Admin, Author at Berita 鶹 /beritaukm/author/firdaus/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Tue, 19 May 2026 01:51:00 +0000 en-US hourly 1 AKSI 2026 Perkasa Literasi Kewangan Mahasiswa /beritaukm/aksi-2026-perkasa-literasi-kewangan-mahasiswa/ /beritaukm/aksi-2026-perkasa-literasi-kewangan-mahasiswa/#respond Tue, 19 May 2026 01:50:17 +0000 /beritaukm/?p=4705 Oleh Ruzanna Ab RazakFoto Irfan Halim BANGI, 6 MEI 2026 – Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), 鶹 terus memperkukuh agenda literasi kewangan mahasiswa melalui penganjuran Arena Kewangan…

The post AKSI 2026 Perkasa Literasi Kewangan Mahasiswa appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Ruzanna Ab Razak
Foto Irfan Halim

BANGI, 6 MEI 2026 – Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), 鶹 terus memperkukuh agenda literasi kewangan mahasiswa melalui penganjuran Arena Kewangan Siswa Intervarsiti (AKSI) AKPK 2026 baru-baru ini.

Program dianjurkan secara kolaboratif oleh Kelab Tunas AKPK dan Kelab Pengurusan di bawah naungan Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP), dengan sokongan strategik rakan industri dan penyertaan universiti jemputan.

AKSI 2026 menghimpunkan pelbagai pengisian yang memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang pengurusan kewangan, teknologi kewangan dan pendekatan pembelajaran interaktif.

Menurut pensyarah FEP yang menubuhkan Kelab Tunas AKPK di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) FEP, Dr. Masrina Nadia Mohd Salleh, penubuhan kelab itu bertujuan memperkukuh literasi kewangan belia melalui pendekatan yang lebih dekat dengan tingkah laku generasi masa kini.

“VESPID dan UnBound menjadi rakan strategik penting kerana masing-masing menawarkan platform gamified yang terbukti mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran kewangan,” katanya.

Kemuncak program menyaksikan perasmian Kelab Tunas AKPK FEP 鶹 yang disempurnakan oleh Dekan FEP, Prof. Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi. Perasmian itu menandakan langkah penting FEP dalam memperkukuh peranan mahasiswa sebagai duta kecil literasi kewangan di peringkat universiti.

Majlis turut menyaksikan penyerahan watikah pelantikan kepada barisan kepimpinan Kelab Tunas AKPK FEP 鶹 sebagai simbol komitmen mahasiswa untuk menggerakkan program kesedaran kewangan secara lebih aktif, tersusun dan dekat dengan keperluan generasi muda.

Program ini turut dimeriahkan dengan Pertandingan Debat Khas Kewangan yang melibatkan penyertaan universiti jemputan, termasuk Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM) dan INTI International College Subang.

Pertandingan tersebut menjadi platform kepada mahasiswa untuk mengasah kemahiran berhujah, berfikir secara kritis dan membincangkan isu-isu ekonomi serta kewangan semasa. Pasukan dari INTI International College Subang muncul sebagai johan pertandingan dan menerima hadiah wang tunai serta sijil penghargaan.

The post AKSI 2026 Perkasa Literasi Kewangan Mahasiswa appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/aksi-2026-perkasa-literasi-kewangan-mahasiswa/feed/ 0
KM鶹 Perkenal Inisiatif RM60,000, Perkukuh Kebajikan dan Pemerkasaan Mahasiswa 鶹 /beritaukm/kmukm-perkenal-inisiatif-rm60000-perkukuh-kebajikan-dan-pemerkasaan-mahasiswa-ukm/ /beritaukm/kmukm-perkenal-inisiatif-rm60000-perkukuh-kebajikan-dan-pemerkasaan-mahasiswa-ukm/#respond Mon, 18 May 2026 08:33:34 +0000 /beritaukm/?p=4701 BANGI, 18 Mei 2026 – Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KM鶹) memperkenalkan inisiatif pengurangan peruntukan manifesto kepimpinan daripada RM3,000 kepada RM1,500 bagi setiap portfolio sebagai usaha memperkukuh agenda kebajikan dan…

The post KM鶹 Perkenal Inisiatif RM60,000, Perkukuh Kebajikan dan Pemerkasaan Mahasiswa 鶹 appeared first on Berita 鶹.

]]>
BANGI, 18 Mei 2026 – Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KM鶹) memperkenalkan inisiatif pengurangan peruntukan manifesto kepimpinan daripada RM3,000 kepada RM1,500 bagi setiap portfolio sebagai usaha memperkukuh agenda kebajikan dan pembangunan mahasiswa 鶹.

Langkah tersebut membolehkan hampir RM60,000 dikumpulkan untuk disalurkan kepada beberapa inisiatif utama melibatkan bantuan kebajikan mahasiswa serta pemerkasaan pembangunan pelajar.

Antara bantuan yang diperkenalkan ialah bantuan one-off rumah sewa sebanyak RM20,000 kepada mahasiswa yang memerlukan, bantuan asas rumah sewa berjumlah RM5,000 dan Insentif Perkasa KITA Siswa bernilai RM35,000.

Insentif Perkasa KITA Siswa memberi fokus kepada sembilan domain pembangunan mahasiswa melibatkan aspek sukan, kesukarelawanan, kebajikan, kerohanian, keusahawanan, kebudayaan, inovasi, perpaduan dan kepimpinan.

Presiden KM鶹 sesi 2025/2026, Muhammad Haikal Hamidi berkata, inisiatif tersebut diperkenalkan sebagai respons terhadap cabaran kos sara hidup dan isu penempatan yang dihadapi mahasiswa masa kini.

“KM鶹 melihat keperluan untuk memastikan kebajikan mahasiswa terus diberi perhatian, khususnya bagi pelajar yang berdepan kekangan kewangan dan perlu menyewa di luar kampus.

Pengurangan dana manifesto ini dibuat bagi membolehkan lebihan dana dimanfaatkan secara terus kepada mahasiswa,” katanya.

Menurut beliau, KM鶹 turut menggerakkan inisiatif “Menu Kasih Siswa” bersama pengusaha kafeteria di 鶹 bagi menyediakan pilihan makanan pada kadar harga lebih minimum dan mesra mahasiswa.

Selain itu, KM鶹 juga bekerjasama dengan Hal Ehwal Pelajar (HEP) 鶹 dalam usaha membantu menjayakan projek Dapur Siswa bagi menyediakan ruang memasak yang lebih selesa kepada mahasiswa, termasuk usaha penyediaan bahan mentah asas kepada pelajar tertentu yang memerlukan.

