur ini akan menjadi lebih rumit dan dalam jangka masa lama, urat boleh tersumbat sepenuhnya. Jadi, kaedah dual pacemaker ini adalah yang terbaik untuknya,” katanya.

Pada hari yang sama, Dr Mohd Asyiq Al-Fard turut menjalankan pembedahan terhadap seorang warga emas yang aktif menjaga cucu dan memasak.

“Sekiranya menggunakan pacemaker lama, ia akan mengganggu pergerakan nenek tersebut. Jadi, bila kita letak pacemaker ke dalam jantung, lebih selesa untuknya,” katanya.

Dual pacemaker sesuai digunakan oleh pesakit dengan keperluan tertentu seperti pesakit kanser dan pesakit yang menjalani dialisis kerana pacemaker terletak di dalam jantung berbanding pacemaker konvensional yang boleh mengganggu keselesaan pesakit dalam menjalankan aktiviti harian. Selain itu, ia juga sesuai untuk penghidap demensia atau nyanyuk.

Dr. Mohd. Asyiq Al-Fard berkata jangka hayat pacemaker ini juga lebih lama berbanding pacemaker konvensional sebelum ini iaitu sekitar 10 hingga 15 tahun.

“Ia dimasukkan melalui pembuluh darah pada pangkal paha kaki terus ke jantung menggunakan kateter yang fleksibel. Kedua-dua alat ini akan berkomunikasi antara satu sama lain untuk mengatur detak jantung,” ujarnya.

Tambah beliau, proses implan itu lebih singkat berbanding implan lama dan proses pemulihan pesakit juga lebih cepat iaitu sekitar dua hari.

“Bagaimanapun pada hari pertama dan kedua, pesakit perlu menjaga jahitan pada paha selepas pembedahan,” katanya.

Katanya lagi, pesakit juga perlu membuat rawatan susulan untuk memeriksa penetapan perimeter dan daripada data syarikat pengeluar, kadar penerimaan adalah tinggi iaitu 90 peratus dan jarang berlaku penolakan dengan risiko sangat rendah.

The post HCTM Jalankan Pembedahan Prosedur Perentak Jantung Tanpa Wayar appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/hctm-jalankan-pembedahan-prosedur-perentak-jantung-tanpa-wayar/feed/ 0
鶹 Cipta Sejarah, Lonjak Tangga Ke-7 Dunia dalam THE Impact Ratings 2026 /beritaukm/ukm-cipta-sejarah-lonjak-tangga-ke-7-dunia-dalam-the-impact-ratings-2026/ /beritaukm/ukm-cipta-sejarah-lonjak-tangga-ke-7-dunia-dalam-the-impact-ratings-2026/#respond Tue, 30 Jun 2026 05:01:47 +0000 /beritaukm/?p=4892 BANGI, 24 Jun 2026 – 鶹 mencipta sejarah apabila menduduki tangga ke-7 dunia dalam Times Higher Education (THE) Impact Ratings 2026, sekali gus menempatkan 鶹 dalam kelompok…

The post 鶹 Cipta Sejarah, Lonjak Tangga Ke-7 Dunia dalam THE Impact Ratings 2026 appeared first on Berita 鶹.

]]>
BANGI, 24 Jun 2026 – 鶹 mencipta sejarah apabila menduduki tangga ke-7 dunia dalam Times Higher Education (THE) Impact Ratings 2026, sekali gus menempatkan 鶹 dalam kelompok satu peratus universiti terbaik dunia berdasarkan impak terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pencapaian ini merupakan kedudukan tertinggi pernah dicapai 鶹 dan mencerminkan lonjakan prestasi yang amat membanggakan dalam tempoh tiga tahun.

鶹 meningkat daripada kelompok 201–300 dunia pada 2024, kepada tangga ke-53 dunia pada 2025, sebelum melonjak ke kedudukan ke-7 dunia pada 2026.

Skor keseluruhan 鶹 turut meningkat secara konsisten daripada 80.2 peratus pada 2024, kepada 92.2 peratus pada 2025 dan 96.3 peratus pada 2026.

THE Impact Ratings menilai sumbangan institusi pengajian tinggi terhadap pelaksanaan 17 SDGs. Dalam edisi 2026, 鶹 mencatat pencapaian cemerlang apabila menduduki tempat ke-2 dunia bagi SDG 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kuat (Peace, Justice and Strong Institutions), ke-4 dunia bagi SDG 1: Tiada Kemiskinan (No Poverty) dan SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan (Sustainable Cities and Communities), serta ke-10 dunia bagi SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat (Partnerships for the Goals).

