Program Gugah UMBI 2026 Perkasa Pembangunan dan Kelestarian Komuniti Usahawan Mikro

Oleh Phoon Li Juan @ Roovasini

KUCHING, 15 Mei 2026 – Program Gugah UMBI 2026 yang dianjurkan oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), 鶹, yang diadakan baru-baru ini dapat  memperkasa pembangunan dan kelestarian komuniti usahawan mikro.

Program yang dijalankan di tujuh zon di seluruh Malaysia itu merupakan sebahagian daripada komponen utama projek penyelidikan projek penyelidikan Pembangunan Usahawan Mikro Berbudi Daya (UMBI).

Kajian tersebut tertumpu kepada projek pembelajaran berasaskan khidmat bakti serta pembangunan rumusan pemantauan dan penilaian impak ke atas komuniti usahawan mikro yang berorientasikan makanan dan minuman.

Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang berkata sokongan dan panduan daripada cendekiawan institusi pendidikan tinggi negara dalam membimbing komuniti usahawan mikro adalah sangat penting.

“Resipi ke arah menjadi usahawan mikro yang berbudi daya adalah dengan menambah ilmu pengetahuan dan saya percaya IKMAS telah menjadi satu support system yang baik dalam membimbing usahawan mikro melalui projek ini,” katanya semasa menyampaikan ucapan.

Tambah beliau ilmu pengetahuan yang diberikan akan membantu para usahawan mikro untuk membangunkan potensi diri, memperkasa kemahiran keusahawanan, serta memastikan kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar.

Program Gugah UMBI itu ditawarkan secara percuma kepada 1,4000 komuniti usahawan mikro terpilih di seluruh Malaysia.

Leave a Reply