Sementara itu, Penasihat KM鶹 merangkap Timbalan Pengarah Kepimpinan Hal Ehwal Pelajar 鶹, Ts. Dr. Ahmad Firdhaus Arham menyifatkan pendekatan tersebut sebagai manifestasi kepimpinan mahasiswa yang matang, prihatin dan berpaksikan nilai kemanusiaan.

“Pendekatan ini menunjukkan mahasiswa bukan sahaja membawa idea dan suara mahasiswa, tetapi turut memainkan peranan aktif dalam membantu rakan-rakan yang memerlukan.

“Inisiatif seperti bantuan rumah sewa, Menu Kasih Siswa dan Dapur Siswa mencerminkan budaya kebersamaan dan kesejahteraan yang perlu terus diperkukuh dalam ekosistem kampus,” katanya.

Beliau berkata, usaha tersebut juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, kesejahteraan dan tanggungjawab sosial dalam pembangunan masyarakat berilmu dan berdaya saing.

The post KM鶹 Perkenal Inisiatif RM60,000, Perkukuh Kebajikan dan Pemerkasaan Mahasiswa 鶹 appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/kmukm-perkenal-inisiatif-rm60000-perkukuh-kebajikan-dan-pemerkasaan-mahasiswa-ukm/feed/ 0
Guru yang Mendidik dengan Hati /beritaukm/guru-yang-mendidik-dengan-hati/ /beritaukm/guru-yang-mendidik-dengan-hati/#respond Mon, 18 May 2026 07:49:27 +0000 /beritaukm/?p=4698 Oleh Dr. Syar Meeze Mohd Rashid, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Setiap kali Hari Guru diraikan, masyarakat biasanya mengangkat guru sebagai insan…

The post Guru yang Mendidik dengan Hati appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Dr. Syar Meeze Mohd Rashid, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Setiap kali Hari Guru diraikan, masyarakat biasanya mengangkat guru sebagai insan mulia yang mendidik, membimbing dan membentuk masa depan anak bangsa. Namun, dalam suasana semasa, profesion keguruan turut diuji dengan pelbagai persepsi, polemik dan cabaran baharu. Ada pelbagai kisah berkaitan guru yang menjadi perhatian masyarakat, sama ada melibatkan isu profesionalisme, etika, keselamatan murid mahupun kepercayaan awam terhadap institusi pendidikan. Walaupun isu-isu ini tidak mewakili keseluruhan warga pendidik, realitinya setiap perkara yang berlaku tetap memberi kesan kepada pandangan masyarakat terhadap profesion keguruan.

Dalam keadaan ini, sambutan Hari Guru bukan hanya wajar menjadi ruang untuk meraikan jasa guru, tetapi juga medan untuk bermuhasabah tentang makna sebenar menjadi seorang pendidik. Guru bukan sekadar individu yang hadir ke sekolah untuk mengajar sukatan pelajaran, menanda buku latihan atau menyiapkan rekod pentaksiran. Guru ialah insan yang memegang amanah besar untuk menyentuh akal, membina jiwa dan membentuk peribadi murid. Oleh itu, guru yang benar-benar mendidik bukan hanya mengajar dengan ilmu, tetapi mendidik dengan hati.

Mendidik dengan hati

Mendidik dengan hati bermaksud guru hadir dalam dunia pendidikan dengan keikhlasan, kesabaran, empati dan rasa tanggungjawab yang tinggi. Murid datang ke sekolah dengan pelbagai latar belakang. Ada yang cemerlang dan mudah dibimbing. Ada yang perlahan, kurang yakin, sering melakukan kesilapan atau membawa beban emosi dari rumah. Dalam keadaan ini, guru tidak boleh hanya melihat murid melalui keputusan peperiksaan atau tingkah laku luaran semata-mata. Guru perlu mempunyai mata hati untuk memahami bahawa di sebalik setiap murid, ada cerita, keperluan dan potensi yang belum tentu dapat dilihat dengan segera.

Namun, mendidik dengan hati bukan bermaksud guru perlu membiarkan semua kesalahan murid tanpa teguran. Guru tetap perlu tegas, berprinsip dan berani membetulkan kesilapan. Bezanya, ketegasan seorang guru mesti berpaksikan kasih sayang, bukan kemarahan yang tidak terkawal. Teguran guru seharusnya membina, bukan merendahkan. Hukuman yang diberikan perlu mendidik, bukan memalukan. Dalam dunia pendidikan hari ini, guru perlu lebih berhati-hati kerana setiap tindakan mudah dinilai, dirakam, disebarkan dan ditafsir oleh masyarakat. Justeru, kekuatan emosi dan kebijaksanaan profesional menjadi sangat penting.

Dalam perkembangan pendidikan semasa, profesion keguruan turut berhadapan dengan persekitaran sosial yang semakin kompleks. Masyarakat kini lebih peka terhadap keselamatan murid, hak kanak-kanak, etika profesional dan kesejahteraan sekolah. Perubahan ini menuntut guru untuk melaksanakan tugas dengan lebih berhati-hati, berhemah dan berlandaskan prinsip profesionalisme yang tinggi. Dalam mendidik, guru perlu mengimbangi ketegasan dengan kebijaksanaan, kasih sayang dengan batas profesional dan tanggungjawab dengan integriti. Kepercayaan yang diberikan oleh ibu bapa, sekolah dan masyarakat merupakan amanah besar yang perlu dipelihara melalui tindakan yang adil, beretika dan mendidik.

Pada masa yang sama, masyarakat juga perlu berlaku adil terhadap guru. Tidak wajar seluruh profesion keguruan dinilai hanya berdasarkan kesilapan segelintir individu. Di sebalik cerita negatif yang menjadi perhatian, masih ramai guru yang bekerja dalam diam, mendidik dengan penuh sabar, menggunakan wang sendiri untuk membantu murid, menenangkan anak-anak yang bermasalah, mengajar murid berkeperluan khas dengan penuh kasih dan terus hadir ke sekolah walaupun diri sendiri sedang penat. Mereka inilah wajah sebenar profesion keguruan yang perlu terus dihargai.

