Berita 鶹 /beritaukm/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Fri, 03 Jul 2026 02:09:27 +0000 en-US hourly 1 HCTM Jalankan Pembedahan Prosedur Perentak Jantung Tanpa Wayar /beritaukm/hctm-jalankan-pembedahan-prosedur-perentak-jantung-tanpa-wayar/ /beritaukm/hctm-jalankan-pembedahan-prosedur-perentak-jantung-tanpa-wayar/#respond Fri, 03 Jul 2026 02:09:26 +0000 /beritaukm/?p=4916 Oleh Asmahanim AmirFoto Ikhwan Hashim CHERAS, 1 Julai 2026 – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia buat pertama kalinya telah melaksanakan prosedur Perentak Jantung Tanpa Wayar (Leadless Pacemaker) iaitu…

The post HCTM Jalankan Pembedahan Prosedur Perentak Jantung Tanpa Wayar appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

CHERAS, 1 Julai 2026 – Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia buat pertama kalinya telah melaksanakan prosedur Perentak Jantung Tanpa Wayar (Leadless Pacemaker) iaitu teknologi canggih yang berfungsi menghantar impuls elektrik bagi memastikan degupan jantung kekal normal, khususnya untuk pesakit bradycardia iaitu degupan jantung perlahan.

Pakar Kardiologi, Elektrofisiologi dan Perubatan Dalaman, Jabatan Perubatan, HCTM, Dr Mohd Asyiq Al-Fard Mohd Raffali berkata inovasi tanpa wayar ini lebih selamat dengan risiko komplikasi yang minima.

“Prosedur ini ini menggunakan dua kapsul kecil bersaiz 3.8 sentimeter yang diletakkan terus di ruang atas atau chambers di dalam jantung. Ini bermakna tiada pacemaker yang diletakkan di bawah kulit dada seperti pacemaker lama dan menjadikan pesakit lebih selesa.

“Pesakit juga tidak perlu risau dengan risiko terkena jangkitan seperti yang berlaku dengan penggunaan pacemaker lama,” ketanya selepas menjalankan prosedur pembedahan bagi memasukkan dua pacemaker ke atas pesakit jantung iaitu seorang wanita berusia 64 tahun yang mengambil masa sejam, baru-baru ini.

Beliau berkata pesakit itu mengalami kanser payudara dan pernah menjalani kemoterapi. Kesan daripada rawatan kenser tersebut, banyak urat di bahagian berkenaan mengecut.

“Bagi pesakit ini, sekiranya diletakkan bateri (pacemaker) dan wayar, mungkin prosedur ini akan menjadi lebih rumit dan dalam jangka masa lama, urat boleh tersumbat sepenuhnya. Jadi, kaedah dual pacemaker ini adalah yang terbaik untuknya,” katanya.

Pada hari yang sama, Dr Mohd Asyiq Al-Fard turut menjalankan pembedahan terhadap seorang warga emas yang aktif menjaga cucu dan memasak.

“Sekiranya menggunakan pacemaker lama, ia akan mengganggu pergerakan nenek tersebut. Jadi, bila kita letak pacemaker ke dalam jantung, lebih selesa untuknya,” katanya.

Dual pacemaker sesuai digunakan oleh pesakit dengan keperluan tertentu seperti pesakit kanser dan pesakit yang menjalani dialisis kerana pacemaker terletak di dalam jantung berbanding pacemaker konvensional yang boleh mengganggu keselesaan pesakit dalam menjalankan aktiviti harian. Selain itu, ia juga sesuai untuk penghidap demensia atau nyanyuk.

Dr. Mohd. Asyiq Al-Fard berkata jangka hayat pacemaker ini juga lebih lama berbanding pacemaker konvensional sebelum ini iaitu sekitar 10 hingga 15 tahun.

“Ia dimasukkan melalui pembuluh darah pada pangkal paha kaki terus ke jantung menggunakan kateter yang fleksibel. Kedua-dua alat ini akan berkomunikasi antara satu sama lain untuk mengatur detak jantung,” ujarnya.

Tambah beliau, proses implan itu lebih singkat berbanding implan lama dan proses pemulihan pesakit juga lebih cepat iaitu sekitar dua hari.

“Bagaimanapun pada hari pertama dan kedua, pesakit perlu menjaga jahitan pada paha selepas pembedahan,” katanya.

Katanya lagi, pesakit juga perlu membuat rawatan susulan untuk memeriksa penetapan perimeter dan daripada data syarikat pengeluar, kadar penerimaan adalah tinggi iaitu 90 peratus dan jarang berlaku penolakan dengan risiko sangat rendah.

The post HCTM Jalankan Pembedahan Prosedur Perentak Jantung Tanpa Wayar appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/hctm-jalankan-pembedahan-prosedur-perentak-jantung-tanpa-wayar/feed/ 0
Reformulasi Produk Makanan Pendekatan Praktikal Bantu Pengguna Kurang Pengambilan Garam /beritaukm/reformulasi-produk-makanan-pendekatan-praktikal-bantu-pengguna-kurang-pengambilan-garam/ /beritaukm/reformulasi-produk-makanan-pendekatan-praktikal-bantu-pengguna-kurang-pengambilan-garam/#respond Wed, 01 Jul 2026 04:36:22 +0000 /beritaukm/?p=4911 Oleh Syazwani Mastor SERDANG, 1 Julai 2026 – Malaysia masih berdepan cabaran pengambilan garam yang tinggi apabila purata pengambilan garam harian rakyat dianggarkan sebanyak 7.3 gram sehari dan melebihi saranan…

The post Reformulasi Produk Makanan Pendekatan Praktikal Bantu Pengguna Kurang Pengambilan Garam appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Syazwani Mastor

SERDANG, 1 Julai 2026 – Malaysia masih berdepan cabaran pengambilan garam yang tinggi apabila purata pengambilan garam harian rakyat dianggarkan sebanyak 7.3 gram sehari dan melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu kurang daripada lima gram sehari.

