PUSAT ISLAM /pusatislam Universiti Kebangsaan Malaysia Fri, 03 Jul 2026 01:23:30 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0 KHUTBAH JUMAAT /pusatislam/khutbah-jumaat/ /pusatislam/khutbah-jumaat/#respond Thu, 02 Jul 2026 09:41:39 +0000 /pusatislam/?p=11615 KHUTBAH JUMAAT Tajuk Khutbah Minggu Ini “ANTARA TOLERANSI ISLAM DAN KEKELIRUAN AKIDAH” 03 Julai 2026M l 17 Muharam 1448 . Khatib / Imam: Dr. Abu Dardaa Mohamad Pengarah Pusat Islam 鶹 Jom sedekah Jumaat Klik URL GiveTo鶹 ; https://give2ukm.ukm.my/tabung-sumbangan/98 Atau Online Transfer : /…/bayaran-atas-talian-online-payment/ -—ĔĔĔĔĔĔĔĔĔĔĔĔĔĔĔ Ikuti media sosial Pusat Islam 鶹: 𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/PusatIslam鶹.Official/ 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 […]

The post KHUTBAH JUMAAT first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
KHUTBAH JUMAAT
Tajuk Khutbah Minggu Ini
“ANTARA TOLERANSI ISLAM DAN KEKELIRUAN AKIDAH”
03 Julai 2026M l 17 Muharam 1448
.
Khatib / Imam:
Dr. Abu Dardaa Mohamad
Pengarah Pusat Islam 鶹
Jom sedekah Jumaat 👇👇👇❤‍🩹
Klik URL GiveTo鶹 ;
Atau Online Transfer :
-—ĔĔĔĔĔĔĔĔĔĔĔĔĔĔĔ
🔴Ikuti media sosial Pusat Islam 鶹:
𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 :
𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 :
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 :
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 :
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : /pusatislam/

See less

The post KHUTBAH JUMAAT first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
/pusatislam/khutbah-jumaat/feed/ 0
WARGA PUSAT ISLAM 鶹 RAI JASA DAN SUMBANGAN MANTAN PENGARAH DALAM MAJLIS PENGHARGAAN /pusatislam/majlis-penghargaan-dan-terima-kasih/ /pusatislam/majlis-penghargaan-dan-terima-kasih/#respond Wed, 01 Jul 2026 09:54:42 +0000 /pusatislam/?p=12423 BANGI, 01 Julai 2026 – Warga Pusat Islam 鶹 telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Terima Kasih bagi meraikan jasa serta sumbangan Dr. Wan Haslan Khairuddin yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai Pengarah Pusat Islam 鶹. Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Nilam, Pusat Islam 鶹 dengan kehadiran seluruh staf Pusat Islam 鶹 dari kampus […]

The post WARGA PUSAT ISLAM 鶹 RAI JASA DAN SUMBANGAN MANTAN PENGARAH DALAM MAJLIS PENGHARGAAN first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>

BANGI, 01 Julai 2026 – Warga Pusat Islam 鶹 telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Terima Kasih bagi meraikan jasa serta sumbangan Dr. Wan Haslan Khairuddin yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai Pengarah Pusat Islam 鶹. Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Nilam, Pusat Islam 鶹 dengan kehadiran seluruh staf Pusat Islam 鶹 dari kampus Bangi dan Kuala Lumpur.

Majlis dimulakan dengan ucapan daripada mantan pengarah, diikuti ucapan daripada Dr. Abu Dardaa Mohamad (pengarah), Dr. Muhammad Munawar Mohamed Hatta
(Timbalan Pengarah Jaringan dan Kampus Kuala Lumpur), Dr. Nashrah Hani Hamadon (Timbalan Pengarah Akademik, Kualiti dan Penjanaan), Encik Munzir Zainuddin (Ketua Pentadbiran) serta Encik Khairil Khuzairi Omar (Ketua Pegawai Hal Ehwal Islam). Ucapan yang disampaikan menzahirkan penghargaan terhadap komitmen, kepimpinan dan jasa beliau sepanjang menerajui Pusat Islam 鶹.

Turut diadakan tayangan video khas yang memuatkan ucapan dan kenangan daripada warga Pusat Islam 鶹 di Bangi dan Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan dan ingatan atas sumbangan yang telah dicurahkan. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Dr. Abu Dardaa Mohamad sebelum diakhiri dengan jamuan yang mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan warga kerja.

Penganjuran majlis ini mencerminkan penghargaan dan rasa terima kasih seluruh warga Pusat Islam 鶹 terhadap jasa serta dedikasi Dr. Wan Haslan Khairuddin dalam memartabatkan peranan institusi dan memperkukuh agenda pembangunan ummah di universiti.