Guru perlu memiliki hati yang kuat

Guru hari ini memikul beban yang jauh lebih kompleks. Selain mengajar, guru perlu mengurus data, melaksanakan pentaksiran, memenuhi keperluan dokumentasi, menangani tingkah laku murid, berkomunikasi dengan ibu bapa dan menyesuaikan diri dengan perubahan kurikulum serta teknologi. Dalam tekanan ini, guru perlu mempunyai hati yang kuat. Hati yang kuat bukan bermaksud tidak pernah letih atau kecewa, tetapi hati yang masih memilih untuk kembali kepada tujuan asal pendidikan, iaitu membangunkan manusia.

Justeru, guru perlu sentiasa menjaga jiwa pendidik dalam diri. Jiwa pendidik ialah kekuatan dalaman yang menjadikan guru terus bersemangat walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Jiwa ini lahir daripada rasa kasih kepada ilmu, rasa tanggungjawab terhadap murid dan keyakinan bahawa setiap anak mempunyai peluang untuk berubah. Tanpa jiwa ini, pengajaran boleh menjadi rutin semata-mata. Guru mungkin hadir di bilik darjah, tetapi tidak benar-benar menyentuh kehidupan murid.

Empati merupakan asas penting dalam pendidikan masa kini kerana guru berperanan mendidik murid sebagai insan yang mempunyai latar belakang, keperluan, emosi dan potensi yang berbeza. Guru yang berempati mampu memahami murid secara lebih menyeluruh, bukan hanya berdasarkan pencapaian akademik atau tingkah laku yang ditunjukkan di dalam bilik darjah. Sikap empati membolehkan guru memilih pendekatan pengajaran, bimbingan dan teguran yang lebih sesuai dengan keadaan murid. Dalam konteks ini, empati tidak menjadikan guru lemah, sebaliknya memperkukuh kebijaksanaan profesional dalam membina hubungan pendidikan yang lebih manusiawi, berkesan dan bermakna. Murid bukan sahaja memerlukan guru yang mahir menyampaikan ilmu, tetapi juga guru yang mampu memahami, membimbing dan memberi ruang kepada mereka untuk berkembang.

Sempena Hari Guru, sudah tiba masanya kita mengangkat semula nilai hati dalam profesion keguruan. Pendidikan yang hebat tidak boleh hanya bergantung kepada dasar, teknologi, modul atau sistem pentaksiran. Semua itu penting, tetapi rohnya tetap terletak pada guru. Guru yang mempunyai ilmu akan mengajar dengan baik. Guru yang mempunyai kemahiran akan mengurus bilik darjah dengan berkesan. Namun, guru yang mempunyai hati akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan murid.

Guru bukan sekadar pekerjaan, tetapi amanah

Akhirnya, menjadi guru bukan sekadar pekerjaan, tetapi amanah. Amanah ini menuntut ilmu, kesabaran, integriti, empati dan kekuatan jiwa. Dalam dunia yang semakin mencabar, guru perlu terus mendidik dengan hati yang jernih, akal yang bijaksana dan tindakan yang beretika. Masyarakat pula perlu terus menyokong guru yang ikhlas menjalankan tugas, sambil memastikan profesion ini kekal dihormati melalui budaya profesional yang tinggi.

Hari Guru seharusnya mengingatkan kita bahawa guru bukan hanya membina kejayaan akademik, tetapi membentuk manusia. Manusia hanya dapat dibentuk dengan sebenar-benarnya apabila pendidikan lahir daripada hati. Selamat Hari Guru kepada semua pendidik yang terus mendidik dengan hati, walaupun dunia pendidikan hari ini penuh dengan ujian, tekanan dan perubahan.

The post Guru yang Mendidik dengan Hati appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/guru-yang-mendidik-dengan-hati/feed/ 0
Guru Sebagai Nadi Kurikulum Persekolahan 2027 /beritaukm/guru-sebagai-nadi-kurikulum-persekolahan-2027/ /beritaukm/guru-sebagai-nadi-kurikulum-persekolahan-2027/#respond Mon, 18 May 2026 07:45:32 +0000 /beritaukm/?p=4695 Oleh Dr. Syar Meeze Mohd Rashid, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Setiap perubahan kurikulum membawa harapan baharu kepada sistem pendidikan negara. Kurikulum…

The post Guru Sebagai Nadi Kurikulum Persekolahan 2027 appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Dr. Syar Meeze Mohd Rashid, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Setiap perubahan kurikulum membawa harapan baharu kepada sistem pendidikan negara. Kurikulum bukan sekadar dokumen rasmi yang mengandungi mata pelajaran, standard pembelajaran dan kaedah pentaksiran tetapi mencerminkan hala tuju pembentukan generasi masa depan. Dalam konteks Kurikulum Persekolahan 2027, penekanan pendidikan tidak hanya tertumpu kepada penguasaan akademik sahaja. Namun, sebenarnya memberi perhatian kepada pembentukan insan sejahtera yang seimbang dari aspek pengetahuan, kemahiran dan adab.

Sebaik mana pun kerangka kurikulum dibina, guru tetap menjadi faktor utama yang menentukan keberkesanan pelaksanaannya. Kurikulum yang baik tidak akan memberi makna sekiranya tidak diterjemahkan melalui kefahaman profesional, pertimbangan pedagogi yang tepat, kepekaan terhadap keperluan murid dan penguasaan kemahiran dalam melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Guru ialah penghubung antara aspirasi pendidikan negara dengan realiti bilik darjah yang pelbagai. Di tangan gurulah kandungan kurikulum, strategi pengajaran, pendekatan pedagogi dan amalan pentaksiran dapat dijelmakan sebagai pengalaman pembelajaran yang hidup, tersusun, bermakna dan berkesan kepada murid.

Kurikulum Persekolahan 2027 memperlihatkan penekanan yang jelas terhadap pembentukan insan sejahtera melalui tiga unsur utama, iaitu pengetahuan, kemahiran dan adab. Pengetahuan penting kerana murid perlu memahami ilmu, konsep dan maklumat yang menjadi asas kepada kehidupan. Kemahiran pula penting kerana murid perlu mampu menggunakan ilmu tersebut dalam menyelesaikan masalah, berkomunikasi, berfikir secara kritis, berkolaborasi dan menyesuaikan diri dengan perubahan dunia. Namun, pengetahuan dan kemahiran sahaja tidak mencukupi sekiranya tidak dipandu oleh adab.