Dekan Fakulti Sains Kesihatan (FSK) merangkap Ketua projek penyelidikan Strengthening Salt Reduction Policy for Malaysia through Maximum Salt Targets, Prof. Dr. Suzana Shahar berkata pengambilan garam berlebihan merupakan antara faktor risiko utama kepada penyakit kardiovaskular dan hipertensi sekali gus memerlukan tindakan yang bersepadu melibatkan pelbagai pihak.

“Reformulasi produk makanan merupakan salah satu pendekatan yang praktikal dan mampan untuk membantu pengguna mengurangkan pengambilan garam tanpa perlu mengubah tabiat pemakanan secara ketara.

“Usaha ini memerlukan kerjasama erat antara penyelidik, agensi kerajaan dan pemain industri makanan,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Bengkel Pengurangan Garam dalam Kategori Makanan Terpilih melalui Kerangka 100 Hari, baru-baru ini.

Melalui bengkel itu beliau berharap peserta dapat membangunkan model reformulasi yang lebih sistematik, praktikal dan mampan seterusnya boleh diperluaskan ke seluruh negara bagi menyokong agenda nasional pengurangan garam.

Bengkel Pengurangan Garam dalam Kategori Makanan Terpilih melalui Kerangka 100 Hari diadakan bagi memperkukuh usaha nasional dalam mengurangkan pengambilan garam rakyat Malaysia melalui pembangunan sasaran kandungan garam maksimum serta pelaksanaan strategi reformulasi bagi kategori makanan terpilih.

Program itu menjadi platform mempererat kerjasama antara institusi penyelidikan, agensi kerajaan dan industri makanan dalam menghasilkan produk yang lebih sihat serta menyokong agenda pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD).

Bengkel yang turut mendapat sokongan daripada lebih 15 syarikat industri makanan itu diadakan oleh Pusat Kajian Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (H-CARE), FSK Universaiti Kebangsaan Malaysia (鶹) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah MARDI, Dato’ Dr. Haji Mohamad Zabawi Abdul Ghani.

Hasil daripada bengkel ini diharapkan dapat memperkukuhkan kerjasama antara penyelidik, agensi kerajaan dan industri makanan, seterusnya menyumbang kepada pembangunan produk makanan yang lebih sihat serta mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit dalam kalangan rakyat Malaysia.

The post Reformulasi Produk Makanan Pendekatan Praktikal Bantu Pengguna Kurang Pengambilan Garam appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/reformulasi-produk-makanan-pendekatan-praktikal-bantu-pengguna-kurang-pengambilan-garam/feed/ 0
鶹 Lancar Video MyQUITVAPE, Cegah Vape Dalam Kalangan Generasi Muda /beritaukm/ukm-lancar-video-myquitvape-cegah-vape-dalam-kalangan-generasi-muda/ /beritaukm/ukm-lancar-video-myquitvape-cegah-vape-dalam-kalangan-generasi-muda/#respond Tue, 30 Jun 2026 05:15:58 +0000 /beritaukm/?p=4903 Oleh Siti Aisyah Zakaria KUANTAN, 28 Jun 2026 — 鶹 melancarkan video bersiri MyQUITVAPE sebagai medium pendidikan kesihatan awam bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penggunaan vape serta…

The post 鶹 Lancar Video MyQUITVAPE, Cegah Vape Dalam Kalangan Generasi Muda appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Siti Aisyah Zakaria

KUANTAN, 28 Jun 2026 — 鶹 melancarkan video bersiri MyQUITVAPE sebagai medium pendidikan kesihatan awam bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penggunaan vape serta menggalakkan usaha berhenti vape dalam kalangan generasi muda. 

Video bersiri ini dijangka memberi impak berskala nasional apabila digunakan oleh Perkhidmatan Pergigian Sekolah, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Program Pencegahan dan Intervensi Merokok Dalam Kalangan Pelajar Sekolah, yang merangkumi lebih 5 juta murid sekolahdan 3,000 anggota kesihatan pergigian di seluruh negara.

Video bersiri bertajuk “4 Video Bersiri Menarik MyQUITVAPE: Membina Inspirasi Generasi Muda untuk Berhenti Vape” merupakan hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Dr. Wee Lei Hum.

Menurut Prof. Dr. Wee, peluncuran MyQUITVAPE di konvensyen peringkat kebangsaan membuktikan bahawa hasil penyelidikan universiti mampu diterjemahkan kepada intervensi kesihatan yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

“Peluncuran video MyQUITVAPE di Konvensyen KOTAK Peringkat Kebangsaan merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna kepada pasukan penyelidik 鶹.

”Ia membuktikan bahawa hasil penyelidikan universiti bukan sahaja menyumbang kepada perkembangan ilmu, malah berjaya diterjemahkan kepada bahan intervensi kesihatan awam yang boleh dimanfaatkan secara meluas oleh masyarakat serta agensi berkaitan,” katanya.

Beliau berkata, kandungan MyQUITVAPE dibangunkan berasaskan dapatan penyelidikan dan disampaikan melalui pendekatan komunikasi digital yang lebih dekat dengan golongan remaja bagi memastikan mesej kesihatan dapat difahami serta memberi kesan kepada perubahan tingkah laku.

“Kami berharap MyQUITVAPE dapat meningkatkan literasi kesihatan mengenai bahaya penggunaan vape, seterusnya memberi inspirasi kepada lebih ramai remaja dan belia untuk berhenti vape atau mengelakkan diri daripada terjebak dengan tabiat tersebut.

”Pendekatan penyampaian melalui video kreatif ini diyakini mampu menyokong usaha pendidikan kesihatan serta memperkukuh agenda negara ke arah melahirkan generasi bebas vape,” katanya.

Peluncuran video tersebut berlangsung sempena Konvensyen Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Pahang.