The post WARGA PUSAT ISLAM 鶹 RAI JASA DAN SUMBANGAN MANTAN PENGARAH DALAM MAJLIS PENGHARGAAN first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
/pusatislam/majlis-penghargaan-dan-terima-kasih/feed/ 0
SEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT DATANG /pusatislam/sekalung-tahniah-selamat-datang/ /pusatislam/sekalung-tahniah-selamat-datang/#respond Wed, 01 Jul 2026 00:24:18 +0000 /pusatislam/?p=12410 Seluruh warga Pusat Islam 鶹 merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengucapkan selamat datang kepadaYBhg. Dr. Abu Dardaa bin Mohamadatas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkuat kuasa 1 Julai 2026.Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta keberkatan dalam memimpin Pusat Islam 鶹 ke arah kecemerlangan, memperkukuh agenda dakwah, pembangunan ummah dan […]

The post SEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT DATANG first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
Seluruh warga Pusat Islam 鶹 merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengucapkan selamat datang kepada

YBhg. Dr. Abu Dardaa bin Mohamad

atas pelantikan sebagai Pengarah Pusat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, berkuat kuasa 1 Julai 2026.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kebijaksanaan serta keberkatan dalam memimpin Pusat Islam 鶹 ke arah kecemerlangan, memperkukuh agenda dakwah, pembangunan ummah dan penghayatan nilai-nilai Islam di universiti.

Selamat menjalankan amanah. Semoga terus dipermudah setiap urusan dan dikurniakan kejayaan dalam memacu kecemerlangan Pusat Islam 鶹.

Ikhlas daripada
Warga Kerja Pusat Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

The post SEKALUNG TAHNIAH & SELAMAT DATANG first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
/pusatislam/sekalung-tahniah-selamat-datang/feed/ 0
SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH /pusatislam/sekalung-penghargaan-terima-kasih/ /pusatislam/sekalung-penghargaan-terima-kasih/#respond Wed, 01 Jul 2026 00:22:27 +0000 /pusatislam/?p=12406 Seluruh warga Pusat Islam 鶹 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepadaDr. Wan Haslan bin Khairuddinatas segala jasa, khidmat bakti, kepimpinan serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang menyandang amanah sebagai Pengarah Pusat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2026.Semoga segala usaha dan pengorbanan yang telah diberikan […]

The post SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
Seluruh warga Pusat Islam 鶹 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

Dr. Wan Haslan bin Khairuddin

atas segala jasa, khidmat bakti, kepimpinan serta komitmen yang telah dicurahkan sepanjang menyandang amanah sebagai Pengarah Pusat Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2026.

Semoga segala usaha dan pengorbanan yang telah diberikan menjadi amal jariah yang berterusan, dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda di sisi Allah SWT, serta sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam meneruskan khidmat kepada agama, bangsa dan negara.

Jasa dan bakti yang dicurahkan akan sentiasa dikenang serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga Pusat Islam 鶹.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dengan sebaik-baik ganjaran.

Ikhlas daripada
Pengarah dan Warga Kerja Pusat Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia

The post SEKALUNG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
/pusatislam/sekalung-penghargaan-terima-kasih/feed/ 0
FESTIVAL KESENIAN ISLAM (FEKSIS) 鶹 2026 MELABUHKAN TIRAI, KOLEJ RAHIM KAJAI JUARA KESELURUHAN /pusatislam/12351-2/ /pusatislam/12351-2/#respond Mon, 29 Jun 2026 04:53:02 +0000 /pusatislam/?p=12351 BANGI, 26 Jun 2026 – Festival Kesenian Islam (FEKSIS) 鶹 2026 yang berlangsung dari 22 hingga 26 Jun 2026 di Masjid Universiti dan Dewan Canselor Tun Abdul Razak, 鶹 telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah dan berjaya menghimpunkan bakat serta kreativiti warga universiti dalam pelbagai acara berteraskan seni dan budaya Islam. Penganjuran […]

The post FESTIVAL KESENIAN ISLAM (FEKSIS) 鶹 2026 MELABUHKAN TIRAI, KOLEJ RAHIM KAJAI JUARA KESELURUHAN first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
BANGI, 26 Jun 2026 – Festival Kesenian Islam (FEKSIS) 鶹 2026 yang berlangsung dari 22 hingga 26 Jun 2026 di Masjid Universiti dan Dewan Canselor Tun Abdul Razak, 鶹 telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah dan berjaya menghimpunkan bakat serta kreativiti warga universiti dalam pelbagai acara berteraskan seni dan budaya Islam.

