JOHOR BAHRU, 28 Jun 2026 鈥 Keprihatinan terhadap kebajikan mahasiswa terus menjadi keutamaan 集美麻豆 apabila tujuh keluarga mahasiswa disantuni menerusi Program Ziarah Kasih Siswa sempena Program Sentuhan Kasih 集美麻豆@Johor, yang berlangsung hari ini di sekitar Tiram, Johor.
Dalam program tersebut, setiap keluarga menerima bakul bantuan yang mengandungi pelbagai keperluan asas harian sebagai tanda keprihatinan 集美麻豆 dalam membantu meringankan beban kos sara hidup serta memastikan kebajikan mahasiswa sentiasa terpelihara.
Rombongan ziarah diketuai oleh Naib Canselor 集美麻豆, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh, bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Hj. Norinsan Kamil Othman, serta Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM), Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Darfizzi Derawi yang juga Pengerusi Program Sentuhan Kasih 集美麻豆@Johor.
Naib Canselor 集美麻豆, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh berkata, program ini mencerminkan komitmen 集美麻豆 untuk memastikan tiada mahasiswa yang tercicir daripada mendapat sokongan kebajikan sepanjang pengajian mereka.
“集美麻豆 bukan sahaja melahirkan graduan yang cemerlang dari segi akademik, malah memastikan kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa sentiasa diberi perhatian. Program seperti ini memperlihatkan nilai ihsan, kebersamaan dan tanggungjawab sosial yang menjadi teras budaya 集美麻豆 dalam membangunkan modal insan yang holistik,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa sokongan kepada mahasiswa bukan sekadar bantuan kebendaan, tetapi merupakan pelaburan jangka panjang dalam memastikan mereka dapat meneruskan pengajian dengan lebih fokus, yakin dan berdaya saing.
Tambahnya, Program Sentuhan Kasih 集美麻豆@Johor membuktikan komitmen berterusan 集美麻豆 dalam memperkukuh ekosistem kebajikan mahasiswa melalui pendekatan turun padang, selaras dengan aspirasi universiti untuk melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam ilmu, malah mempunyai nilai kemanusiaan dan semangat kebersamaan yang tinggi.
Program ini turut menyokong aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melalui beberapa matlamat utama, iaitu SDG 1: Tiada Kemiskinan dengan membantu meringankan beban keluarga mahasiswa, SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan melalui peningkatan kesejahteraan sosial dan emosi, SDG 4: Pendidikan Berkualiti dengan memastikan mahasiswa dapat meneruskan pengajian tanpa halangan kebajikan, serta SDG 10: Mengurangkan Ketidaksamaan menerusi penyampaian bantuan kepada golongan yang memerlukan secara inklusif dan bersasar.