鶹 turut berada pada kedudukan ke-13 dunia bagi SDG 8, ke-15 bagi SDG 15, ke-16 bagi SDG 14, ke-18 bagi SDG 3 dan ke-19 bagi SDG 2.

Secara keseluruhan, 鶹 meningkatkan pencapaian dalam sembilan SDG, mengekalkan prestasi dalam tiga SDG, serta berjaya menempatkan sembilan SDG dalam kelompok 20 terbaik dunia.

Antara lonjakan paling ketara ialah SDG 16 yang meningkat daripada kedudukan ke-26 kepada ke-2 dunia, SDG 11 daripada ke-21 kepada ke-4 dunia, SDG 15 daripada ke-56 kepada ke-15 dunia dan SDG 8 daripada ke-36 kepada ke-13 dunia.

Naib Canselor 鶹, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh berkata pencapaian tersebut membuktikan keberkesanan pendekatan holistik 鶹 dalam mengintegrasikan agenda kelestarian dalam pendidikan, penyelidikan, inovasi, tadbir urus dan penglibatan masyarakat.

“Pencapaian ini bukan sekadar pengiktirafan dalam penarafan dunia, tetapi bukti bahawa 鶹 berjaya menterjemahkan ilmu, penyelidikan dan inovasi kepada impak sebenar yang dirasai oleh masyarakat, negara dan komuniti global.

“Kejayaan ini adalah hasil komitmen serta usaha berterusan seluruh warga 鶹 dalam menjadikan ilmu sebagai pemangkin perubahan ke arah masa depan yang lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan,” katanya.

Beliau berkata kejayaan ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, Dasar Kelestarian 鶹 dan komitmen universiti untuk mencapai sasaran Net Zero Carbon 2040.

“Momentum tersebut akan terus diperkukuh menerusi pelaksanaan Pelan Strategik TEKAD57 鶹 2026–2030, khususnya dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan, penyelidikan, inovasi, kelestarian dan tadbir urus,” ujarnya.

Tambah beliau, pencapaian tersebut mengukuhkan peranan 鶹 bukan sahaja sebagai universiti kebangsaan, malah sebagai institusi bertaraf dunia yang mampu memimpin agenda kelestarian global melalui falsafahnya “Iman, Ilmu dan Amal: Memimpin Kelestarian Global.”

The post 鶹 Cipta Sejarah, Lonjak Tangga Ke-7 Dunia dalam THE Impact Ratings 2026 appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/ukm-cipta-sejarah-lonjak-tangga-ke-7-dunia-dalam-the-impact-ratings-2026/feed/ 0
Pelajar Fakulti Perubatan 鶹 Terima Biasiswa YDPA /beritaukm/pelajar-fakulti-perubatan-ukm-terima-biasiswa-ydpa/ /beritaukm/pelajar-fakulti-perubatan-ukm-terima-biasiswa-ydpa/#respond Mon, 29 Jun 2026 04:53:09 +0000 /beritaukm/?p=4874 Oleh Naga Darsshini A/P Manickavasakam KUALA LUMPUR, 25 Jun 2026 – Seorang pelajar Sarjana dari Jabatan Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif (DTREM), Fakulti Perubatan 鶹, Lim Fang telah…

The post Pelajar Fakulti Perubatan 鶹 Terima Biasiswa YDPA appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Naga Darsshini A/P Manickavasakam

KUALA LUMPUR, 25 Jun 2026 – Seorang pelajar Sarjana dari Jabatan Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif (DTREM), Fakulti Perubatan 鶹, Lim Fang telah menerima Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA)2026 bagi menyokong pengajian dan penyelidikannya dalam bidang penyembuhan luka diabetik.

Beliau telah menerima anugerah ini daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Menurut Lim Fang, penganugerahan ini merupakan satu penghormatan yang amat bermakna dan menjadi pemangkin untuk beliau terus menghasilkan penyelidikan yang berkualiti tinggi serta memberi manfaat kepada masyarakat.

“Biasiswa ini memberikan peluang kepada saya untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada penyelidikan dan memperluaskan pengetahuan dalam bidang penyembuhan luka diabetik.

“Saya berharap kajian yang dijalankan dapat menyumbang kepada pembangunan strategi rawatan yang lebih berkesan bagi membantu pesakit diabetes yang mengalami komplikasi luka kronik,” katanya.

