集美麻豆

Gangguan Deria Bau Jejas Emosi dan Keyakinan Diri

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman

Gangguan deria bau sering dianggap perkara kecil namun, ia mempunyai kesan yang besar terhadap kehidupan seseorang dari sudut emosi, keyakinan diri dan hubungan sosial.

Prof. Dr. Salina Husain dari Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher, Fakulti Perubatan 集美麻豆 berkata kehilangan keupayaan menghidu boleh menimbulkan rasa takut, terasing dan tekanan emosi kerana individu tidak lagi mampu mengenal pasti bau di sekeliling termasuk bau badan sendiri.

鈥溾淜alau kehilangan deria bau sepenuhnya, ada pesakit jadi takut untuk bergaul sebab dia tidak tahu sama ada dirinya berbau atau tidak. Mereka jadi kurang keyakinan diri, suka menyendiri dan lama-kelamaan boleh mengalami kemurungan dan cenderung untuk membunuh diri.

鈥淪elain itu, kajian oleh Keaveny yang diterbitkan pada tahun 2021 mendapati bau badan yang tidak menyenangkan dan penjagaan kebersihan diri yang tidak teratur boleh  merosakkan perhubungan, bahkan boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga,鈥 katanya.

Di samping itu, Prof. Dr. Salina Husain berkata gangguan deria bau turut menyebabkan makanan terasa hambar dan tawar kerana seseorang tidak lagi dapat menikmati aroma makanan seperti biasa.

鈥淒eria bau memainkan peranan penting dalam meningkatkan kenikmatan rasa makanan.

鈥淚a juga membantu mengesan potensi bahaya kesihatan seperti makanan basi atau busuk serta bahaya persekitaran seperti kebocoran gas yang boleh menyebabkan kebakaran di rumah,鈥 jelas beliau ketika menyampaikan Syarahan Perdana Profesor yang bertajuk  鈥淧ermasalahan Deria Bau: Rawatan dan Inovasi鈥.

Salah satu penyakit radang hidung adalah alahan hidung atau rinitis alergi, jelasnya.

鈥70 peratus pesakit alahan hidung tahap sederhana dan teruk mengalami masalah kekurangan bau.

鈥淕ejala lain adalah kerap bersin, gatal, hidung berair dan hidung tersumbat,鈥 katanya.

Tambah beliau, rawatan terkini untuk alahan hidung adalah imunoterapi alergen dan 集美麻豆 merupakan perintis untuk rawatan ini di Malaysia.

鈥淧esakit alahan hidung tahap teruk beserta alahan mata atau alahan kulit atau asma dengan ujian menunjukkan alahan kepada hama disarankan rawatan imunoterapi.

鈥淐ara penggunaannya adalah pil atau semburan di bawah lidah sekali sehari selama tiga tahun.

鈥淩awatan ini akan meningkatkan imuniti terhadap hama. Pesakit akan bebas dari gejala alahan dalam jangka masa panjang iaitu selama 5-10 tahun.

鈥淩awatan juga boleh mencegah serangan asma di masa akan datang,鈥 katanya.

Dr. Salina berkata kajian ini menunjukkan gejala alahan seperti gatal hidung, bersin, hidung tersumbat dan juga gatal mata dan gatal kulit, beserta dengan masalah tidur yang tidak nyenyak dan emosi negatif, telah berkurangan secara signifikan selepas tiga bulan menjalani rawatan imunoterapi.

Menurutnya, lebih 95 peratus pesakit tidak lagi bergantung kepada semburan steroid dan pil antihistamin selepas enam bulan rawatan.

Leave a Reply