Penyelidik bersama projek ini termasuk Profesor Akademik GIG, Dr Siau Ching Sin, dan Prof Madya Dr Caryn Chan Mei Hsien, Fakulti Sains Kesihatan, 鶹, serta Dr Nizam Baharom dari Universiti Sains Islam Malaysia.

Projek tersebut sebelum ini telah menerima Pengiktirafan Projek Penyelidikan Gegar Gamat Pemacu Perubahan (GGPP) 鶹, iaitu inisiatif yang diuruskan oleh Pusat IDEA 鶹 bagi mempercepatkan penterjemahan hasil penyelidikan universiti kepada penyelesaian yang memberi impak kepada masyarakat, industri dan negara.

The post 鶹 Lancar Video MyQUITVAPE, Cegah Vape Dalam Kalangan Generasi Muda appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/ukm-lancar-video-myquitvape-cegah-vape-dalam-kalangan-generasi-muda/feed/ 0
鶹 Raih Pengiktirafan Antarabangsa di WUACD Summit 2026 /beritaukm/ukm-raih-pengiktirafan-antarabangsa-di-wuacd-summit-2026/ /beritaukm/ukm-raih-pengiktirafan-antarabangsa-di-wuacd-summit-2026/#respond Tue, 30 Jun 2026 05:11:24 +0000 /beritaukm/?p=4899 Oleh  Siti Aisyah Zakaria BALI, (Indonesia), 29 Jun 2026 – 鶹 terus memperkukuh kedudukannya di persada antarabangsa apabila menerima Conference Initiator Award sempena WUACD Summit 2026 in…

The post 鶹 Raih Pengiktirafan Antarabangsa di WUACD Summit 2026 appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh  Siti Aisyah Zakaria

BALI, (Indonesia), 29 Jun 2026 – 鶹 terus memperkukuh kedudukannya di persada antarabangsa apabila menerima Conference Initiator Award sempena WUACD Summit 2026 in Conjunction with the 15th Korea–ASEAN Symposium yang berlangsung di Bali, Indonesia, baru-baru ini.

Pengiktirafan tersebut diberikan kepada 鶹 atas sumbangannya dalam World University Association for Community Development (WUACD), sebuah rangkaian antarabangsa yang menghimpunkan 44 universiti dari pelbagai negara bagi mempromosikan pembangunan komuniti mampan melalui perkongsian ilmu, inovasi dan kerjasama strategik.

Pengarah Pusat Inovasi dan Pembangunan Akademik Strategik (IDEA) merangkap Penyelaras WUACD Peringkat 鶹, Prof. Dr. Jamia Azdina Jamal yang menerima anugerah tersebut berkata pengiktirafan tersebut mencerminkan kepercayaan rangkaian WUACD terhadap kepakaran 鶹 serta keupayaan universiti untuk menyumbang kepada pembangunan komuniti melalui kerjasama global.

“Melalui platform WUACD, 鶹 berpeluang menyumbang ilmu, pengalaman dan penyelesaian berasaskan penyelidikan dalam menangani cabaran masyarakat secara mampan melalui kerjasama yang melibatkan universiti-universiti dari pelbagai negara,” katanya.

Tambah beliau, penyertaan aktif 鶹 dalam WUACD bukan sahaja memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa universiti, malah membuka peluang baharu dalam bidang penyelidikan, pembangunan kapasiti, mobiliti akademik dan pemindahan ilmu yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Prof. Dr. Jamia Azdina berkata penglibatan 鶹 dalam WUACD juga sejajar dengan aspirasi universiti untuk memperluas impak penyelidikan ke peringkat global serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan) dan SDG 17 (Perkongsian untuk Mencapai Matlamat).

“Pengiktirafan ini memperkukuh kedudukan 鶹 sebagai rakan strategik dalam rangkaian WUACD dan mencerminkan komitmen universiti dalam menyumbang kepakaran akademik serta penyelidikan ke arah pembangunan komuniti yang mampan di peringkat serantau dan antarabangsa,” ujarnya.

Melalui penglibatan aktif dalam WUACD, 鶹 menyumbang kepakaran akademik dan penyelidikan bertaraf global dalam pelaksanaan program Waste-to-Wealth bersama Universitas Airlangga (UNAIR), Indonesia serta universiti-universiti ahli WUACD yang lain.

Penglibatan tersebut turut merangkumi perkongsian ilmu, pembangunan komuniti dan kerjasama rentas disiplin yang melibatkan Prof. Dr. Jamia Azdina, Prof. Madya Dr. Azlan Abas dan Prof. Dr. Zulkefly Abdul Karim.

The post 鶹 Raih Pengiktirafan Antarabangsa di WUACD Summit 2026 appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/ukm-raih-pengiktirafan-antarabangsa-di-wuacd-summit-2026/feed/ 0
Terperangkap dalam hutan, apa risiko kesihatan yang perlu ditanggung? /beritaukm/terperangkap-dalam-hutan-apa-risiko-kesihatan-yang-perlu-ditanggung/ /beritaukm/terperangkap-dalam-hutan-apa-risiko-kesihatan-yang-perlu-ditanggung/#respond Tue, 30 Jun 2026 05:08:45 +0000 /beritaukm/?p=4896 Oleh Prof. Madya Dr. Emelia Osman, Pensyarah Kanan Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan,  Fakulti Perubatan, 鶹 Kisah kehilangan pendaki wanita di sebuah gunung di Perak baru-baru ini…

The post Terperangkap dalam hutan, apa risiko kesihatan yang perlu ditanggung? appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Prof. Madya Dr. Emelia Osman, Pensyarah Kanan Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan,  Fakulti Perubatan, 鶹

Kisah kehilangan pendaki wanita di sebuah gunung di Perak baru-baru ini menggemparkan rakyat Malaysia, dan penemuannya dalam keadaan selamat selepas dua minggu berada dihutan turut memberi kelegaan kepada semua. Wanita berusia 49 tahun ini dapat bertahan di dalam hutan belantara dengan hanya meminum ‘air hitam’, ‘air coklat’ dan air daripada periuk kera untuk meneruskan hidup.

