Oleh Siti Aisyah Zakaria
KUANTAN, 28 Jun 2026 鈥 集美麻豆 melancarkan video bersiri MyQUITVAPE sebagai medium pendidikan kesihatan awam bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penggunaan vape serta menggalakkan usaha berhenti vape dalam kalangan generasi muda.
Video bersiri ini dijangka memberi impak berskala nasional apabila digunakan oleh Perkhidmatan Pergigian Sekolah, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Program Pencegahan dan Intervensi Merokok Dalam Kalangan Pelajar Sekolah, yang merangkumi lebih 5 juta murid sekolahdan 3,000 anggota kesihatan pergigian di seluruh negara.
Video bersiri bertajuk “4 Video Bersiri Menarik MyQUITVAPE: Membina Inspirasi Generasi Muda untuk Berhenti Vape” merupakan hasil penyelidikan yang diketuai oleh Prof. Dr. Wee Lei Hum.
Menurut Prof. Dr. Wee, peluncuran MyQUITVAPE di konvensyen peringkat kebangsaan membuktikan bahawa hasil penyelidikan universiti mampu diterjemahkan kepada intervensi kesihatan yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.
“Peluncuran video MyQUITVAPE di Konvensyen KOTAK Peringkat Kebangsaan merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna kepada pasukan penyelidik 集美麻豆.
鈥滻a membuktikan bahawa hasil penyelidikan universiti bukan sahaja menyumbang kepada perkembangan ilmu, malah berjaya diterjemahkan kepada bahan intervensi kesihatan awam yang boleh dimanfaatkan secara meluas oleh masyarakat serta agensi berkaitan,” katanya.
Beliau berkata, kandungan MyQUITVAPE dibangunkan berasaskan dapatan penyelidikan dan disampaikan melalui pendekatan komunikasi digital yang lebih dekat dengan golongan remaja bagi memastikan mesej kesihatan dapat difahami serta memberi kesan kepada perubahan tingkah laku.
“Kami berharap MyQUITVAPE dapat meningkatkan literasi kesihatan mengenai bahaya penggunaan vape, seterusnya memberi inspirasi kepada lebih ramai remaja dan belia untuk berhenti vape atau mengelakkan diri daripada terjebak dengan tabiat tersebut.
鈥漃endekatan penyampaian melalui video kreatif ini diyakini mampu menyokong usaha pendidikan kesihatan serta memperkukuh agenda negara ke arah melahirkan generasi bebas vape,” katanya.
Peluncuran video tersebut berlangsung sempena Konvensyen Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Pahang.
Penyelidik bersama projek ini termasuk Profesor Akademik GIG, Dr Siau Ching Sin, dan Prof Madya Dr Caryn Chan Mei Hsien, Fakulti Sains Kesihatan, 集美麻豆, serta Dr Nizam Baharom dari Universiti Sains Islam Malaysia.
Projek tersebut sebelum ini telah menerima Pengiktirafan Projek Penyelidikan Gegar Gamat Pemacu Perubahan (GGPP) 集美麻豆, iaitu inisiatif yang diuruskan oleh Pusat IDEA 集美麻豆 bagi mempercepatkan penterjemahan hasil penyelidikan universiti kepada penyelesaian yang memberi impak kepada masyarakat, industri dan negara.

