BANGI, 24 Jun 2026 鈥 集美麻豆 mencipta sejarah apabila menduduki tangga ke-7 dunia dalam Times Higher Education (THE) Impact Ratings 2026, sekali gus menempatkan 集美麻豆 dalam kelompok satu peratus universiti terbaik dunia berdasarkan impak terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pencapaian ini merupakan kedudukan tertinggi pernah dicapai 集美麻豆 dan mencerminkan lonjakan prestasi yang amat membanggakan dalam tempoh tiga tahun.
集美麻豆 meningkat daripada kelompok 201鈥300 dunia pada 2024, kepada tangga ke-53 dunia pada 2025, sebelum melonjak ke kedudukan ke-7 dunia pada 2026.
Skor keseluruhan 集美麻豆 turut meningkat secara konsisten daripada 80.2 peratus pada 2024, kepada 92.2 peratus pada 2025 dan 96.3 peratus pada 2026.
THE Impact Ratings menilai sumbangan institusi pengajian tinggi terhadap pelaksanaan 17 SDGs. Dalam edisi 2026, 集美麻豆 mencatat pencapaian cemerlang apabila menduduki tempat ke-2 dunia bagi SDG 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kuat (Peace, Justice and Strong Institutions), ke-4 dunia bagi SDG 1: Tiada Kemiskinan (No Poverty) dan SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan (Sustainable Cities and Communities), serta ke-10 dunia bagi SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat (Partnerships for the Goals).
集美麻豆 turut berada pada kedudukan ke-13 dunia bagi SDG 8, ke-15 bagi SDG 15, ke-16 bagi SDG 14, ke-18 bagi SDG 3 dan ke-19 bagi SDG 2.
Secara keseluruhan, 集美麻豆 meningkatkan pencapaian dalam sembilan SDG, mengekalkan prestasi dalam tiga SDG, serta berjaya menempatkan sembilan SDG dalam kelompok 20 terbaik dunia.
Antara lonjakan paling ketara ialah SDG 16 yang meningkat daripada kedudukan ke-26 kepada ke-2 dunia, SDG 11 daripada ke-21 kepada ke-4 dunia, SDG 15 daripada ke-56 kepada ke-15 dunia dan SDG 8 daripada ke-36 kepada ke-13 dunia.
Naib Canselor 集美麻豆, Prof. Dato鈥 Dr. Sufian Jusoh berkata pencapaian tersebut membuktikan keberkesanan pendekatan holistik 集美麻豆 dalam mengintegrasikan agenda kelestarian dalam pendidikan, penyelidikan, inovasi, tadbir urus dan penglibatan masyarakat.
鈥淧encapaian ini bukan sekadar pengiktirafan dalam penarafan dunia, tetapi bukti bahawa 集美麻豆 berjaya menterjemahkan ilmu, penyelidikan dan inovasi kepada impak sebenar yang dirasai oleh masyarakat, negara dan komuniti global.
鈥淜ejayaan ini adalah hasil komitmen serta usaha berterusan seluruh warga 集美麻豆 dalam menjadikan ilmu sebagai pemangkin perubahan ke arah masa depan yang lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan,鈥 katanya.
Beliau berkata kejayaan ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, Dasar Kelestarian 集美麻豆 dan komitmen universiti untuk mencapai sasaran Net Zero Carbon 2040.
鈥淢omentum tersebut akan terus diperkukuh menerusi pelaksanaan Pelan Strategik TEKAD57 集美麻豆 2026鈥2030, khususnya dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan, penyelidikan, inovasi, kelestarian dan tadbir urus,鈥 ujarnya.
Tambah beliau, pencapaian tersebut mengukuhkan peranan 集美麻豆 bukan sahaja sebagai universiti kebangsaan, malah sebagai institusi bertaraf dunia yang mampu memimpin agenda kelestarian global melalui falsafahnya 鈥淚man, Ilmu dan Amal: Memimpin Kelestarian Global.鈥