Sepanjang berada di dalam hutan, setiap tegukan air bukan lagi soal pilihan, tetapi soal hidup atau mati. Dalam keadaan tubuh semakin lemah, tekak semakin kering dan tenaga semakin berkurangan, sesiapa sahaja akan melakukan apa yang perlu untuk terus hidup. Namun apakah kesan sampingan dan ancaman-ancaman lain daripada meminum air-air itu?  

Air hutan tidak semestinya bersih

Ramai orang beranggapan bahawa air di kawasan hutan adalah bersih kerana ia datang terus daripada alam semula jadi. Hakikatnya, dalam bidang parasitologi, air yang kelihatan jernih belum tentu selamat diminum, malah antara sumber air yang sering dianggap selamat sebenarnya mempunyai risiko pencemaran yang tinggi.

Sebagai contoh, sungai yang mengalir jernih di kawasan hutan sering menjadi pilihan utama pendaki yang kehausan. Airnya sejuk, segar dan nampak bersih. Namun, apa yang ramai tidak sedar ialah sungai tersebut mungkin membawa sisa najis haiwan liar dari kawasan hulu. Setiap kali hujan turun, najis yang mengandungi telur cacing dan sista parasit boleh dihanyutkan ke dalam aliran sungai tanpa disedari. Lebih membimbangkan, semua pencemaran ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Periuk Kera: Penyelamat atau Perangkap Biologi?

Dalam banyak kisah survival, air daripada periuk kera sering dianggap sebagai sumber air kecemasan yang selamat. Sebenarnya, keadaan tidak semudah itu.

Sebagai tumbuhan pemangsa, periuk kera berfungsi memerangkap serangga untuk mendapatkan nutrien. Air yang terkumpul di dalamnya sering mengandungi bangkai serangga yang sedang mereput.

Dalam sesetengah keadaan, ia juga boleh dicemari oleh najis haiwan kecil atau kelawar yang berada di kawasan sekitarnya. Ini bermakna air yang kelihatan bersih di dalam periuk kera sebenarnya boleh menjadi habitat kepada pelbagai mikroorganisma yang berpotensi menyebabkan penyakit.

Begitu juga dengan air hitam atau air berkelodak yang lazim ditemui di kawasan bertakung. Ketika kecemasan, air seperti ini mungkin menjadi pilihan terakhir untuk mengelakkan dehidrasi.

Namun dari perspektif saintifik, air bertakung merupakan persekitaran yang sangat sesuai untuk pengumpulan pelbagai agen penyakit termasuk bakteria, virus dan parasit.

Musuh Yang Tidak Kelihatan

Parasit menyerang secara senyap. Seseorang mungkin berasa sihat hari ini tetapi mula mengalami gejala beberapa minggu kemudian. Antara parasit yang sering dikaitkan dengan air tercemar ialah Giardia spp., Entamoeba spp., Cryptosporidium spp. dan Balantidium sp.

Parasit-parasit protozoa ini menyerang sistem pencernaan manusia dan boleh menyebabkan cirit-birit berpanjangan, sakit perut, kembung serta gangguan penyerapan nutrien.

Selain itu, terdapat juga kumpulan helminth atau cacing usus seperti Ascaris spp. (cacing gelang), Trichuris spp. (cacing cambuk) dan Taenia spp. (cacing pita). Apabila telur atau larva parasit ini memasuki tubuh melalui air yang tercemar, ia boleh membesar dan hidup di dalam sistem pencernaan manusia untuk tempoh yang lama.

Mengapa Risiko Menjadi Lebih Tinggi?

Apa yang ramai tidak sedar ialah keadaan fizikal seseorang memainkan peranan besar dalam menentukan tahap risiko jangkitan. Apabila seseorang mengalami kebuluran, keletihan melampau dan kekurangan nutrien, sistem imun badan akan menjadi semakin lemah. Dalam keadaan inilah parasit mempunyai peluang yang lebih besar untuk membiak dan menyebabkan jangkitan.

Oleh sebab itu, individu yang tersesat dalam hutan untuk tempoh yang panjang bukan sahaja perlu dipantau dari segi kecederaan fizikal dan dehidrasi, malah perlu diberikan perhatian terhadap kemungkinan jangkitan parasit yang berlaku secara tersembunyi.

‘Bom Jangka’ Selepas Diselamatkan

Ramai beranggapan bahawa episod ngeri berakhir sebaik sahaja mangsa ditemui. Sebenarnya, bagi sesetengah individu, cabaran sebenar mungkin hanya bermula selepas mereka pulang ke rumah.

Jangkitan parasit ini boleh diibaratkan sebagai “bom jangka” mikroskopik. Parasit boleh hidup dan membiak dalam tubuh selama beberapa minggu sebelum gejala mula muncul.

Antara tanda awal yang perlu diberi perhatian ialah cirit-birit berpanjangan, berlendir atau berdarah, sakit dan kekejangan perut, loya serta muntah berulang, kelesuan melampau dan kehilangan berat badan tanpa sebab yang jelas.

Sekiranya gejala ini muncul selepas seseorang terdedah kepada sumber air yang tercemar, pemeriksaan perubatan perlu dilakukan dengan segera.

Jangkitan bawaan air sebenarnya boleh dicegah.

Bagi mereka yang gemar mendaki, berkhemah atau melakukan aktiviti lasak, beberapa langkah mudah mampu mengurangkan risiko dengan ketara.

Pertama, didihkan air sehingga benar-benar mendidih sebelum diminum. Kaedah ini masih merupakan cara paling berkesan untuk memusnahkan kebanyakan parasit bawaan air. Kedua, bawa penapis air mudah alih. Teknologi penapisan moden kini cukup ringan untuk dimasukkan ke dalam beg pendakian dan yang ketiga, simpan tablet penulen air dalam kit kecemasan. Dalam situasi tiada sumber api atau peralatan memasak, tablet ini boleh menjadi penyelamat nyawa.