Adab

Penekanan terhadap adab menjadi semakin penting kerana cabaran generasi masa kini tidak lagi sama seperti generasi terdahulu. Murid hari ini hidup dalam persekitaran digital yang pantas, terbuka dan sarat dengan maklumat. Mereka terdedah kepada media sosial, kecerdasan buatan, budaya segera, persaingan sosial dan pelbagai bentuk pengaruh yang mudah membentuk cara berfikir serta tingkah laku. Dalam keadaan ini, murid bukan sahaja perlu diajar untuk mengetahui sesuatu, tetapi juga perlu dibimbing untuk menilai, memilih, menghormati dan bertindak secara beretika.

Adab dalam pendidikan tidak hanya bermaksud murid menghormati guru atau mematuhi peraturan sekolah. Adab merangkumi cara murid berfikir, berbicara, berinteraksi, berbeza pandangan, menggunakan teknologi, menghargai ilmu, menyantuni rakan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat. Murid yang beradab bukan sahaja mengetahui perkara yang benar, tetapi berusaha memilih tindakan yang benar. Murid yang beradab bukan sahaja memiliki kemahiran komunikasi, tetapi menggunakan komunikasi untuk membina hubungan, bukan mencetuskan konflik. Murid yang beradab bukan sahaja mahir menggunakan teknologi, tetapi memahami batas, etika dan tanggungjawab dalam dunia digital.

Di sinilah peranan guru menjadi sangat penting. Guru bukan hanya menyampaikan kandungan kurikulum, tetapi membentuk cara murid memahami kehidupan. Dalam bilik darjah, guru mengajar lebih daripada mata pelajaran. Guru membimbing murid untuk bertanya dengan sopan, mendengar pandangan rakan, menerima teguran, menyelesaikan konflik dan menghormati perbezaan. Nilai ini mungkin tidak sentiasa tertulis secara langsung dalam buku teks, tetapi terbina melalui teladan, budaya bilik darjah dan hubungan pedagogi yang dibina oleh guru setiap hari.

Kompetensi

Kompetensi seperti perkembangan diri, komunikasi, tanggungjawab, fasih digital, literasi pelbagai, kemahiran berfikir dan pembelajaran sepanjang hayat memerlukan guru yang bukan sahaja menguasai ilmu, tetapi turut mempunyai kepekaan terhadap pembentukan sahsiah murid. Kompetensi ini tidak boleh dibentuk melalui hafalan semata-mata. Murid perlu melalui pengalaman pembelajaran yang memberi ruang kepada mereka untuk berfikir, berbincang, mencuba, membuat keputusan, menerima maklum balas dan memperbaiki diri. Guru perlu bijak membina suasana pembelajaran yang aktif, terarah dan beradab.

Sebagai contoh, apabila guru melaksanakan aktiviti perbincangan kumpulan, guru bukan hanya menilai ketepatan jawapan murid. Guru juga membimbing murid supaya mendengar pandangan orang lain, tidak memotong percakapan rakan, memberi hujah dengan tertib dan menerima perbezaan idea secara matang. Apabila guru menggunakan teknologi dalam pembelajaran, guru bukan hanya mengajar murid mencari maklumat, tetapi turut membimbing mereka menyemak kesahihan sumber, menjaga etika komunikasi dan menggunakan ruang digital secara bertanggungjawab. Dalam keadaan ini, pengetahuan, kemahiran dan adab bergerak secara bersama dalam proses pendidikan.

Cabaran

Cabaran guru dalam menjayakan aspirasi kurikulum baharu semestinya bukan mudah. Guru hari ini berhadapan dengan beban tugas, perubahan dasar, kepelbagaian murid, tekanan pentaksiran, harapan ibu bapa dan perkembangan teknologi yang sangat pantas. Murid pula hadir dengan latar belakang emosi, sosial, ekonomi dan keupayaan pembelajaran yang berbeza. Dalam keadaan ini, guru memerlukan sokongan yang kukuh, latihan yang jelas dan ruang profesional yang mencukupi untuk memahami serta melaksanakan kurikulum secara berkesan.

Dalam konteks transformasi pendidikan semasa, peranan guru perlu dilihat sebagai faktor utama yang menentukan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di bilik darjah. Sesuatu kurikulum tidak dapat berfungsi secara bermakna sekiranya tidak diterjemahkan melalui kefahaman profesional, pertimbangan pedagogi dan kepekaan guru terhadap keperluan murid. Oleh itu, guru bukan sekadar pelaksana kandungan pembelajaran, tetapi penghubung antara aspirasi pendidikan negara dengan keperluan sebenar murid di bilik darjah.

Pendidikan yang berkesan perlu kembali kepada matlamat asasnya, iaitu membentuk manusia secara menyeluruh. Pengetahuan membolehkan murid memahami dunia, manakala kemahiran membolehkan mereka bertindak, menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri dengan perubahan. Namun, kedua-duanya perlu dipandu oleh adab supaya ilmu dan keupayaan yang dimiliki dapat digunakan secara bertanggungjawab. Dalam konteks generasi masa kini yang berhadapan dengan kepesatan teknologi, limpahan maklumat dan perubahan sosial yang pantas, adab menjadi asas penting bagi membentuk murid yang bukan sahaja cerdas dan berkemahiran, tetapi juga matang, beretika, bertanggungjawab dan sejahtera.

Dalam membincangkan hala tuju pendidikan masa depan, kedudukan guru perlu dilihat secara lebih substantif sebagai penggerak utama pembentukan insan sejahtera. Guru bukan sekadar pelaksana dasar atau penyampai kandungan pembelajaran, tetapi pendidik yang membentuk cara murid berfikir, bersikap, berinteraksi dan membuat keputusan dalam kehidupan. Keberhasilan pendidikan tidak wajar diukur melalui pencapaian akademik semata-mata, tetapi juga melalui keupayaan sistem pendidikan melahirkan generasi yang berilmu, berkemahiran, beradab, bertanggungjawab dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

Akhirnya, pendidikan negara memerlukan guru yang memahami bahawa tugas mendidik bukan hanya berkaitan pencapaian kurikulum, tetapi juga pembentukan manusia. Guru yang memiliki ilmu akan mampu menyampaikan pengajaran dengan baik. Guru yang memiliki kemahiran akan mampu mengurus pembelajaran dengan berkesan. Namun, guru yang mendidik dengan adab, empati dan tanggungjawab akan mampu membina murid sebagai insan sejahtera. Dalam perjalanan pendidikan masa depan, guru tetap menjadi nadi yang menghidupkan kurikulum dan membentuk generasi Malaysia yang lebih berilmu, berkemahiran dan berakhlak.