Penganjuran festival ini bertujuan memperkasa penghayatan nilai-nilai Islam melalui medium seni, di samping menjadi platform mencungkil bakat mahasiswa dalam bidang tilawah dan hafazan al-quran, seni khat, poster infografik, penghasilan kandungan digital dan nasyid. Penyertaan daripada pelbagai kolej kediaman serta warga universiti telah menyemarakkan lagi semangat persaingan sihat dan ukhwah dalam kalangan peserta.

Bagi Pertandingan Hafazan Al-Quran (Lelaki), johan dimenangi oleh Muhammad Khairul Imran bin Helmy dari Kolej Pendeta Za’ba, diikuti Ahmad Asslam bin Ahmad Azuran dari Kolej Keris Mas sebagai naib johan dan Muhammad Arif Daniel bin Aminudin dari Kolej Dato’ Onn di tempat ketiga.

Dalam kategori Hafazan Al-Quran (Perempuan), Fatima Zahra Binti Aminudin dari Kolej Tun Syed Nasir muncul johan, manakala Fatimah Binti Ismail dari Kolej Aminuddin Baki meraih naib johan dan Nurul Aliyani Binti Anuar dari Kolej Tun Syed Nasir menduduki tempat ketiga.

Bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran (Lelaki), johan dimenangi oleh Atif Atila bin Amran dari Kolej Rahim Kajai, diikuti Muhammad Raimi bin Mohd Nizam dari Kolej Dato’ Onn sebagai naib johan dan Muhammad Syahmibin Rosli dari Kolej Tun Hussein Onn di tempat ketiga.

Sementara itu, kategori Tilawah Al-Quran (Perempuan) menyaksikan ‘Aisyah Binti Mohd Syamsyulamin dari Kolej Tun Syed Nasir dinobatkan sebagai johan, diikuti Nor Farhana Izzati Binti Kamaruzlan dari Kolej Ibrahim Yaakob sebagai naib johan dan Siti Saleha Binti Adnan dari kategori Residensi Luar di tempat ketiga.

Dalam Pertandingan Poster Infografik, ‘Ainul Maisarah Binti Mohd Sharimshah dari Kolej Tun Dr. Ismail berjaya merangkul gelaran johan, manakala Sofia Alia Binti Shibub dari Kolej Pendeta Za’ba muncul naib johan dan Muhamad Faiz Daniel bin Mohd Niam dari Kolej Aminuddin Baki memenangi tempat ketiga.

Bagi Pertandingan Seni Khat, Muhammad Amir Luqman bin Mad Sofi dari Kolej Ungku Omar dinobatkan sebagai johan, diikuti Siti Sarah Syamimi Binti Mohamad Sidek dari Kolej Keris Mas sebagai naib johan dan Nur Ain Safiah Binti Mohammad Zamri dari Kolej Dato’ Onn di tempat ketiga.

Dalam Pertandingan TikTok, Muhammad Irfan bin Zaharuddin dari kategori Residensi Luar berjaya menjuarai pertandingan tersebut, manakala Nuraqilah Binti Hafdin dari Kolej Dato’ Onn muncul naib johan dan Muhammad Iskandar Abdul Rahman dari Pusat Perkhidmatan Endoskopi, HCTM menduduki tempat ketiga.

Bagi acara Pertandingan Nasyid Inter-Kolej, Kumpulan Aksara dari Kolej Rahim Kajai dinobatkan sebagai johan, diikuti Kumpulan Allegro dari Kolej Tun Hussein Onn sebagai naib johan dan Kumpulan Forte-Fono dari Kolej Ibrahim Yaakob di tempat ketiga.

Kecemerlangan menyeluruh yang dipamerkan sepanjang festival telah membolehkan Kolej Rahim Kajai dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Festival Kesenian Islam (FEKSIS) 鶹 2026, sekali gus membuktikan komitmen kolej tersebut dalam mengembangkan bakat serta penghayatan seni Islam dalam kalangan mahasiswa.

Penganjuran FEKSIS 2026 diharapkan terus menjadi wadah memperkukuh jati diri, kreativiti dan kecintaan terhadap seni Islam, selaras dengan aspirasi 鶹 dalam melahirkan graduan yang seimbang dari aspek intelektual, spiritual dan sahsiah.