Sekiranya semua peralatan tiada, air hujan yang ditadah terus menggunakan bekas bersih lazimnya merupakan pilihan yang lebih selamat berbanding air sungai atau air bertakung.

Pengajaran Dari Belantara

Kisah mereka yang tersesat di dalam hutan sentiasa mengajar kita tentang ketahanan dan semangat manusia untuk terus hidup. Kadangkala ancaman terbesar bukanlah apa yang berada di hadapan mata kita, sebaliknya ia mungkin tersembunyi dalam seteguk air yang kelihatan jernih.

Di dalam belantara, air sememangnya boleh menjadi penyelamat yang menghalang dehidrasi dan menyambung hayat manusia. Tetapi pada masa yang sama, air juga boleh menjadi medium yang membawa masuk parasit dan pelbagai mikroorganisma berbahaya ke dalam tubuh secara senyap.

Oleh itu, setiap kali kita melangkah masuk ke dalam hutan, bukan sahaja keberanian dan semangat pengembaraan yang perlu ada, tetapi juga ilmu pengetahuan. Ada yang terlalu kecil untuk dilihat, tetapi cukup besar untuk mengubah kehidupan seseorang.

The post Terperangkap dalam hutan, apa risiko kesihatan yang perlu ditanggung? appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/terperangkap-dalam-hutan-apa-risiko-kesihatan-yang-perlu-ditanggung/feed/ 0
鶹 Cipta Sejarah, Lonjak Tangga Ke-7 Dunia dalam THE Impact Ratings 2026 /beritaukm/ukm-cipta-sejarah-lonjak-tangga-ke-7-dunia-dalam-the-impact-ratings-2026/ /beritaukm/ukm-cipta-sejarah-lonjak-tangga-ke-7-dunia-dalam-the-impact-ratings-2026/#respond Tue, 30 Jun 2026 05:01:47 +0000 /beritaukm/?p=4892 BANGI, 24 Jun 2026 – 鶹 mencipta sejarah apabila menduduki tangga ke-7 dunia dalam Times Higher Education (THE) Impact Ratings 2026, sekali gus menempatkan 鶹 dalam kelompok…

The post 鶹 Cipta Sejarah, Lonjak Tangga Ke-7 Dunia dalam THE Impact Ratings 2026 appeared first on Berita 鶹.

]]>
BANGI, 24 Jun 2026 – 鶹 mencipta sejarah apabila menduduki tangga ke-7 dunia dalam Times Higher Education (THE) Impact Ratings 2026, sekali gus menempatkan 鶹 dalam kelompok satu peratus universiti terbaik dunia berdasarkan impak terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pencapaian ini merupakan kedudukan tertinggi pernah dicapai 鶹 dan mencerminkan lonjakan prestasi yang amat membanggakan dalam tempoh tiga tahun.

鶹 meningkat daripada kelompok 201–300 dunia pada 2024, kepada tangga ke-53 dunia pada 2025, sebelum melonjak ke kedudukan ke-7 dunia pada 2026.

Skor keseluruhan 鶹 turut meningkat secara konsisten daripada 80.2 peratus pada 2024, kepada 92.2 peratus pada 2025 dan 96.3 peratus pada 2026.

THE Impact Ratings menilai sumbangan institusi pengajian tinggi terhadap pelaksanaan 17 SDGs. Dalam edisi 2026, 鶹 mencatat pencapaian cemerlang apabila menduduki tempat ke-2 dunia bagi SDG 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kuat (Peace, Justice and Strong Institutions), ke-4 dunia bagi SDG 1: Tiada Kemiskinan (No Poverty) dan SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan (Sustainable Cities and Communities), serta ke-10 dunia bagi SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat (Partnerships for the Goals).

鶹 turut berada pada kedudukan ke-13 dunia bagi SDG 8, ke-15 bagi SDG 15, ke-16 bagi SDG 14, ke-18 bagi SDG 3 dan ke-19 bagi SDG 2.

Secara keseluruhan, 鶹 meningkatkan pencapaian dalam sembilan SDG, mengekalkan prestasi dalam tiga SDG, serta berjaya menempatkan sembilan SDG dalam kelompok 20 terbaik dunia.

Antara lonjakan paling ketara ialah SDG 16 yang meningkat daripada kedudukan ke-26 kepada ke-2 dunia, SDG 11 daripada ke-21 kepada ke-4 dunia, SDG 15 daripada ke-56 kepada ke-15 dunia dan SDG 8 daripada ke-36 kepada ke-13 dunia.

Naib Canselor 鶹, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh berkata pencapaian tersebut membuktikan keberkesanan pendekatan holistik 鶹 dalam mengintegrasikan agenda kelestarian dalam pendidikan, penyelidikan, inovasi, tadbir urus dan penglibatan masyarakat.

“Pencapaian ini bukan sekadar pengiktirafan dalam penarafan dunia, tetapi bukti bahawa 鶹 berjaya menterjemahkan ilmu, penyelidikan dan inovasi kepada impak sebenar yang dirasai oleh masyarakat, negara dan komuniti global.

“Kejayaan ini adalah hasil komitmen serta usaha berterusan seluruh warga 鶹 dalam menjadikan ilmu sebagai pemangkin perubahan ke arah masa depan yang lebih mampan, inklusif dan berdaya tahan,” katanya.

Beliau berkata kejayaan ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, Dasar Kelestarian 鶹 dan komitmen universiti untuk mencapai sasaran Net Zero Carbon 2040.

“Momentum tersebut akan terus diperkukuh menerusi pelaksanaan Pelan Strategik TEKAD57 鶹 2026–2030, khususnya dalam memperkasa kecemerlangan pendidikan, penyelidikan, inovasi, kelestarian dan tadbir urus,” ujarnya.