The post Guru Sebagai Nadi Kurikulum Persekolahan 2027 appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/guru-sebagai-nadi-kurikulum-persekolahan-2027/feed/ 0
Apabila Profesion Guru Dipilih Kerana Jaminan, Bukan Minat /beritaukm/apabila-profesion-guru-dipilih-kerana-jaminan-bukan-minat/ /beritaukm/apabila-profesion-guru-dipilih-kerana-jaminan-bukan-minat/#respond Mon, 18 May 2026 07:04:10 +0000 /beritaukm/?p=4692 Disediakan oleh Dr. Syar Meeze Mohd Rashid, Pensyarah kanan, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mutakhir ini, bidang pendidikan semakin menjadi pilihan ramai pelajar lepasan…

The post Apabila Profesion Guru Dipilih Kerana Jaminan, Bukan Minat appeared first on Berita 鶹.

]]>
Disediakan oleh Dr. Syar Meeze Mohd Rashid, Pensyarah kanan, Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mutakhir ini, bidang pendidikan semakin menjadi pilihan ramai pelajar lepasan ijazah. Ramai yang menyambung pengajian dalam program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) sebagai laluan untuk menjadi guru. Malahan, semakin banyak universiti awam dan swasta menawarkan program ikhtisas pendidikan ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Fenomena ini bukan sesuatu yang menghairankan kerana syarat asas untuk menjadi guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memerlukan seseorang calon memiliki kelayakan ikhtisas pendidikan.

Dalam masa yang sama, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut membuka pelbagai peluang pekerjaan dalam profesion keguruan, termasuk melalui laluan “Contract of Service” atau COS dan pengambilan guru bagi memenuhi keperluan sekolah yang semakin meningkat. Keadaan ini menyebabkan profesion guru dilihat sebagai kerjaya yang mempunyai jaminan masa depan. Bagi sesetengah graduan, menjadi guru dianggap sebagai pilihan yang stabil, mempunyai laluan pekerjaan yang jelas dan menawarkan keselamatan kerjaya dalam jangka panjang.

Namun, di sebalik peningkatan minat terhadap bidang pendidikan, satu persoalan besar perlu direnungkan. Adakah profesion guru dipilih kerana benar-benar ingin mendidik, atau sekadar kerana kerjaya ini dilihat lebih selamat? Persoalan ini penting kerana menjadi guru bukan sekadar memenuhi kekosongan jawatan. Guru bukan hanya pekerja dalam sistem pendidikan. Guru sebenarnya adalah merupakan  insan yang membentuk pemikiran, sikap, nilai, akhlak dan masa depan generasi.

Masyarakat sering melihat tugas guru secara mudah. Ada yang beranggapan guru hanya masuk ke kelas, mengajar beberapa waktu, pulang awal dan menikmati cuti sekolah yang panjang. Tanggapan seperti ini terlalu sempit dan tidak menggambarkan realiti sebenar dunia keguruan. Hakikatnya, tugas guru jauh lebih rencam daripada sekadar berdiri di hadapan kelas dan menyampaikan isi pelajaran.

Seorang guru perlu merancang pengajaran, menyediakan rancangan pengajaran harian, membina bahan bantu mengajar, menyemak latihan, merekod perkembangan murid, melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah, mengurus data, menghadiri mesyuarat, membimbing murid yang lemah, menangani masalah disiplin, terlibat dalam kokurikulum dan menjayakan pelbagai program sekolah. Di luar bilik darjah, guru juga sering menjadi kaunselor tidak rasmi, pendengar masalah murid, penghubung dengan ibu bapa dan pelaksana pelbagai agenda pendidikan negara.

Kerja guru bukan hanya menuntut ilmu dan kemahiran tetapi memerlukan kekuatan mental, fizikal dan emosi. Guru perlu sabar berdepan kerenah murid yang pelbagai. Guru seharusnya perlu bijak mengurus tekanan kerja. Guru perlu tenang apabila berhadapan dengan ibu bapa, pentadbir, komuniti dan perubahan dasar pendidikan. Dalam banyak keadaan, guru juga perlu mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit sendiri demi memastikan murid mendapat pengalaman pembelajaran yang lebih baik.

Profesion guru menuntut jiwa yang besar dan tidak wajar didekati dengan sikap terlalu berkira. Menjadi guru memerlukan empati yang tinggi kerana setiap murid hadir dengan latar kehidupan, keupayaan dan pengalaman yang berbeza. Sebahagian murid mudah memahami pelajaran . Manakala sebahagian yang lain memerlukan bimbingan berulang kali. Terdapat murid yang mendapat sokongan keluarga yang baik tetapi terdapat  juga yang membesar dalam suasana kurang perhatian. Malah, sebahagian mereka hadir ke sekolah bukan sahaja untuk belajar, tetapi turut membawa beban emosi dan cabaran kehidupan dari rumah. Dalam realiti inilah guru berperanan bukan sekadar sebagai penyampai ilmu, tetapi sebagai pembimbing, pemudah cara dan contoh teladan kepada murid.

Justeru, kelayakan ikhtisas semata-mata belum cukup untuk menjadikan seseorang itu benar-benar bersedia menjadi guru. Ijazah Sarjana Muda, Diploma Pendidikan, sijil profesional atau kelulusan akademik hanyalah asas kelayakan. Perkara yang lebih utama ialah kesediaan hati untuk mendidik. Guru yang baik tidak hanya bertanya tentang gaji yang diterima, tempoh cuti yang diperoleh atau sejauh mana kerjaya ini mampu menjamin masa depan. Sebaliknya, guru yang benar-benar berjiwa pendidik akan bertanya tentang sumbangan yang boleh diberikan kepada murid, sekolah, msyarakat dan negara.

Profesion guru juga menuntut seseorang menjadi contoh kepada masyarakat. Guru dilihat, diperhatikan dan dinilai bukan sahaja ketika berada di sekolah, tetapi turut dilihat dalam kehidupan seharian. Cara guru bercakap, bertindak, membuat keputusan dan berinteraksi memberi kesan kepada pandangan masyarakat terhadap profesion ini. Oleh itu, seorang guru perlu menjaga keimanan, integriti, adab, disiplin dan nilai diri. Guru bukan hanya bertugas di sekolah, tetapi turut membawa imej pendidikan dalam masyarakat.