Penyelidikan beliau yang bertajuk Kesan-kesan jujukan peptida berdasarkan hubungan struktur dan fungsi peptida terbitan LL-37 terhadap fungsi sel kulit manusia dalam keadaan hiperglisemia’memberi tumpuan kepada pemahaman kesan rantainan peptida terhadap fungsi sel fibroblas dermis manusia dalam persekitaran hiperglisemik.

Kajian ini bertujuan mengenal pasti ciri-ciri peptida yang berpotensi merangsang proses penyembuhan luka serta menyokong pembangunan terapi baharu untuk rawatan luka diabetik.

Sementara itu, penyelianya, Dr. Nur Izzah Md Fadilah berpendapat kejayaan tersebut sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan kesungguhan Lim Fang dalam bidang penyelidikan.

“Penganugerahan BYDPA merupakan satu pencapaian yang membanggakan kerana biasiswa ini diberikan kepada pelajar yang menunjukkan kecemerlangan akademik dan potensi penyelidikan yang tinggi.

“Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan keupayaan pelajar 鶹 untuk bersaing di peringkat tertinggi, malah mencerminkan kekuatan ekosistem penyelidikan Fakulti Perubatan 鶹 dalam melahirkan penyelidik muda yang berdaya saing,” katanya.

The post Pelajar Fakulti Perubatan 鶹 Terima Biasiswa YDPA appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/pelajar-fakulti-perubatan-ukm-terima-biasiswa-ydpa/feed/ 0
Lebih Ramai Pelajar Perlu Sertai MySISWA JoC. – TNC HEPA /beritaukm/lebih-ramai-pelajar-perlu-sertai-mysiswa-joc-tnc-hepa/ /beritaukm/lebih-ramai-pelajar-perlu-sertai-mysiswa-joc-tnc-hepa/#respond Mon, 29 Jun 2026 04:50:47 +0000 /beritaukm/?p=4869 Oleh YM Raja Nur Aina Raja Hussain ShahFoto Shahiddan Saidi BANGI, 25 Jun 2026 – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman mahu…

The post Lebih Ramai Pelajar Perlu Sertai MySISWA JoC. – TNC HEPA appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh YM Raja Nur Aina Raja Hussain Shah
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 25 Jun 2026 – Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman mahu lebih ramai pelajar menyertai Program MySISWA Job on Campus (JoC), sebuah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang memberi peluang kepada pelajar memperoleh pengalaman kerja sebenar sambil menjana pendapatan tambahan dalam persekitaran universiti.

Beliau berkata, program tersebut bukan sahaja membantu pelajar menambah duit poket, malah menjadi platform terbaik untuk membangunkan kemahiran insaniah dan memperkukuh pengalaman kerja yang dapat meningkatkan nilai resume mereka selepas bergraduasi.

“Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman kerja dalam suasana profesional tanpa menjejaskan komitmen akademik.

“Selain memperoleh pendapatan tambahan, mereka juga dapat membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi, kepimpinan serta pengalaman yang sangat bernilai untuk kerjaya masa hadapan,” katanya.

Beliau turut menggesa semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang terlibat agar memastikan proses pembayaran elaun kepada pelajar dilaksanakan dengan pantas sebaik sahaja tugasan disahkan bagi memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara.

Melalui program ini, pelajar yang terpilih akan menerima kadar bayaran sebanyak RM6 sejam dengan had maksimum 20 jam seminggu sepanjang semester dan sehingga 40 jam seminggu semasa cuti semester.

Antara skop pekerjaan yang ditawarkan termasuk bidang dokumentasi dan operasi, perkhidmatan, teknikal, tugasan berasaskan projek atau profesional serta keusahawanan.

Kesemua tugasan yang ditawarkan tidak melibatkan pekerjaan berisiko tinggi atau pekerjaan kategori 3D (Dirty, Dangerous and Difficult).

Program MySISWA Job on Campus terbuka kepada pelajar warganegara Malaysia yang berstatus aktif dalam pengajian Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) dan telah menamatkan sekurang-kurangnya satu semester pengajian serta mempunyai Purata Nilai Gred (PNG) minimum 2.50.