The post FESTIVAL KESENIAN ISLAM (FEKSIS) 鶹 2026 MELABUHKAN TIRAI, KOLEJ RAHIM KAJAI JUARA KESELURUHAN first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
/pusatislam/12351-2/feed/ 0
(PI KKL) SEMINAR KELUARGA BAHAGIA PERKASA PERANAN KELUARGA DALAM MENGHADAPI CABARAN ERA DIGITAL /pusatislam/12341-2/ /pusatislam/12341-2/#respond Thu, 25 Jun 2026 07:58:46 +0000 /pusatislam/?p=12341 CHERAS, 25 Jun 2026 – Seminar Keluarga Bahagia anjuran Pusat Islam 鶹 telah berlangsung di Dewan Serbaguna 1, Blok Tambahan HCTM dengan pengisian yang menekankan kepentingan institusi keluarga dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Bertemakan “Bersama Membina Keluarga Bahagia”, seminar ini memberi fokus kepada cabaran semasa yang dihadapi oleh institusi kekeluargaan […]

The post (PI KKL) SEMINAR KELUARGA BAHAGIA PERKASA PERANAN KELUARGA DALAM MENGHADAPI CABARAN ERA DIGITAL first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
CHERAS, 25 Jun 2026 – Seminar Keluarga Bahagia anjuran Pusat Islam 鶹 telah berlangsung di Dewan Serbaguna 1, Blok Tambahan HCTM dengan pengisian yang menekankan kepentingan institusi keluarga dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Bertemakan “Bersama Membina Keluarga Bahagia”, seminar ini memberi fokus kepada cabaran semasa yang dihadapi oleh institusi kekeluargaan serta peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak generasi digital menurut perspektif Islam.

Slot pertama bertajuk “Memperkukuh Institusi Perkahwinan Dalam Cabaran Masa Kini” telah disampaikan oleh Tuan Haji Bakhtiar Fitri Abdul Hamid (UBF), Perunding Utama Nadi Ilmu Training Management. Sementara itu, slot kedua bertajuk “Mendidik Anak Generasi Digital Menurut Perspektif Islam” telah dikendalikan oleh Ustazah Dr. Saharizah Mohamad Salleh.

Perkongsian yang diberikan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan komunikasi, kasih sayang serta penerapan nilai-nilai Islam dalam membina keluarga yang kukuh dan berdaya tahan. Seminar ini turut menjadi platform bagi memperkasakan kefahaman masyarakat terhadap cabaran kekeluargaan masa kini serta pendekatan terbaik dalam melahirkan generasi yang seimbang dari aspek rohani, emosi dan intelektual.

The post (PI KKL) SEMINAR KELUARGA BAHAGIA PERKASA PERANAN KELUARGA DALAM MENGHADAPI CABARAN ERA DIGITAL first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
/pusatislam/12341-2/feed/ 0
TIGA TOKOH, SATU MESEJ: INTEGRITI DAN IHSAN KUNCI KEJAYAAN PROFESIONAL MUSLIM /pusatislam/tiga-tokoh-satu-mesej-integriti-dan-ihsan-kunci-kejayaan-profesional-muslim/ /pusatislam/tiga-tokoh-satu-mesej-integriti-dan-ihsan-kunci-kejayaan-profesional-muslim/#respond Fri, 19 Jun 2026 10:11:25 +0000 /pusatislam/?p=12320 BANGI, 18 Jun 2026 – Majlis Bacaan Yasin dan Forum Perdana Alumni 2026 anjuran Pusat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (ALUMNI-UKM) dengan kerjasama Pusat Islam 鶹 bersempena Program Alumni Balik Kampus 2026 telah berlangsung di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kehadiran warga universiti, alumni dan masyarakat setempat. Bertemakan “Profesionalisme Muslim: Menyumbang dengan Integriti dan Ihsan”, […]

The post TIGA TOKOH, SATU MESEJ: INTEGRITI DAN IHSAN KUNCI KEJAYAAN PROFESIONAL MUSLIM first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
BANGI, 18 Jun 2026 – Majlis Bacaan Yasin dan Forum Perdana Alumni 2026 anjuran Pusat Perhubungan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (ALUMNI-UKM) dengan kerjasama Pusat Islam 鶹 bersempena Program Alumni Balik Kampus 2026 telah berlangsung di Masjid Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kehadiran warga universiti, alumni dan masyarakat setempat.

Bertemakan “Profesionalisme Muslim: Menyumbang dengan Integriti dan Ihsan”, program ini bertujuan meningkatkan pemahaman peserta mengenai peranan seorang profesional Muslim dalam mengimbangi kecemerlangan kerjaya dengan penghayatan nilai-nilai Islam.