Tidak salah memilih profesion guru kerana menawarkan laluan kerjaya yang stabil. Namun, kestabilan kerjaya tidak boleh menjadi satu-satunya sebab seseorang memilih untuk menjadi guru. Jika profesion ini dipilih hanya kerana jaminan kerja, tanpa ada rasa minat dan jiwa mendidik, akhirnya murid yang menerima kesannya. Murid memerlukan guru yang hadir dengan kesungguhan, bukan sekadar hadir kerana tanggungjawab jawatan. Murid memerlukan guru yang mengajar dengan hati, bukan sekadar menghabiskan sukatan pelajaran.

Oleh itu, sudah tiba masanya masyarakat melihat profesion guru dengan lebih adil dan mendalam. Menjadi guru bukan laluan mudah untuk mendapatkan pekerjaan. Menjadi guru ialah amanah besar yang menuntut ilmu, kesabaran, pengorbanan dan keikhlasan. Dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar, negara tidak hanya memerlukan lebih ramai guru, tetapi memerlukan lebih ramai guru yang benar-benar memiliki jiwa mendidik.

Akhirnya, profesion guru bukan sekadar tentang jaminan masa depan seorang graduan. Profesion guru adalah tentang masa depan anak bangsa dan negara.  Jika guru dipilih kerana minat, disuburkan dengan ilmu dan dipandu oleh hati yang Ikhlas serta memahami aspirasi negara maka pendidikan akan terus menjadi ruang pembentukan manusia yang beradab, berilmu dan bermanfaat kepada masyarakat.

The post Apabila Profesion Guru Dipilih Kerana Jaminan, Bukan Minat appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/apabila-profesion-guru-dipilih-kerana-jaminan-bukan-minat/feed/ 0
Delegasi 鶹 Sertai eGIP 2026, Cipta Rekod di Pulau Banding /beritaukm/delegasi-ukm-sertai-egip-2026-cipta-rekod-di-pulau-banding/ /beritaukm/delegasi-ukm-sertai-egip-2026-cipta-rekod-di-pulau-banding/#respond Mon, 18 May 2026 03:33:48 +0000 /beritaukm/?p=4688 Oleh Nur Wahieda Safia Mohd Zaini IPOH, 12 Mei 2026 – Program Eco Guardian Initiative 2026 (eGIP) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori “Most Trees Assessed in a…

The post Delegasi 鶹 Sertai eGIP 2026, Cipta Rekod di Pulau Banding appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Nur Wahieda Safia Mohd Zaini

IPOH, 12 Mei 2026 – Program Eco Guardian Initiative 2026 (eGIP) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori “Most Trees Assessed in a Forest Health Monitoring Programme” apabila berjaya melaksanakan pemantauan seribu pokok di Pulau Banding.

鶹 merupakan antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terlibat melalui penyertaan 10 orang mahasiswa delegasi 鶹, bersama mahasiswa IPT dari seluruh Malaysia menjadikan program ini antara inisiatif kesukarelawanan alam sekitar terbesar di peringkat nasional.

Program ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Majlis Sukarelawan Universiti Awam Malaysia, yang terus memperkukuh jaringan kolaborasi institusi pengajian tinggi dalam agenda kesukarelawanan dan kelestarian alam sekitar negara.

Program ini memberi fokus kepada pemantauan kesihatan hutan melalui pendekatan saintifik merangkumi kajian vegetasi, biodiversiti, pencemaran serta analisis tanah bagi menilai tahap kesihatan ekosistem secara menyeluruh.

Menurut ketua delegasi 鶹, Muhammad Aqil Fahmi Zaid, program ini membuka perspektif baharu terhadap hubungan manusia dan alam sekitar.

“Alam bukan sekadar ruang kehidupan, tetapi satu sistem yang perlu difahami secara ilmiah dan dipelihara secara bertanggungjawab melalui tindakan lapangan,” katanya.

Beliau turut berharap lebih ramai mahasiswa akan terus melibatkan diri dalam program berteraskan kelestarian dan kesukarelawanan berimpak tinggi pada masa akan datang.

Penyertaan delegasi 鶹 dalam eGIP 2026 ini selaras dengan aspirasi institusi pengajian tinggi dalam melahirkan graduan holistik yang memiliki nilai kepimpinan, kesedaran sosial dan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar, jelasnya.

Aqil berkata:”Berbeza dengan kebiasaan kesukarelawanan yang tertumpu kepada interaksi sesama komuniti manusia, eGIP 2026 mengetengahkan pendekatan berasaskan alam sebagai “komuniti hidup” melalui penglibatan langsung peserta dalam ekosistem hutan.

“Pendekatan ini membuka perspektif bahawa alam perlu difahami, dipantau dan dipelihara secara kolektif berasaskan data dan tindakan lapangan.

“Dengan latar biodiversiti Pulau Banding, peserta melalui pengalaman pembelajaran secara langsung yang menggabungkan sains alam sekitar, kerja sukarelawan dan penyelidikan lapangan dalam satu ekosistem pembelajaran berimpak tinggi,” katanya.

Sepanjang program, delegasi 鶹 turut dibimbing oleh pegawai pengiring, Dr. Nurwina Akmal Anuar, yang memainkan peranan dalam memastikan kelancaran aktiviti lapangan serta bimbingan teknikal kepada peserta.

Selain aktiviti penyelidikan, peserta turut melaksanakan aktiviti plogging di sekitar Pulau Banding sebagai simbol komitmen terhadap kelestarian alam sekitar serta pembudayaan gaya hidup hijau dalam kalangan mahasiswa IPT.

Kejayaan mencatat rekod Malaysia Book of Records ini menjadi simbol kolaborasi berskala nasional yang menggabungkan kepakaran, tenaga mahasiswa dan institusi pengajian tinggi dalam usaha pemuliharaan alam sekitar negara.

The post Delegasi 鶹 Sertai eGIP 2026, Cipta Rekod di Pulau Banding appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/delegasi-ukm-sertai-egip-2026-cipta-rekod-di-pulau-banding/feed/ 0
Program Profesor Pelawat Antarabangsa FEP Perkukuh Jaringan Akademik Global /beritaukm/program-profesor-pelawat-antarabangsa-fep-perkukuh-jaringan-akademik-global/ /beritaukm/program-profesor-pelawat-antarabangsa-fep-perkukuh-jaringan-akademik-global/#respond Mon, 18 May 2026 02:44:28 +0000 /beritaukm/?p=4685 Oleh Siti Noor Kamaliah Mat JusohFoto oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan BANGI, 3 Mei 2026 – Program Profesor Pelawat Antarabangsa Siri 1/2026 anjuran Pusat Pengajian Ekonomi (PPE), Fakulti Ekonomi dan…

The post Program Profesor Pelawat Antarabangsa FEP Perkukuh Jaringan Akademik Global appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Siti Noor Kamaliah Mat Jusoh
Foto oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

BANGI, 3 Mei 2026 – Program Profesor Pelawat Antarabangsa Siri 1/2026 anjuran Pusat Pengajian Ekonomi (PPE), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), 鶹 menjadi platform bagi kerjasama akademik dan penyelidikan dengan institusi antarabangsa melalui perkongsian ilmu, kepakaran dan jaringan profesional.