Melalui inisiatif ini, 鶹 berharap lebih ramai pelajar dapat memanfaatkan peluang yang disediakan untuk menambah duit poket, memperoleh pengalaman kerja yang relevan dan membina resume yang lebih mantap sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

The post Lebih Ramai Pelajar Perlu Sertai MySISWA JoC. – TNC HEPA appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/lebih-ramai-pelajar-perlu-sertai-mysiswa-joc-tnc-hepa/feed/ 0
Alumni 鶹 Sumbang Hampir RM200,000 untuk Pembangunan Universiti /beritaukm/alumni-ukm-sumbang-hampir-rm200000-untuk-pembangunan-universiti/ /beritaukm/alumni-ukm-sumbang-hampir-rm200000-untuk-pembangunan-universiti/#respond Wed, 24 Jun 2026 05:49:59 +0000 /beritaukm/?p=4853 BANGI, 23 Jun 2026 – Pusat Perhubungan Alumni, 鶹 menerima sumbangan berjumlah RM198,886.13 daripada para alumninya melalui program Alumni Balik Kampus yang diadakan bersempena Hari Alumni 鶹,…

The post Alumni 鶹 Sumbang Hampir RM200,000 untuk Pembangunan Universiti appeared first on Berita 鶹.

]]>
BANGI, 23 Jun 2026 – Pusat Perhubungan Alumni, 鶹 menerima sumbangan berjumlah RM198,886.13 daripada para alumninya melalui program Alumni Balik Kampus yang diadakan bersempena Hari Alumni 鶹, baru-baru ini.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM148,000 akan disalurkan kepada kolej-kolej kediaman dan Pusat Tanggungjawab (PTj) bagi menyokong inisiatif tajaan 27 bilik pelajar dan juga tajaan dua penapis air.

Menurut Naib Canselor 鶹, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, program Alumni Balik Kampus 2026 merupakan manifestasi komitmen universiti dalam menyahut agenda Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui inisiatif “Alumni Back to Campus”, yang menekankan peranan alumni sebagai aset strategik dan rakan pembangunan universiti.

“Program ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan antara alumni dan alma mater, malah membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, pengalaman industri serta sumbangan yang memberi manfaat kepada mahasiswa, universiti dan masyarakat,” katanya.

Beliau juga menyeru agar lebih ramai alumni menyertai program-program anjuran universiti demi kelangsungan kecemerlangan 鶹 di peringkat nasional dan antarabangsa.

Program Alumni Balik Kampus yang berlangsung pada 18 hingga 21 Jun 2026 diadakan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara alumni dan universiti serta menjadi platform strategik untuk menyemai semangat kebersamaan, menyumbang idea dan merangsang inisiatif filantropi dalam kalangan alumni.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, program ini bukan sekadar perhimpunan tahunan bekas pelajar, malah merupakan platform strategik yang memperkukuh hubungan antara alumni, universiti dan mahasiswa.

“Alumni merupakan aset penting universiti yang mampu menyumbang dalam pelbagai bentuk termasuk perkongsian kepakaran, pembangunan kerjaya mahasiswa, jaringan industri serta sokongan filantropi bagi memperkasa agenda pendidikan tinggi negara,” katanya yang juga merupakan Penasihat Program Alumni Balik Kampus.

Sepanjang program ini, pelbagai pengisian menarik telah diadakan termasuk Majlis Bacaan Yasin dan Forum Perdana Alumni, Konsert Gala Alumni:Melodi Sepanjang Zaman, Pertandingan Sukan Alumni antara Kolej serta Majlis Hi-TeaAlumni yang berjaya menghimpunkan hampir 500 alumni daripada pelbagai latar belakang dan generasi.

Majlis Hi-Tea adalah acara kemuncak program yang menjadi salah satu penghargaan kepada para alumni atas sumbangan dan sokongan berterusan mereka kepada universiti.

Majlis ini memberi peluang kepada alumni untuk mengimbau kembali kenangan serta pengalaman sepanjang bergelar mahasiswa di kampus suatu ketika dahulu.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pro-Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tan Sri Dato’ Seri Alimuddin Mohd Dom, yang juga merupakan alumni 鶹 bagi kohort tahun 1976.

Melalui program ini juga, 鶹 turut melancarkan Alumni360, iaitu sebuah platform pembelajaran sepanjang hayat yang menawarkan peluang kepada alumni untuk terus mengembangkan pengetahuan, kemahiran profesional dan jaringan strategik sepanjang fasa kehidupan mereka.

The post Alumni 鶹 Sumbang Hampir RM200,000 untuk Pembangunan Universiti appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/alumni-ukm-sumbang-hampir-rm200000-untuk-pembangunan-universiti/feed/ 0
鶹 Kekal dalam Kelompok 150 Universiti Terbaik Dunia /beritaukm/ukm-kekal-dalam-kelompok-150-universiti-terbaik-dunia/ /beritaukm/ukm-kekal-dalam-kelompok-150-universiti-terbaik-dunia/#respond Sat, 20 Jun 2026 00:29:27 +0000 /beritaukm/?p=4810 Oleh Murniati Abu Karim BANGI, 18 JUN 2026 – 鶹 mengekalkan kedudukannya dalam kelompok 150 universiti terbaik dunia apabila berada di tangga ke-130 dalam QS World University…

The post 鶹 Kekal dalam Kelompok 150 Universiti Terbaik Dunia appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim

BANGI, 18 JUN 2026 – 鶹 mengekalkan kedudukannya dalam kelompok 150 universiti terbaik dunia apabila berada di tangga ke-130 dalam QS World University Rankings 2027.

