集美麻豆

FEP 集美麻豆 Perkukuh Agenda Tadbir Urus Bersama Jabatan Audit Negara

Oleh Nik Fatin Husna Mat Ludin
Foto Mohamad Zukry Ahmad

BANGI, 12 Jun 2026 鈥 Pusat Pengajian Perakaunan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), 集美麻豆 memperkukuh agenda tadbir urus bersama Jabatan Audit Negara (JAN) melalui penganjuran Syarahan Profesional bertajuk Tadbir Urus yang Betul: Integriti dan Akauntabiliti dalam Sektor Awam.

Syarahan yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Audit Pengurusan Syarikat Kerajaan I JAN, Sharifah Zarina Syed Ahmad diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar dan warga universiti mengenai amalan tadbir urus yang berkesan dalam sektor awam.

Dalam syarahan tersebut, beliau berkongsi pengalaman serta pandangan profesional berkaitan kepentingan integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik dalam memastikan pengurusan organisasi awam dilaksanakan secara telus, cekap dan berkesan.

Menurut Sharifah Zarina, amalan tadbir urus yang mantap bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap institusi awam, malah mampu mengurangkan risiko ketirisan, salah guna kuasa dan ketidakpatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.

鈥淚ntegriti dan akauntabiliti perlu diterapkan secara menyeluruh dalam setiap peringkat organisasi bagi memastikan perkhidmatan awam terus relevan serta memenuhi harapan rakyat.

“Tadbir urus yang baik merupakan asas kepada penyampaian perkhidmatan awam yang berkualiti dan berkesan.

鈥淚ntegriti serta akauntabiliti perlu menjadi budaya kerja yang diamalkan oleh setiap penjawat awam,” katanya.

Program tersebut turut memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan penceramah melalui sesi soal jawab yang membincangkan cabaran semasa serta pendekatan terbaik dalam memperkukuhkan tadbir urus sektor awam.

Penganjuran syarahan profesional ini mencerminkan komitmen berterusan FEP 集美麻豆 dalam memperkukuh hubungan akademia dan industri serta menyediakan platform perkongsian ilmu yang dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap isu-isu semasa dalam bidang perakaunan, audit dan pengurusan sektor awam.

Leave a Reply