集美麻豆

41 Graduan Tamat Program Medikolegal FSK 集美麻豆

Oleh Dr. Nor Afifi Razaob dan Prof. Madya Dr. Noor Hazfalinda Hamzah

BANGI, 13 Jun 2026 鈥 41 orang peserta Program Sijil Profesional Medikolegal dalam Praktis Penjagaan Kesihatan Kohort Ke-6 anjuran Fakulti Sains Kesihatan (FSK), 集美麻豆 telah diraikan dalam sebuah majlis graduasi.

Peserta program terdiri daripada pelbagai disiplin profesional, merangkumi bidang perubatan, pergigian, kesihatan, pentadbiran serta insurans.

Peserta terbaik program, Dr. Dorothy D’Anne Sendanasamy, Pegawai Perubatan Kanan, Unit Medikolegal, Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, menyifatkan program tersebut sebagai tersusun dan memberi impak besar terhadap peningkatan kompetensi profesional beliau dalam bidang medikolegal.

鈥淢emandangkan saya mengendalikan kes-kes medikolegal di hospital, kursus ini telah meningkatkan pengetahuan saya dengan ketara serta memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai prinsip-prinsip perundangan dan proses mahkamah yang berkaitan dengan tugas saya.

鈥淧engetahuan yang diperoleh akan memberi manfaat yang besar dalam amalan profesional saya,鈥 katanya.

Beliau turut memuji kualiti penyampaian para pensyarah yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam bidang medikolegal.

Menurutnya, kandungan kursus disampaikan secara mendalam dan jelas, manakala sesi perbincangan yang interaktif membolehkan peserta mendapatkan penjelasan yang komprehensif terhadap pelbagai isu yang dibangkitkan.

鈥淜eupayaan para pensyarah menjawab soalan dengan yakin dan terperinci turut mencerminkan tahap kepakaran mereka dalam bidang tersebut.

鈥淪elain itu, bahan pembelajaran yang disediakan didapati mencukupi dan relevan dengan keperluan peserta, manakala kaedah penilaian yang digunakan memberi ruang yang sesuai untuk membuat persediaan dan menyiapkan tugasan yang ditetapkan,鈥 katanya.

Beliau juga menyifatkan program ini sebagai tersusun dengan baik serta memberikan manfaat yang besar dalam meningkatkan kefahaman berkaitan aspek medikolegal yang semakin penting dalam amalan penjagaan kesihatan masa kini.

鈥淲alaupun tempoh program agak singkat, kandungan yang disampaikan berjaya memenuhi objektif pembelajaran yang telah ditetapkan,鈥 jelasnya.

Beliau turut berpandangan bahawa sesi terakhir Courtroom Advocacy yang sebenar prosiding mahkamah berpotensi memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran peserta.

鈥淧endekatan tersebut dapat memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam situasi yang menyerupai amalan sebenar, sekaligus memperkukuh pemahaman terhadap aspek medikolegal secara lebih praktikal,鈥 katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa penganjur atas usaha cemerlang dalam merancang dan melaksanakan program tersebut dengan lancar dan berkesan.

鈥淧rogram ini merupakan satu pengalaman pembelajaran yang amat bermakna dan wajar disyorkan kepada para profesional yang terlibat dalam bidang medikolegal,鈥 tambah beliau.

Semua peserta mengakui program sijil profesional ini banyak membantu meningkatkan kefahaman dan keyakinan mereka untuk mendepani cabaran profesional dan medikolegal dalam sektor penjagaan kesihatan.

Leave a Reply