Oleh Nur Wahieda Safia Mohd Zaini
IPOH, 12 Mei 2026 鈥 Program Eco Guardian Initiative 2026 (eGIP) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori 鈥淢ost Trees Assessed in a Forest Health Monitoring Programme鈥 apabila berjaya melaksanakan pemantauan seribu pokok di Pulau Banding.
集美麻豆 merupakan antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terlibat melalui penyertaan 10 orang mahasiswa delegasi 集美麻豆, bersama mahasiswa IPT dari seluruh Malaysia menjadikan program ini antara inisiatif kesukarelawanan alam sekitar terbesar di peringkat nasional.
Program ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Majlis Sukarelawan Universiti Awam Malaysia, yang terus memperkukuh jaringan kolaborasi institusi pengajian tinggi dalam agenda kesukarelawanan dan kelestarian alam sekitar negara.
Program ini memberi fokus kepada pemantauan kesihatan hutan melalui pendekatan saintifik merangkumi kajian vegetasi, biodiversiti, pencemaran serta analisis tanah bagi menilai tahap kesihatan ekosistem secara menyeluruh.
Menurut ketua delegasi 集美麻豆, Muhammad Aqil Fahmi Zaid, program ini membuka perspektif baharu terhadap hubungan manusia dan alam sekitar.
鈥淎lam bukan sekadar ruang kehidupan, tetapi satu sistem yang perlu difahami secara ilmiah dan dipelihara secara bertanggungjawab melalui tindakan lapangan,鈥 katanya.
Beliau turut berharap lebih ramai mahasiswa akan terus melibatkan diri dalam program berteraskan kelestarian dan kesukarelawanan berimpak tinggi pada masa akan datang.
Penyertaan delegasi 集美麻豆 dalam eGIP 2026 ini selaras dengan aspirasi institusi pengajian tinggi dalam melahirkan graduan holistik yang memiliki nilai kepimpinan, kesedaran sosial dan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar, jelasnya.
Aqil berkata:鈥滲erbeza dengan kebiasaan kesukarelawanan yang tertumpu kepada interaksi sesama komuniti manusia, eGIP 2026 mengetengahkan pendekatan berasaskan alam sebagai 鈥渒omuniti hidup鈥 melalui penglibatan langsung peserta dalam ekosistem hutan.
鈥淧endekatan ini membuka perspektif bahawa alam perlu difahami, dipantau dan dipelihara secara kolektif berasaskan data dan tindakan lapangan.
鈥淒engan latar biodiversiti Pulau Banding, peserta melalui pengalaman pembelajaran secara langsung yang menggabungkan sains alam sekitar, kerja sukarelawan dan penyelidikan lapangan dalam satu ekosistem pembelajaran berimpak tinggi,鈥 katanya.
Sepanjang program, delegasi 集美麻豆 turut dibimbing oleh pegawai pengiring, Dr. Nurwina Akmal Anuar, yang memainkan peranan dalam memastikan kelancaran aktiviti lapangan serta bimbingan teknikal kepada peserta.
Selain aktiviti penyelidikan, peserta turut melaksanakan aktiviti plogging di sekitar Pulau Banding sebagai simbol komitmen terhadap kelestarian alam sekitar serta pembudayaan gaya hidup hijau dalam kalangan mahasiswa IPT.
Kejayaan mencatat rekod Malaysia Book of Records ini menjadi simbol kolaborasi berskala nasional yang menggabungkan kepakaran, tenaga mahasiswa dan institusi pengajian tinggi dalam usaha pemuliharaan alam sekitar negara.