Dalam penarafan terbaharu, 鶹 mencatat peningkatan 81 anak tangga bagi indikator Sitasi per Fakulti, di samping merekodkan kenaikan 38 anak tangga dalam Jaringan Penyelidikan Antarabangsa, 35 anak tangga dalam Kelestarian dan 16 anak tangga dalam indikator Pelajar Antarabangsa.

Walaupun mencatatkan sedikit penurunan berbanding tahun sebelumnya, 鶹 masih berada dalam kelompok 10 peratus universiti terbaik daripada 1,504 institusi yang disenaraikan serta dalam kelompok dua peratus teratas daripada 8,808 institusi yang dinilai di seluruh dunia.

Menurut Naib Canselor Prof Dato Dr Sufian Jusoh, kedudukan tersebut perlu dilihat dalam konteks persaingan global yang semakin sengit.

“Penarafan ini merupakan salah satu penanda aras penting untuk menilai prestasi dan mengenal pasti ruang penambahbaikan.

“Pada masa yang sama, kekuatan universiti perlu dilihat dari segi kualiti pendidikan, impak penyelidikan dan sumbangannya kepada masyarakat.

“Kami akan terus memberi tumpuan kepada semua aspek ini dalam usaha meningkatkan prestasi universiti secara menyeluruh,” katanya.

Tambahnya, pencapaian ini adalah hasil usaha, dedikasi dan komitmen seluruh warga 鶹 yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dalam pengajaran, penyelidikan, inovasi dan perkhidmatan.

“Terima kasih kepada semua warga 鶹 atas sumbangan yang telah mengangkat nama universiti ke persada antarabangsa. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mencapai prestasi yang lebih cemerlang pada masa hadapan,” katanya.

The post 鶹 Kekal dalam Kelompok 150 Universiti Terbaik Dunia appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/ukm-kekal-dalam-kelompok-150-universiti-terbaik-dunia/feed/ 0
41 Graduan Tamat Program Medikolegal FSK 鶹 /beritaukm/41-graduan-tamat-program-medikolegal-fsk-ukm/ /beritaukm/41-graduan-tamat-program-medikolegal-fsk-ukm/#respond Sat, 20 Jun 2026 00:26:37 +0000 /beritaukm/?p=4806 Oleh Dr. Nor Afifi Razaob dan Prof. Madya Dr. Noor Hazfalinda Hamzah BANGI, 13 Jun 2026 – 41 orang peserta Program Sijil Profesional Medikolegal dalam Praktis Penjagaan Kesihatan Kohort Ke-6…

The post 41 Graduan Tamat Program Medikolegal FSK 鶹 appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Dr. Nor Afifi Razaob dan Prof. Madya Dr. Noor Hazfalinda Hamzah

BANGI, 13 Jun 2026 – 41 orang peserta Program Sijil Profesional Medikolegal dalam Praktis Penjagaan Kesihatan Kohort Ke-6 anjuran Fakulti Sains Kesihatan (FSK), 鶹 telah diraikan dalam sebuah majlis graduasi.

Peserta program terdiri daripada pelbagai disiplin profesional, merangkumi bidang perubatan, pergigian, kesihatan, pentadbiran serta insurans.

Peserta terbaik program, Dr. Dorothy D’Anne Sendanasamy, Pegawai Perubatan Kanan, Unit Medikolegal, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, menyifatkan program tersebut sebagai tersusun dan memberi impak besar terhadap peningkatan kompetensi profesional beliau dalam bidang medikolegal.

“Memandangkan saya mengendalikan kes-kes medikolegal di hospital, kursus ini telah meningkatkan pengetahuan saya dengan ketara serta memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai prinsip-prinsip perundangan dan proses mahkamah yang berkaitan dengan tugas saya.

“Pengetahuan yang diperoleh akan memberi manfaat yang besar dalam amalan profesional saya,” katanya.

Beliau turut memuji kualiti penyampaian para pensyarah yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang medikolegal.

