Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim
CHERAS, 1 Julai 2026 – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia buat pertama kalinya telah melaksanakan prosedur Perentak Jantung Tanpa Wayar (Leadless Pacemaker) iaitu teknologi canggih yang berfungsi menghantar impuls elektrik bagi memastikan degupan jantung kekal normal, khususnya untuk pesakit bradycardia iaitu degupan jantung perlahan.
Pakar Kardiologi, Elektrofisiologi dan Perubatan Dalaman, Jabatan Perubatan, HCTM, Dr Mohd Asyiq Al-Fard Mohd Raffali berkata inovasi tanpa wayar ini lebih selamat dengan risiko komplikasi yang minima.
鈥淧rosedur ini ini menggunakan dua kapsul kecil bersaiz 3.8 sentimeter yang diletakkan terus di ruang atas atau chambers di dalam jantung. Ini bermakna tiada pacemaker yang diletakkan di bawah kulit dada seperti pacemaker lama dan menjadikan pesakit lebih selesa.
鈥淧esakit juga tidak perlu risau dengan risiko terkena jangkitan seperti yang berlaku dengan penggunaan pacemaker lama,鈥 ketanya selepas menjalankan prosedur pembedahan bagi memasukkan dua pacemaker ke atas pesakit jantung iaitu seorang wanita berusia 64 tahun yang mengambil masa sejam, baru-baru ini.
Beliau berkata pesakit itu mengalami kanser payudara dan pernah menjalani kemoterapi. Kesan daripada rawatan kenser tersebut, banyak urat di bahagian berkenaan mengecut.
鈥淏agi pesakit ini, sekiranya diletakkan bateri (pacemaker) dan wayar, mungkin prosedur ini akan menjadi lebih rumit dan dalam jangka masa lama, urat boleh tersumbat sepenuhnya. Jadi, kaedah dual pacemaker ini adalah yang terbaik untuknya,鈥 katanya.
Pada hari yang sama, Dr Mohd Asyiq Al-Fard turut menjalankan pembedahan terhadap seorang warga emas yang aktif menjaga cucu dan memasak.
鈥淪ekiranya menggunakan pacemaker lama, ia akan mengganggu pergerakan nenek tersebut. Jadi, bila kita letak pacemaker ke dalam jantung, lebih selesa untuknya,鈥 katanya.
Dual pacemaker sesuai digunakan oleh pesakit dengan keperluan tertentu seperti pesakit kanser dan pesakit yang menjalani dialisis kerana pacemaker terletak di dalam jantung berbanding pacemaker konvensional yang boleh mengganggu keselesaan pesakit dalam menjalankan aktiviti harian. Selain itu, ia juga sesuai untuk penghidap demensia atau nyanyuk.
Dr. Mohd. Asyiq Al-Fard berkata jangka hayat pacemaker ini juga lebih lama berbanding pacemaker konvensional sebelum ini iaitu sekitar 10 hingga 15 tahun.
鈥淚a dimasukkan melalui pembuluh darah pada pangkal paha kaki terus ke jantung menggunakan kateter yang fleksibel. Kedua-dua alat ini akan berkomunikasi antara satu sama lain untuk mengatur detak jantung,鈥 ujarnya.
Tambah beliau, proses implan itu lebih singkat berbanding implan lama dan proses pemulihan pesakit juga lebih cepat iaitu sekitar dua hari.
鈥淏agaimanapun pada hari pertama dan kedua, pesakit perlu menjaga jahitan pada paha selepas pembedahan,鈥 katanya.
Katanya lagi, pesakit juga perlu membuat rawatan susulan untuk memeriksa penetapan perimeter dan daripada data syarikat pengeluar, kadar penerimaan adalah tinggi iaitu 90 peratus dan jarang berlaku penolakan dengan risiko sangat rendah.

