Oleh Asmahanim Amir
KUALA LUMPUR, 12 Jun 2026 – Pendedahan awal terhadap dunia kerjaya semakin penting bagi membantu pelajar sekolah menengah membuat pilihan pendidikan dan hala tuju masa depan dengan lebih yakin, khususnya pelajar tingkatan satu hingga tiga yang sedang berada pada fasa membina identiti, minat dan potensi diri.
Atas kesedaran tersebut, pelajar pascasiswazah Fakulti Pendidikan 集美麻豆 mengadakan Forum Kerjaya bertemakan 鈥淧emadanan Personaliti dan Minat Terhadap Realiti Bidang Kerjaya鈥 di Sekolah Menengah Islam Integrasi Puncak Jalil, melibatkan kira-kira 130 orang pelajar.
Forum yang dikendalikan oleh Kaunselor sekolah tersebut, Nurul Syuhada Mohd Nasir membariskan tiga ahli panel iaitu Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan 集美麻豆, Dr. Fitri Fareez Ramli, Pengarah Sumber Manusia Think City Sdn Bhd, Melinda Omar dan Jurutera Kanan, Barath Munasamy.
Sebagai Kaunselor, Nurul Syuhada berkata pelajar menengah rendah sedang berada pada fasa penting untuk membina karakter, mencari minat sebenar dan mengasah kemahiran diri.
鈥淔orum ini dekat dengan jiwa pelajar kerana ia membawakan role model nyata yang mampu menjadi sumber inspirasi buat pelajar,鈥 katanya.
Tambahnya, dalam konteks literasi kerjaya, pelajar bukan sahaja perlu mengetahui nama sesuatu pekerjaan, tetapi juga memahami perbezaan antara pekerjaan, bidang kerjaya dan pembangunan kerjaya jangka panjang.
鈥淧endedahan sebegini penting supaya pelajar tidak melihat kerjaya hanya sebagai usaha mendapatkan pekerjaan, sebaliknya sebagai perjalanan membina kehidupan yang bermakna, sesuai dengan nilai, minat dan kekuatan diri,鈥 ujarnya.
Sementara itu, Dr. Fitri Fareez Ramli berkata minat terhadap sesuatu pekerjaan bukanlah satu-satunya penentu dalam memilih kerjaya.
鈥淏agi pelajar yang masih belum mempunyai cita-cita khusus, minat terhadap mata pelajaran atau bidang tertentu juga boleh menjadi petunjuk awal.
鈥淪ebagai contoh, minat terhadap sains dan biologi boleh membuka ruang kepada pelajar untuk meneroka kerjaya seperti doktor, saintis, penyelidik atau bidang berkaitan kesihatan,鈥 katanya.
Beliau turut menekankan bahawa pelajar tingkatan satu hingga tiga masih mempunyai masa untuk memikirkan tentang jurusan apa yang ingin diambil pada peringkat seterusnya.
Namun, katanya pendedahan awal terhadap pelbagai pilihan kerjaya dapat membantu pelajar membuat keputusan yang lebih sesuai dengan minat, kekuatan dan aspirasi masing-masing.
Usaha pelajar Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) 集美麻豆 dalam menganjurkan program ini menunjukkan bahawa bidang bimbingan dan kaunseling mempunyai sumbangan besar dalam membentuk generasi muda yang lebih bersedia menghadapi cabaran pendidikan dan dunia pekerjaan masa hadapan.
Pendedahan awal, bimbingan berterusan dan kehadiran role model daripada pelbagai bidang mampu membantu pelajar melihat bahawa kerjaya bukan sekadar destinasi, tetapi satu perjalanan membina diri, kemahiran dan makna dalam kehidupan.