Program ini menampilkan Profesor Dr. M. Ishaq Bhatti dari La Trobe University, Australia, dan Universiti Brunei Darussalam sebagai profesor pelawat, yang merupakan seorang tokoh akademik antarabangsa dalam bidang kewangan (kewangan Islam), ekonometrik kewangan dan analitik data kewangan.

Profesor Bhatti memiliki rekod akademik yang cemerlang dengan lebih daripada 200 penerbitan ilmiah merangkumi artikel jurnal, buku dan bab dalam buku yang diterbitkan dalam jurnal bereputasi serta diindeks dalam pangkalan data antarabangsa seperti Scopus dan Web of Science (WoS).

Selain itu, beliau juga aktif sebagai ahli lembaga editorial jurnal akademik serta penasihat dalam pelbagai inisiatif penyelidikan global.

Menurut Pengerusi PPE FEP, Prof. Madya Dr. Hairunnizam Wahid, pemilihan beliau sebagai Profesor Pelawat adalah berasaskan kepakaran serta sumbangan signifikan dalam bidang penyelidikan dan penerbitan ilmiah.

“Kehadiran beliau dijangka dapat memperkukuh perkongsian kepakaran dalam metodologi penyelidikan serta memperluas jaringan kerjasama penyelidikan antarabangsa, selaras dengan agenda pengantarabangsaan universiti,” katanya.

Program ini turut disokong melalui sesi wacana akademia-industri yang menghimpunkan pakar dalam bidang ekonomi dan pembangunan halal serta bengkel penyelidikan yang memberi pendedahan kepada pelajar siswazah dan ahli akademik muda dalam bidang penyelidikan.

“Program ini menyokong pembangunan kapasiti staf akademik serta memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar melalui pelbagai aktiviti ilmiah yang dianjurkan.

“Program ini dijangka memberi impak signifikan kepada fakulti dan pelajar, khususnya dalam meningkatkan kompetensi akademik, memperkasa penyelidikan dan penerbitan berimpak tinggi, serta memperkukuh reputasi fakulti di peringkat nasional dan antarabangsa,” jelas Prof. Madya Dr. Hairunnizam.

The post Program Profesor Pelawat Antarabangsa FEP Perkukuh Jaringan Akademik Global appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/program-profesor-pelawat-antarabangsa-fep-perkukuh-jaringan-akademik-global/feed/ 0
Program Gugah UMBI 2026 Perkasa Pembangunan dan Kelestarian Komuniti Usahawan Mikro /beritaukm/program-gugah-umbi-2026-perkasa-pembangunan-dan-kelestarian-komuniti-usahawan-mikro/ /beritaukm/program-gugah-umbi-2026-perkasa-pembangunan-dan-kelestarian-komuniti-usahawan-mikro/#respond Mon, 18 May 2026 00:18:04 +0000 /beritaukm/?p=4681 Oleh Phoon Li Juan @ Roovasini KUCHING, 15 Mei 2026 – Program Gugah UMBI 2026 yang dianjurkan oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), 鶹, yang diadakan…

The post Program Gugah UMBI 2026 Perkasa Pembangunan dan Kelestarian Komuniti Usahawan Mikro appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Phoon Li Juan @ Roovasini

KUCHING, 15 Mei 2026 – Program Gugah UMBI 2026 yang dianjurkan oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), 鶹, yang diadakan baru-baru ini dapat  memperkasa pembangunan dan kelestarian komuniti usahawan mikro.

Program yang dijalankan di tujuh zon di seluruh Malaysia itu merupakan sebahagian daripada komponen utama projek penyelidikan projek penyelidikan Pembangunan Usahawan Mikro Berbudi Daya (UMBI).

Kajian tersebut tertumpu kepada projek pembelajaran berasaskan khidmat bakti serta pembangunan rumusan pemantauan dan penilaian impak ke atas komuniti usahawan mikro yang berorientasikan makanan dan minuman.

Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang berkata sokongan dan panduan daripada cendekiawan institusi pendidikan tinggi negara dalam membimbing komuniti usahawan mikro adalah sangat penting.

“Resipi ke arah menjadi usahawan mikro yang berbudi daya adalah dengan menambah ilmu pengetahuan dan saya percaya IKMAS telah menjadi satu support system yang baik dalam membimbing usahawan mikro melalui projek ini,” katanya semasa menyampaikan ucapan.

Tambah beliau ilmu pengetahuan yang diberikan akan membantu para usahawan mikro untuk membangunkan potensi diri, memperkasa kemahiran keusahawanan, serta memastikan kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar.

Program Gugah UMBI itu ditawarkan secara percuma kepada 1,4000 komuniti usahawan mikro terpilih di seluruh Malaysia.

The post Program Gugah UMBI 2026 Perkasa Pembangunan dan Kelestarian Komuniti Usahawan Mikro appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/program-gugah-umbi-2026-perkasa-pembangunan-dan-kelestarian-komuniti-usahawan-mikro/feed/ 0
Kedai Oleh-Oleh 鶹 Jadi Hab Pembekalan Produk Cenderamata Rasmi 鶹 /beritaukm/kedai-oleh-oleh-ukm-jadi-hab-pembekalan-produk-cenderamata-rasmi-ukm/ /beritaukm/kedai-oleh-oleh-ukm-jadi-hab-pembekalan-produk-cenderamata-rasmi-ukm/#respond Fri, 15 May 2026 08:49:48 +0000 /beritaukm/?p=4677 Oleh Asmahanim AmirFoto Shahiddan Saidi BANGI, 12 Mei 2026 – 鶹 melancarkan Kedai Oleh-Oleh 鶹 dalam mewujudkan sebuah hab pembekalan produk cenderamata rasmi 鶹. Timbalan Naib Canselor…

The post Kedai Oleh-Oleh 鶹 Jadi Hab Pembekalan Produk Cenderamata Rasmi 鶹 appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 12 Mei 2026 – 鶹 melancarkan Kedai Oleh-Oleh 鶹 dalam mewujudkan sebuah hab pembekalan produk cenderamata rasmi 鶹.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Ts Dr Norinsan Kamil Othman berkata pembukaan Kedai Oleh-Oleh 鶹 itu dapat memperkukuh penjenamaan 鶹 serta meningkatkan keterlihatan produk rasmi universiti di dalam dan di luar negara, dengan membekalkan produk cenderamata berteraskan warisan alam Melayu serta elemen seni dan budaya tempatan.