Menurutnya, kandungan kursus disampaikan secara mendalam dan jelas, manakala sesi perbincangan yang interaktif membolehkan peserta mendapatkan penjelasan yang komprehensif terhadap pelbagai isu yang dibangkitkan.

“Keupayaan para pensyarah menjawab soalan dengan yakin dan terperinci turut mencerminkan tahap kepakaran mereka dalam bidang tersebut.

“Selain itu, bahan pembelajaran yang disediakan didapati mencukupi dan relevan dengan keperluan peserta, manakala kaedah penilaian yang digunakan memberi ruang yang sesuai untuk membuat persediaan dan menyiapkan tugasan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau juga menyifatkan program ini sebagai tersusun dengan baik serta memberikan manfaat yang besar dalam meningkatkan kefahaman berkaitan aspek medikolegal yang semakin penting dalam amalan penjagaan kesihatan masa kini.

“Walaupun tempoh program agak singkat, kandungan yang disampaikan berjaya memenuhi objektif pembelajaran yang telah ditetapkan,” jelasnya.

Beliau turut berpandangan bahawa sesi terakhir Courtroom Advocacy yang sebenar prosiding mahkamah berpotensi memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran peserta.

“Pendekatan tersebut dapat memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam situasi yang menyerupai amalan sebenar, sekaligus memperkukuh pemahaman terhadap aspek medikolegal secara lebih praktikal,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur atas usaha cemerlang dalam merancang dan melaksanakan program tersebut dengan lancar dan berkesan.

“Program ini merupakan satu pengalaman pembelajaran yang amat bermakna dan wajar disyorkan kepada para profesional yang terlibat dalam bidang medikolegal,” tambah beliau.

Semua peserta mengakui program sijil profesional ini banyak membantu meningkatkan kefahaman dan keyakinan mereka untuk mendepani cabaran profesional dan medikolegal dalam sektor penjagaan kesihatan.

The post 41 Graduan Tamat Program Medikolegal FSK 鶹 appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/41-graduan-tamat-program-medikolegal-fsk-ukm/feed/ 0
鶹 Perkasa Mahasiswa Melalui Program MySISWA Job on Campus (JoC) /beritaukm/ukm-perkasa-mahasiswa-melalui-program-mysiswa-job-on-campus-joc/ /beritaukm/ukm-perkasa-mahasiswa-melalui-program-mysiswa-job-on-campus-joc/#respond Mon, 15 Jun 2026 01:26:23 +0000 /beritaukm/?p=4779 Oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni  鶹 terus memperkukuh agenda pembangunan mahasiswa menerusi pelancaran Program MySISWA Job on Campus (JoC) bersempena Hari Kerjaya 鶹…

The post 鶹 Perkasa Mahasiswa Melalui Program MySISWA Job on Campus (JoC) appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni 

鶹 terus memperkukuh agenda pembangunan mahasiswa menerusi pelancaran Program MySISWA Job on Campus (JoC) bersempena Hari Kerjaya 鶹 2026, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman kerja sebenar sambil meneruskan pengajian.

Program yang dilaksanakan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan MADANI dalam memperkasa kebajikan mahasiswa dan meningkatkan kebolehpasaran graduan di peringkat nasional.

Menerusi Belanjawan MADANI 2026, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pelaksanaan Program MySISWA Job on Campus di universiti awam (UA) seluruh negara. Sebagai salah sebuah universiti peneraju negara, 鶹 menerima peruntukan awal sebanyak RM200,000 bagi melaksanakan program tersebut.

Pelancaran rasmi Program MySISWA Job on Campus Universiti Awam Malaysia telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir secara langsung dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), menandakan komitmen berterusan kerajaan dalam menyediakan ekosistem pendidikan tinggi yang lebih inklusif dan responsif terhadap keperluan mahasiswa.

Sambutan terhadap program itu di 鶹 amat memberangsangkan apabila permohonan jawatan daripada fakulti, institut dan pusat tanggungjawab universiti hampir mencecah separuh daripada jumlah peruntukan yang diterima, sekali gus membuktikan kesediaan warga universiti untuk menjayakan inisiatif berkenaan.

Program ini membuka peluang kepada mahasiswa memperoleh pengalaman kerja sambilan yang relevan dengan persekitaran pembelajaran mereka. Selain membantu menjana pendapatan tambahan, ia turut memberi ruang kepada pelajar mengasah kemahiran, memahami ekosistem pekerjaan sebenar serta meningkatkan daya saing sebelum melangkah ke alam kerjaya.