Tambah beliau, pencapaian tersebut mengukuhkan peranan 鶹 bukan sahaja sebagai universiti kebangsaan, malah sebagai institusi bertaraf dunia yang mampu memimpin agenda kelestarian global melalui falsafahnya “Iman, Ilmu dan Amal: Memimpin Kelestarian Global.”

The post 鶹 Cipta Sejarah, Lonjak Tangga Ke-7 Dunia dalam THE Impact Ratings 2026 appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/ukm-cipta-sejarah-lonjak-tangga-ke-7-dunia-dalam-the-impact-ratings-2026/feed/ 0
鶹 Terajui Kajian Antarabangsa Bernilai £1.8 Juta, Tangani Isu Hutan Bakau, Iklim dan Kesihatan /beritaukm/ukm-terajui-kajian-antarabangsa-bernilai-1-8-juta-tangani-isu-hutan-bakau-iklim-dan-kesihatan/ /beritaukm/ukm-terajui-kajian-antarabangsa-bernilai-1-8-juta-tangani-isu-hutan-bakau-iklim-dan-kesihatan/#respond Tue, 30 Jun 2026 04:59:15 +0000 /beritaukm/?p=4889 BANGI, 29 Jun 2026 – Sekumpulan penyelidik dari 鶹 berjaya memperoleh geran penyelidikan antarabangsa bernilai £1.8 juta (kira-kira RM10.3 juta ) bagi menjalankan kajian bertajuk Mangrove Conservation…

The post 鶹 Terajui Kajian Antarabangsa Bernilai £1.8 Juta, Tangani Isu Hutan Bakau, Iklim dan Kesihatan appeared first on Berita 鶹.

]]>
BANGI, 29 Jun 2026 – Sekumpulan penyelidik dari 鶹 berjaya memperoleh geran penyelidikan antarabangsa bernilai £1.8 juta (kira-kira RM10.3 juta ) bagi menjalankan kajian bertajuk Mangrove Conservation for Planetary Health: Quantifying Climate, Health and Socioeconomic Impacts in Protected Mangrove Ecosystems.

Melalui geran yang diperoleh daripada Wellcome Trust, iaitu organisasi penyelidikan kesihatan global berpangkalan di United Kingdom itu, pasukan penyelidik yang diketuai oleh Dr. Nur Hazlin Hazrin Chong dari Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, Fakulti Sains dan Teknologi akan menjalankan kajian berkenaan penyelesaian isu iklim dan kesihatan di negara membangun yang berpotensi memberi impak besar di peringkat global.

Menurut Dr Nur Hazlin, kajian itu memberi tumpuan kepada tiga komponen utama, iaitu iklim dan persekitaran, kesihatan awam, serta kesejahteraan sosioekonomi komuniti yang tinggal di dalam dan berhampiran kawasan hutan bakau terlindung.

“Hutan bakau merupakan antara ekosistem pesisir yang paling penting di dunia. Selain menyimpan karbon dalam jumlah yang tinggi, hutan bakau juga berperanan sebagai benteng semula jadi yang melindungi komuniti pesisir daripada kesan bencana alam, di samping menyokong sumber pendapatan dan kehidupan masyarakat setempat.

“Namun, manfaat hutan bakau terhadap iklim, kesihatan dan komuniti masih perlu difahami dan diukur dengan lebih menyeluruh,” katanya.

Melalui projek ini, Dr. Nur Hazlin dan pasukannya yang terdiri daripada pakar bidang sains iklim dan persekitaran, kesihatan awam, mikrobiologi, ekologi, sosiologi serta antropologi akan meneliti hubungan antara pemuliharaan hutan bakau dengan kesihatan planet secara lebih holistik.

“Kajian ini tidak melihat isu iklim dan kesihatan sebagai dua perkara yang berasingan, sebaliknya sebagai satu sistem yang saling berkait.

“Pendekatan ini membolehkan penyelidik menilai pelbagai aspek penting, termasuk penyimpanan karbon, pendedahan kepada pencemaran dan risiko penyakit, perlindungan kawasan pesisir serta daya tahan komuniti tempatan,” ujarnya.

Selain menghasilkan data saintifik, beliau berkata projek itu juga memberi penekanan kepada pembangunan keupayaan penyelidikan tempatan.

“Ia akan melatih penyelidik muda, juruteknik lapangan, pengurus projek dan pelajar dalam kaedah penyelidikan merentas disiplin yang berteraskan penglibatan komuniti.”

“Data, peta dan analisis yang dijana melalui projek ini juga dijangka dapat menyokong perancangan dasar berkaitan adaptasi iklim, pemuliharaan ekosistem dan kesihatan awam,” katanya.

Menurut Dr Nur Hazlin lagi, projek tersebut membuka ruang kerjasama yang luas antara universiti, agensi kerajaan, badan pemuliharaan, komuniti setempat dan rakan serantau.

“Kerjasama ini penting bagi memastikan dapatan penyelidikan bukan sahaja menyumbang kepada ilmu pengetahuan, malah dapat diterjemahkan kepada manfaat nyata kepada masyarakat,” katanya.

Dengan menerajui projek antarabangsa ini, 鶹 terus memperkukuh peranannya sebagai universiti penyelidikan yang menyumbang kepada penyelesaian cabaran global.

Projek ini juga meletakkan Malaysia sebagai antara negara yang berpotensi menawarkan model penyelidikan iklim-kesihatan berasaskan ekosistem bakau kepada dunia.

