Oleh Prof. Ts. Dr.聽Norinsan聽Kamil Othman, Timbalan聽Naib聽Canselor Hal Ehwal聽Pelajar聽dan Alumni聽
集美麻豆 terus memperkukuh agenda pembangunan mahasiswa menerusi pelancaran Program MySISWA Job on Campus (JoC) bersempena Hari Kerjaya 集美麻豆 2026, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengalaman kerja sebenar sambil meneruskan pengajian.
Program yang dilaksanakan di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan MADANI dalam memperkasa kebajikan mahasiswa dan meningkatkan kebolehpasaran graduan di peringkat nasional.
Menerusi Belanjawan MADANI 2026, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta bagi pelaksanaan Program MySISWA Job on Campus di universiti awam (UA) seluruh negara. Sebagai salah sebuah universiti peneraju negara, 集美麻豆 menerima peruntukan awal sebanyak RM200,000 bagi melaksanakan program tersebut.
Pelancaran rasmi Program MySISWA Job on Campus Universiti Awam Malaysia telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir secara langsung dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), menandakan komitmen berterusan kerajaan dalam menyediakan ekosistem pendidikan tinggi yang lebih inklusif dan responsif terhadap keperluan mahasiswa.
Sambutan terhadap program itu di 集美麻豆 amat memberangsangkan apabila permohonan jawatan daripada fakulti, institut dan pusat tanggungjawab universiti hampir mencecah separuh daripada jumlah peruntukan yang diterima, sekali gus membuktikan kesediaan warga universiti untuk menjayakan inisiatif berkenaan.
Program ini membuka peluang kepada mahasiswa memperoleh pengalaman kerja sambilan yang relevan dengan persekitaran pembelajaran mereka. Selain membantu menjana pendapatan tambahan, ia turut memberi ruang kepada pelajar mengasah kemahiran, memahami ekosistem pekerjaan sebenar serta meningkatkan daya saing sebelum melangkah ke alam kerjaya.
Menurut beliau, pendekatan 鈥榖elajar sambil bekerja鈥 yang diterapkan menerusi program tersebut memberi nilai tambah kepada mahasiswa kerana mereka berpeluang membangunkan kemahiran komunikasi, kepimpinan, pengurusan masa, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah dalam situasi sebenar.
Bagi memastikan pelaksanaan program berjalan secara cekap, telus dan sistematik, 集美麻豆 turut membangunkan Sistem Pengurusan MySISWA Job on Campus yang boleh diakses secara dalam talian melalui portal rasmi di joc.ukm.my. Sistem bersepadu itu merangkumi pengurusan iklan pekerjaan, permohonan pelajar, pemantauan pelaksanaan tugas serta proses tuntutan bayaran.
Langkah tersebut bukan sahaja memudahkan urusan pentadbiran, malah meletakkan asas yang kukuh bagi memastikan program berkenaan dapat diteruskan secara mampan pada masa hadapan, termasuk melalui penggunaan peruntukan dalaman universiti sekiranya tiada tambahan dana daripada KPT.
Menerusi program tersebut, mahasiswa berpeluang menceburi pelbagai bidang pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran dan latar belakang masing-masing, meliputi dokumentasi dan operasi, perkhidmatan, teknikal, keusahawanan serta projek dan profesional. Namun demikian, program ini tidak melibatkan pekerjaan berisiko tinggi atau pekerjaan yang dikategorikan sebagai 3D (Dirty, Dangerous and Difficult).
Pelaksanaan MySISWA Job on Campus di 集美麻豆 dilihat sebagai satu langkah progresif dalam merapatkan jurang antara teori dan amalan, sekali gus melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah memiliki pengalaman kerja, kemahiran insaniah dan daya tahan yang tinggi.
Dengan sokongan kerajaan, komitmen universiti serta kesediaan mahasiswa untuk merebut peluang yang ditawarkan, Program MySISWA Job on Campus diyakini mampu menjadi platform strategik dalam melahirkan graduan yang lebih kompeten, berdaya saing dan bersedia menyumbang kepada pembangunan ekonomi serta kemajuan negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