Menurut beliau, pendekatan ‘belajar sambil bekerja’ yang diterapkan menerusi program tersebut memberi nilai tambah kepada mahasiswa kerana mereka berpeluang membangunkan kemahiran komunikasi, kepimpinan, pengurusan masa, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah dalam situasi sebenar.

Bagi memastikan pelaksanaan program berjalan secara cekap, telus dan sistematik, 鶹 turut membangunkan Sistem Pengurusan MySISWA Job on Campus yang boleh diakses secara dalam talian melalui portal rasmi di joc.ukm.my. Sistem bersepadu itu merangkumi pengurusan iklan pekerjaan, permohonan pelajar, pemantauan pelaksanaan tugas serta proses tuntutan bayaran.

Langkah tersebut bukan sahaja memudahkan urusan pentadbiran, malah meletakkan asas yang kukuh bagi memastikan program berkenaan dapat diteruskan secara mampan pada masa hadapan, termasuk melalui penggunaan peruntukan dalaman universiti sekiranya tiada tambahan dana daripada KPT.

Menerusi program tersebut, mahasiswa berpeluang menceburi pelbagai bidang pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran dan latar belakang masing-masing, meliputi dokumentasi dan operasi, perkhidmatan, teknikal, keusahawanan serta projek dan profesional. Namun demikian, program ini tidak melibatkan pekerjaan berisiko tinggi atau pekerjaan yang dikategorikan sebagai 3D (Dirty, Dangerous and Difficult).

Pelaksanaan MySISWA Job on Campus di 鶹 dilihat sebagai satu langkah progresif dalam merapatkan jurang antara teori dan amalan, sekali gus melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah memiliki pengalaman kerja, kemahiran insaniah dan daya tahan yang tinggi.

Dengan sokongan kerajaan, komitmen universiti serta kesediaan mahasiswa untuk merebut peluang yang ditawarkan, Program MySISWA Job on Campus diyakini mampu menjadi platform strategik dalam melahirkan graduan yang lebih kompeten, berdaya saing dan bersedia menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta kemajuan negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

The post 鶹 Perkasa Mahasiswa Melalui Program MySISWA Job on Campus (JoC) appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/ukm-perkasa-mahasiswa-melalui-program-mysiswa-job-on-campus-joc/feed/ 0
鶹 sasar lebih ramai graduan raih gaji RM4,000 ke atas /beritaukm/ukm-sasar-lebih-ramai-graduan-raih-gaji-rm4000-ke-atas/ /beritaukm/ukm-sasar-lebih-ramai-graduan-raih-gaji-rm4000-ke-atas/#respond Mon, 15 Jun 2026 01:17:57 +0000 /beritaukm/?p=4774 Oleh Murniati Abu KarimFoto Shahiddan Saidi BANGI, 9 Jun 2026 – 鶹 terus memperkasa agenda kebolehpasaran graduan dengan menyasarkan lebih ramai graduan memperoleh gaji premium melebihi RM4,000…

The post 鶹 sasar lebih ramai graduan raih gaji RM4,000 ke atas appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 9 Jun 2026 – 鶹 terus memperkasa agenda kebolehpasaran graduan dengan menyasarkan lebih ramai graduan memperoleh gaji premium melebihi RM4,000 sebulan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman berkata isu gaji graduan merupakan perkara yang perlu kita tangani secara serius memandangkan ia sering menjadi perbincangan utama di media masa kini.

“Kita perlu sedar akan realiti pendapatan gaji sebenar boleh merosot jika tidak setimpal dengan pertumbuhan ekonomi dan peningkatan kos sara hidup semasa.

“Oleh itu, di peringkat universiti, kita komited untuk terus memantapkan kurikulum mengikut keperluan industri dan menyediakan sijil-sijil profesional tambahanbagi memberi nilai tambah yang signifikan kepada pelajar,” katanya.

Menurutnya, kadar kebolehpasaran graduan 鶹 bagi tahun 2025 adalah sebanyak 94.8 peratus, sekaligus membuktikan graduan 鶹 kekal kompetitif di pasaran kerja.

Tambah beliau, persaingan mendapatkan pekerjaan pada masa kini semakin mencabar berikutan pertambahan graduan dan perkembangan pesat teknologi yang mengubah keperluan pasaran kerja.

“Pihak majikan perlu memainkan peranan dengan menawarkan gaji yang setimpal demi mengelakkan isu Brain Drain atau perpindahan bakat-bakat terbaik negara ke luar negara,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Kerjaya 鶹 2026 yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Karier (鶹-KARIER) dengan kerjasama Kelab Urusetia Kerjaya dan Talentbank.

