Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham Dilantik Timbalan Naib Canselor 鶹 yang Baharu

BANGI, 15 Jun 2026 – Prof. Dato’ Dr. Fariza Md Sham, Pengarah Institut Islam Hadhari, 鶹 dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa (TNC HEAA) yang baharu, dan merupakan TNC HEAA wanita pertama di 鶹.

Pelantikan beliau adalah bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 15 Jun 2026, menggantikan Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor yang telah tamat tempoh perkhidmatannya sebagai TNC HEAA.

Naib Canselor 鶹, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh berkata pelantikan tersebut mampu memperkasa hubungan akademik dan kerjasama strategik antara 鶹 dengan institusi antarabangsa.

“Pelantikan Prof. Dr. Fariza akan memupuk kerjasama yang lebih erat dengan institusi luar negara melalui hubungan strategik dan jaringan akademik yang mampan, di samping memastikan kualiti aktiviti pengantarabangsaan universiti terus dipantau dan dipertingkatkan.

“Ia juga selaras dengan aspirasi 鶹 untuk mencapai kualiti pendidikan bertaraf dunia serta memperluas agenda pengantarabangsaan universiti,” katanya.

Prof. Dato’ Dr. Fariza merupakan seorang profesor wanita yang aktif dan berpengaruh dalam bidang Psikologi Dakwah Remaja dan Psikologi Islam. Beliau merupakan antara pelopor utama dalam kedua-dua bidang tersebut dan telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada pembangunan ilmu serta penyelidikan berkaitan.

Atas kecemerlangan dan sumbangan ilmiah, Prof. Dato’ Dr. Fariza telah diiktiraf sebagai Felo Akademi Sains Malaysia, iaitu pengiktirafan berprestij yang mencerminkan sumbangan beliau yang luar biasa dalam bidang Pengajian Islam, Tamadun Islam, Dakwah dan Psikologi Islam serta menjadi pakar rujuk di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kepakaran serta sumbangan Profesor di Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam 鶹 itu turut mendapat pengiktirafan global apabila beliau dilantik sebagai Duta Pendidikan Uzbekistan ke Malaysia.

Selain itu, beliau turut memegang beberapa jawatan akademik antarabangsa sebagai Profesor Pelawat di Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang; Tashkent State University of Oriental Studies, Uzbekistan; International Islamic Academy of Uzbekistan; dan Silk Road International University of Tourism and Cultural Heritage, Uzbekistan.

Prof. Dato’ Dr. Fariza memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) dari 鶹 pada tahun 1994, diikuti Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) dari universiti yang sama pada tahun 1997. Beliau kemudiannya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Usuludin dan Falsafah dalam bidang Dakwah dan Pembangunan Insan dari Universiti Malaya.

Leave a Reply