The post 鶹 Terajui Kajian Antarabangsa Bernilai £1.8 Juta, Tangani Isu Hutan Bakau, Iklim dan Kesihatan appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/ukm-terajui-kajian-antarabangsa-bernilai-1-8-juta-tangani-isu-hutan-bakau-iklim-dan-kesihatan/feed/ 0
鶹 urges students to combine academic excellence with industry experience for career success /beritaukm/ukm-urges-students-to-combine-academic-excellence-with-industry-experience-for-career-success/ /beritaukm/ukm-urges-students-to-combine-academic-excellence-with-industry-experience-for-career-success/#respond Mon, 29 Jun 2026 05:01:10 +0000 /beritaukm/?p=4885 BANGI, 29 Jun 2026 – Success after graduation depends on more than academic achievement as employers increasingly seek graduates with practical experience, professional skills and the ability to adapt to…

The post 鶹 urges students to combine academic excellence with industry experience for career success appeared first on Berita 鶹.

]]>
BANGI, 29 Jun 2026 – Success after graduation depends on more than academic achievement as employers increasingly seek graduates with practical experience, professional skills and the ability to adapt to a rapidly evolving workplace, according to 鶹 Vice-Chancellor Prof Datuk Dr Sufian Jusoh.

Speaking at the launch of the Global Professional Immersion (GPI) Fellowship Programme, Sufian said knowledge acquired in the classroom remains important but is no longer sufficient in an increasingly competitive job market.

“Those who focus solely on academic achievement may find it harder to compete for opportunities in the workforce,” he said.

He noted that while technology continues to transform industries and is often viewed as a threat to human capital, organisations will always require talented individuals capable of critical thinking, adapting to change and creating value.

“Without the right talent, even the best technology cannot be used effectively,” he said.

Sufian said 鶹’s governance principles under TEKAD 57 are centred on optimising human capital through excellence in education and teaching, with a strong emphasis on complementing classroom learning with real-world industry exposure.

To strengthen collaboration between academia and industry, 鶹 previously established the 鶹 International Industry Advisory Council (IIAC), comprising 16 distinguished industry leaders and professionals.

The council provides strategic advice and industry perspectives to support the implementation of 鶹’s Strategic Plan 2026–2030, ensuring the university’s programmes, research priorities and institutional direction remain aligned with global trends and workforce needs.

Among the IIAC members are Peter McKenna and Eleanor Mak, Co-CEO and Co-Founders of Venturenauts Australia.

Through the collaboration, 鶹 has become the first university in Malaysia to partner with Venturenauts Australia in offering the GPI Fellowship Programme.

The fellowship provides selected students with intensive leadership development, executive-level exposure and international industry experience aimed at preparing graduates for an increasingly interconnected global economy.

A total of 12 fellowships worth up to AUD4,000 each will be awarded to outstanding participants selected through the programme’s competitive selection process.

Sufian said the programme also underscores the importance of talent development and employer branding, with the goal of producing graduates who can drive innovation, create opportunities for others and contribute meaningfully to their organisations, industries and communities.

“Our aim is to produce graduates whose talents become valuable assets not only to their employers but also to the nation and the global community,” he said.

He added that the GPI Fellowship reflects 鶹’s broader commitment to enhancing graduate employability through collaborations with leading global companies including BlackBerry and IHH Healthcare Malaysia.

More recently, the university launched Cyber Pathways, a professional cybersecurity certification programme designed to strengthen Malaysia’s pipeline of industry-ready cybersecurity talent while enhancing cyber resilience across Malaysia and the ASEAN region.

Sufian encouraged students to take advantage of the opportunities available through the GPI Fellowship and other academic, professional and international engagement programmes offered by the university.

“Every opportunity you take today is an investment in your future. Challenge yourself and make the most of your time at 鶹. The experiences you gain will not only shape your career but also the impact you have on society and the world around you,” he said.

The post 鶹 urges students to combine academic excellence with industry experience for career success appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/ukm-urges-students-to-combine-academic-excellence-with-industry-experience-for-career-success/feed/ 0
Program Sentuhan Kasih 鶹@Johor, Kongsi Rezeki Bersama Mahasiswa /beritaukm/program-sentuhan-kasih-ukmjohor-kongsi-rezeki-bersama-mahasiswa/ /beritaukm/program-sentuhan-kasih-ukmjohor-kongsi-rezeki-bersama-mahasiswa/#respond Mon, 29 Jun 2026 04:58:24 +0000 /beritaukm/?p=4882 JOHOR BAHRU, 28 Jun 2026 – Keprihatinan terhadap kebajikan mahasiswa terus menjadi keutamaan 鶹 apabila tujuh keluarga mahasiswa disantuni menerusi Program Ziarah Kasih Siswa sempena Program Sentuhan…

The post Program Sentuhan Kasih 鶹@Johor, Kongsi Rezeki Bersama Mahasiswa appeared first on Berita 鶹.

]]>
JOHOR BAHRU, 28 Jun 2026 – Keprihatinan terhadap kebajikan mahasiswa terus menjadi keutamaan 鶹 apabila tujuh keluarga mahasiswa disantuni menerusi Program Ziarah Kasih Siswa sempena Program Sentuhan Kasih 鶹@Johor, yang berlangsung hari ini di sekitar Tiram, Johor.

Dalam program tersebut, setiap keluarga menerima bakul bantuan yang mengandungi pelbagai keperluan asas harian sebagai tanda keprihatinan 鶹 dalam membantu meringankan beban kos sara hidup serta memastikan kebajikan mahasiswa sentiasa terpelihara.

Rombongan ziarah diketuai oleh Naib Canselor 鶹, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Hj. Norinsan Kamil Othman, serta Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM), Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Darfizzi Derawi yang juga Pengerusi Program Sentuhan Kasih 鶹@Johor.

Naib Canselor 鶹, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh berkata, program ini mencerminkan komitmen 鶹 untuk memastikan tiada mahasiswa yang tercicir daripada mendapat sokongan kebajikan sepanjang pengajian mereka.