“Kedai ini bukan sahaja menawarkan barangan cenderamata, tetapi menjadi platform memperkenalkan identiti 鶹 kepada pelawat, alumni dan masyarakat umum.

“Saya amat menghargai kolaborasi bersama ATMA (Institut Alam dan Tamadun Melayu), yang membawa dimensi warisan, budaya dan falsafah Melayu ke dalam setiap produk yang ada di kedai ini,” katanya.

Tambah beliau, ATMA melalui kepakaran yang ada telah menyumbang kepada penghasilan produk-produk cenderamata yang bukan sahaja bernilai estetika, malah sarat dengan elemen seni, budaya dan falsafah Melayu yang tinggi nilainya.

Kolaborasi antara ATMA, 鶹 Holdings Sdn Bhd dan 鶹 Dagang Sdn Bhd itu mencerminkan satu pendekatan yang holistik di mana warisan tradisi tidak sekadar dipelihara, tetapi diolah dan diinovasikan agar selari dengan kehendak serta citarasa semasa.

“Kolaborasi ini juga adalah pendekatan yang tepat dengan ungkapan ”Warisan tidak sekadar dipelihara, tetapi diinovasikan. Kita mengekalkan akar budaya, sambil bergerak ke hadapan dengan nilai yang relevan.

“Lebih penting, kedai ini menjadi titik sentuh antara 鶹 dan masyarakat kerana ia bukan sahaja menjual produk, tetapi menyampaikan cerita tentang siapa kita, tentang warisan kita dan tentang aspirasi masa depan 鶹,” jelasnya.

Katanya, beliau yakin, usaha ini akan terus berkembang dan menjadi model bagaimana universiti boleh mengimbangi komersialisasi dan pemeliharaan warisan secara mampan.

The post Kedai Oleh-Oleh 鶹 Jadi Hab Pembekalan Produk Cenderamata Rasmi 鶹 appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/kedai-oleh-oleh-ukm-jadi-hab-pembekalan-produk-cenderamata-rasmi-ukm/feed/ 0
Teknologi Biochar APEC: PPTC Jadi Pusat Rujukan Pulihkan Ekosistem Tapak Warisan UNESCO /beritaukm/teknologi-biochar-apec-pptc-jadi-pusat-rujukan-pulihkan-ekosistem-tapak-warisan-unesco/ /beritaukm/teknologi-biochar-apec-pptc-jadi-pusat-rujukan-pulihkan-ekosistem-tapak-warisan-unesco/#respond Fri, 15 May 2026 05:38:03 +0000 /beritaukm/?p=4673 Oleh Dr Ahmad Razi Othman, FKABFoto oleh Mohamad Aizam Adzha Jamaluddin PEKAN, 15 Mei 2026 – Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) melakar sejarah sebagai pusat tumpuan rantau Asia Pasifik menerusi…

The post Teknologi Biochar APEC: PPTC Jadi Pusat Rujukan Pulihkan Ekosistem Tapak Warisan UNESCO appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Dr Ahmad Razi Othman, FKAB
Foto oleh
Mohamad Aizam Adzha Jamaluddin

PEKAN, 15 Mei 2026 – Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) melakar sejarah sebagai pusat tumpuan rantau Asia Pasifik menerusi penganjuran Bengkel Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) yang memfokuskan kepada inovasi teknologi biochar dan perapi tanah bagi tujuan penanaman semula pokok.

Program strategik ini merupakan kolaborasi antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama 鶹 di bawah dana APEC menerusi forum Policy Partnership on Food Security (PPFS).

Projek Projek yang diterajui oleh Dr. Ahmad Razi Othman dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) itu bertujuan menangani isu kemerosotan kualiti tanah melalui penyelesaian berasaskan alam semulajadi.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh dalam ucapannya menekankan kepentingan lokasi penyelidikan tersebut yang bukan sahaja signifikan dari sudut akademik, malah diiktiraf di peringkat global.

“Penganjuran bengkel bertaraf antarabangsa di sini adalah sangat bertepatan memandangkan kedudukan Pusat Penyelidikan Tasik Chini sebagai salah sebuah tapak warisan UNESCO.

“Penggunaan teknologi hijau seperti biochar bukan sekadar inovasi, tetapi tanggungjawab kita dalam memastikan kelestarian ekosistem di kawasan sensitif alam sekitar seperti ini kekal terpelihara untuk generasi akan datang,” ujar beliau.

Bengkel tersebut dihadiri oleh delegasi dari pelbagai negara anggota APEC termasuk Australia, Viet Nam, China, Chinese Taipei, Brunei Darussalam, Thailand, dan Malaysia.

Kehadiran wakil antarabangsa ini membuktikan pengiktirafan dunia terhadap usaha Malaysia dalam menerajui teknologi perapi tanah yang mampu memulihkan kualiti tanah dan mempercepatkan proses penanaman semula hutan serta tanaman pertanian.

Turut hadir memberikan sokongan adalah Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KPKM, Yee Chen Hua; Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF 鶹), Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin dan Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya.

Selain penglibatan akademik, program ini turut diperkukuhkan menerusi sinergi bersama pemain industri gergasi seperti FGV Holdings dan SD Guthrie.

Kerjasama ini turut melibatkan agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, MARDI, Kebuniti Selangor, serta penglibatan bermakna daripada Komuniti Orang Asli Tasik Chini yang menjadi rakan strategik dalam usaha pemuliharaan setempat.

Teknologi biochar yang dihasilkan daripada sisa organik ini dijangka menjadi pemangkin kepada agenda kelestarian global, sekali gus memperkukuhkan peranan Malaysia sebagai hab rujukan teknologi hijau utama di rantau Asia Pasifik.

The post Teknologi Biochar APEC: PPTC Jadi Pusat Rujukan Pulihkan Ekosistem Tapak Warisan UNESCO appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/teknologi-biochar-apec-pptc-jadi-pusat-rujukan-pulihkan-ekosistem-tapak-warisan-unesco/feed/ 0