Hari Kerjaya ini menampilkan 48 reruai yang menjadi platform menghubungkan universiti dengan industri serta membuka peluang kerjaya kepada pelajar dan graduan.

Pada majlis tersebut, turut dilancarkan Program MySISWA Job on Campus @ 鶹. Program ini merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang memberi peluang kepada pelajar memperoleh pengalaman kerja sebenar dalam persekitaran universiti.

Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah Program Most Employable Graduate (MEG) kepada para pemenang.

Dalam majlis yang sama, 鶹 menerima Talentbank Graduate Employability Awards 2026 yang disampaikan oleh Talentbank.

Anugerah tersebut diberikan sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan berterusan 鶹 dalam melahirkan graduan yang diyakini industri serta menjadi pilihan majikan di Malaysia.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank Sdn. Bhd. Ben Ho dan Pengarah 鶹-KARIER, Prof. Madya Dr. Salleh Amat.

The post 鶹 sasar lebih ramai graduan raih gaji RM4,000 ke atas appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/ukm-sasar-lebih-ramai-graduan-raih-gaji-rm4000-ke-atas/feed/ 0
Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham Dilantik Timbalan Naib Canselor 鶹 yang Baharu /beritaukm/prof-dato-dr-fariza-md-sham-dilantik-timbalan-naib-canselor-ukm-yang-baharu/ /beritaukm/prof-dato-dr-fariza-md-sham-dilantik-timbalan-naib-canselor-ukm-yang-baharu/#respond Fri, 12 Jun 2026 06:40:18 +0000 /beritaukm/?p=4765 BANGI, 15 Jun 2026 – Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham, Pengarah Institut Islam Hadhari, 鶹 dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (TNC…

The post Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham Dilantik Timbalan Naib Canselor 鶹 yang Baharu appeared first on Berita 鶹.

]]>
BANGI, 15 Jun 2026 – Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham, Pengarah Institut Islam Hadhari, 鶹 dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (TNC HEAA) yang baharu, dan merupakan TNC HEAA wanita pertama di 鶹.

Pelantikan beliau adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 15 Jun 2026, menggantikan Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sebagai TNC HEAA.

Naib Canselor 鶹, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh berkata pelantikan tersebut mampu memperkasa hubungan akademik dan kerjasama strategik antara 鶹 dengan institusi antarabangsa.

“Pelantikan Prof. Dr. Fariza akan memupuk kerjasama yang lebih erat dengan institusi luar negara melalui hubungan strategik dan jaringan akademik yang mampan, di samping memastikan kualiti aktiviti pengantarabangsaan universiti terus dipantau dan dipertingkatkan.

“Ia juga selaras dengan aspirasi 鶹 untuk mencapai kualiti pendidikan bertaraf dunia serta memperluas agenda pengantarabangsaan universiti,” katanya.

Prof. Dato’ Dr. Fariza merupakan seorang profesor wanita yang aktif dan berpengaruh dalam bidang Psikologi Dakwah Remaja dan Psikologi Islam. Beliau merupakan antara pelopor utama dalam kedua-dua bidang tersebut dan telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada pembangunan ilmu serta penyelidikan berkaitan.

Atas kecemerlangan dan sumbangan ilmiah, Prof. Dato’ Dr. Fariza telah diiktiraf sebagai Felo Akademi Sains Malaysia, iaitu pengiktirafan berprestij yang mencerminkan sumbangan beliau yang luar biasa dalam bidang Pengajian Islam, Tamadun Islam, Dakwah dan Psikologi Islam serta menjadi pakar rujuk di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kepakaran serta sumbangan Profesor di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam 鶹 itu turut mendapat pengiktirafan global apabila beliau dilantik sebagai Duta Pendidikan Uzbekistan ke Malaysia.

Selain itu, beliau turut memegang beberapa jawatan akademik antarabangsa sebagai Profesor Pelawat di Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang; Tashkent State University of Oriental Studies, Uzbekistan; International Islamic Academy of Uzbekistan; dan Silk Road International University of Tourism and Cultural Heritage, Uzbekistan.

Prof. Dato’ Dr. Fariza memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) dari 鶹 pada tahun 1994, diikuti Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) dari universiti yang sama pada tahun 1997. Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Usuludin dan Falsafah dalam bidang Dakwah dan Pembangunan Insan dari Universiti Malaya.

The post Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham Dilantik Timbalan Naib Canselor 鶹 yang Baharu appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/prof-dato-dr-fariza-md-sham-dilantik-timbalan-naib-canselor-ukm-yang-baharu/feed/ 0