“鶹 bukan sahaja melahirkan graduan yang cemerlang dari segi akademik, malah memastikan kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa sentiasa diberi perhatian. Program seperti ini memperlihatkan nilai ihsan, kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang menjadi teras budaya 鶹 dalam membangunkan modal insan yang holistik,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa sokongan kepada mahasiswa bukan sekadar bantuan kebendaan, tetapi merupakan pelaburan jangka panjang dalam memastikan mereka dapat meneruskan pengajian dengan lebih fokus, yakin dan berdaya saing.

Tambahnya, Program Sentuhan Kasih 鶹@Johor membuktikan komitmen berterusan 鶹 dalam memperkukuh ekosistem kebajikan mahasiswa melalui pendekatan turun padang, selaras dengan aspirasi universiti untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam ilmu, malah mempunyai nilai kemanusiaan dan semangat kebersamaan yang tinggi.

Program ini turut menyokong aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui beberapa matlamat utama, iaitu SDG 1: Tiada Kemiskinan dengan membantu meringankan beban keluarga mahasiswa, SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan melalui peningkatan kesejahteraan sosial dan emosi, SDG 4: Pendidikan Berkualiti dengan memastikan mahasiswa dapat meneruskan pengajian tanpa halangan kebajikan, serta SDG 10: Mengurangkan Ketidaksamaan menerusi penyampaian bantuan kepada golongan yang memerlukan secara inklusif dan bersasar.

The post Program Sentuhan Kasih 鶹@Johor, Kongsi Rezeki Bersama Mahasiswa appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/program-sentuhan-kasih-ukmjohor-kongsi-rezeki-bersama-mahasiswa/feed/ 0
鶹 Menyemai Kasih, Menabur Bakti Melalui Program Sentuhan Kasih 鶹@Johor /beritaukm/ukm-menyemai-kasih-menabur-bakti-melalui-program-sentuhan-kasih-ukmjohor/ /beritaukm/ukm-menyemai-kasih-menabur-bakti-melalui-program-sentuhan-kasih-ukmjohor/#respond Mon, 29 Jun 2026 04:56:09 +0000 /beritaukm/?p=4878 JOHOR BAHRU, 28 Jun 2026 – Hampir 1,000 penduduk setempat membanjiri Dewan Cermai, Tiram dan Dewan Kampung Sinaran Baru, Skudai dalam Program Sentuhan Kasih 鶹@Johor yang sarat dengan nilai kemesraan,…

The post 鶹 Menyemai Kasih, Menabur Bakti Melalui Program Sentuhan Kasih 鶹@Johor appeared first on Berita 鶹.

]]>
JOHOR BAHRU, 28 Jun 2026 – Hampir 1,000 penduduk setempat membanjiri Dewan Cermai, Tiram dan Dewan Kampung Sinaran Baru, Skudai dalam Program Sentuhan Kasih 鶹@Johor yang sarat dengan nilai kemesraan, kebersamaan dan keprihatinan.

Inisiatif ini diterajui oleh 鶹 melalui Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) dengan penglibatan 78 warga 鶹 merangkumi Pejabat Naib Canselor, Pusat Komunikasi Korporat, Pusat Pengurusan Akademik, 鶹Shape, Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Hospital, Hospital Canselor Tuanku Muhriz serta mahasiswa Kesatuan Mahasiswa 鶹 dan ersatuan Mahasiswa Anak Johor.

Program dua hari bertemakan “Dari Kampus ke Komuniti, Menyebar Kasih dan Bakti” ini menampilkan pelbagai pengisian seperti gotong-royong, pemeriksaan kesihatan percuma, Ziarah Kasih Mahasiswa 鶹, reruai akademik, pertandingan mewarna, permainan tradisional, senamrobik, reruai komuniti serta cabutan bertuah yang memeriahkan suasana.

Majlis di Dewan Cermai, Tiram turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir yang bersama-sama menyantuni komuniti setempat. Dalam majlis ini, 鶹 turut menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada 20 wakil keluarga.

Ketua Komuniti Zon Kota Delima Herman Ismadi Ismail, program ini memberi peluang kepada penduduk untuk mengenali 鶹 dengan lebih dekat serta mengetahui pelbagai peluang dan inisiatif yang ditawarkan oleh universiti.

“Saya amat gembira dan berterima kasih kepada pihak 鶹 kerana sudi hadir ke kawasan kami untuk menganjurkan Program Sentuhan Kasih.

“Program ini memberi manfaat kepada komuniti dan mendekatkan hubungan antara universiti dengan masyarakat.

“Harapan kami ialah program seperti ini dapat terus memupuk semangat kebersamaan dan mengeratkan hubungan antara 鶹 dengan komuniti,” katanya.

Menurutnya, kira-kira 80 peratus penduduk di kawasan itu merupakan warga industri yang bekerja pada hujung minggu, namun keadaan tersebut tidak menjejaskan sambutan terhadap program berkenaan apabila komuniti tetap hadir dan memberikan kerjasama yang baik.

Naib Canselor 鶹, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Hj. Norinsan Kamil Othman; serta Pengarah HEP-UKM merangkap Pengerusi Program, Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Darfizzi Derawi turut hadir memeriahkan program.

Dalam masa yang sama, 鶹 turut melaksanakan Program Ziarah Kasih Siswa yang menyantuni tujuh keluarga mahasiswa di sekitar Tiram dan Puteri Wangsa, diketuai oleh barisan kepimpinan tertinggi universiti.

Pendekatan turun padang ini memperkukuh komitmen 鶹 dalam merealisasikan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 1 (Tiada Kemiskinan), SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 10 (Mengurangkan Ketidaksamaan) serta SDG 17 (Kerjasama demi Matlamat). Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan universiti dalam memperkasa kesejahteraan mahasiswa dan komuniti melalui jaringan kerjasama strategik.

The post 鶹 Menyemai Kasih, Menabur Bakti Melalui Program Sentuhan Kasih 鶹@Johor appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/ukm-menyemai-kasih-menabur-bakti-melalui-program-sentuhan-kasih-ukmjohor/feed/ 0