Forum tersebut menampilkan Prof. Dato’ Dr. Haji Mohd Farid Ravi Abdullah, Naib Canselor Universiti Islam Selangor (UIS), Dato’ Mohd Zaidi Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), serta Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid sebagai panel jemputan. Sesi forum dikendalikan oleh Tuan Haji Nazri Kahar, Editor Kanan dan Penerbit Eksekutif Astro Awani.

Para panelis menekankan kepentingan integriti, etika kerja dan sifat ihsan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kepada agama, masyarakat dan negara. Perkongsian yang disampaikan turut memberi inspirasi kepada peserta untuk menjadi individu yang cemerlang serta mampu menyumbang kepada pembangunan ummah.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman serta Ketua Pustakawan 鶹, Encik Hazmir Haji Zainal.

The post TIGA TOKOH, SATU MESEJ: INTEGRITI DAN IHSAN KUNCI KEJAYAAN PROFESIONAL MUSLIM first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
/pusatislam/tiga-tokoh-satu-mesej-integriti-dan-ihsan-kunci-kejayaan-profesional-muslim/feed/ 0
SEMINAR KELUARGA BAHAGIA /pusatislam/seminar-keluarga-bahagia/ /pusatislam/seminar-keluarga-bahagia/#respond Thu, 18 Jun 2026 05:53:46 +0000 /pusatislam/?p=12314 Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia dengan sukacitanya menjemput seluruh warga 鶹 dan masyarakat yang berminat untuk menyertai Seminar Keluarga Bahagia yang bertemakan “Bersama Membina Keluarga Bahagia”. Seminar ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman mengenai peranan institusi keluarga dalam membentuk masyarakat yang sejahtera, harmoni dan berdaya tahan. Para peserta berpeluang menimba ilmu, berkongsi pengalaman serta memperoleh panduan […]

The post SEMINAR KELUARGA BAHAGIA first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
Pusat Islam Universiti Kebangsaan Malaysia dengan sukacitanya menjemput seluruh warga 鶹 dan masyarakat yang berminat untuk menyertai Seminar Keluarga Bahagia yang bertemakan “Bersama Membina Keluarga Bahagia”.

Seminar ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman mengenai peranan institusi keluarga dalam membentuk masyarakat yang sejahtera, harmoni dan berdaya tahan. Para peserta berpeluang menimba ilmu, berkongsi pengalaman serta memperoleh panduan dalam membina keluarga yang berlandaskan nilai-nilai Islam dan kasih sayang.

📅 Tarikh: 25 Jun 2026
🕗 Masa: 8.00 pagi – 4.30 petang
📍 Tempat: Dewan Serbaguna 1, Blok Tambahan HCTM

Program ini diharapkan dapat menjadi platform yang bermanfaat dalam memperkukuhkan hubungan kekeluargaan, meningkatkan kesejahteraan rumah tangga serta melahirkan keluarga yang bahagia dan berkualiti.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai seminar yang penuh dengan pengisian ilmu dan manfaat ini.

“Bersama Membina Keluarga Bahagia”

The post SEMINAR KELUARGA BAHAGIA first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
/pusatislam/seminar-keluarga-bahagia/feed/ 0
LAWATAN PENANDA ARAS LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH /pusatislam/lawatan-penanda-aras-lembaga-zakat-negeri-kedah/ /pusatislam/lawatan-penanda-aras-lembaga-zakat-negeri-kedah/#respond Thu, 18 Jun 2026 04:59:50 +0000 /pusatislam/?p=12308 BANGI, 18 Jun 2026 – Satu sesi Lawatan Penanda Aras melibatkan Lembaga Zakat Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya di 鶹 yang turut melibatkan Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah 鶹, Zakat 鶹 dan Fakulti Pengajian Islam 鶹. Lawatan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama antara institusi serta menjadi platform perkongsian pengalaman dan amalan terbaik […]

The post LAWATAN PENANDA ARAS LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>

BANGI, 18 Jun 2026 – Satu sesi Lawatan Penanda Aras melibatkan Lembaga Zakat Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya di 鶹 yang turut melibatkan Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah 鶹, Zakat 鶹 dan Fakulti Pengajian Islam 鶹.

Lawatan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama antara institusi serta menjadi platform perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam aspek kebajikan mahasiswa, pengurusan zakat dan pembangunan pendidikan.

Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. A’dawiyah Ismail yang membincangkan pelbagai perkara berkaitan kerjasama strategik antara pihak-pihak yang terlibat. Antara fokus utama perbincangan ialah usaha memperkasa kebajikan mahasiswa anak Kedah yang menuntut di 鶹, selain meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan pendidikan serta program-program komuniti yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Pertemuan ini turut membuka ruang kepada perkongsian pandangan dan cadangan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan inisiatif kebajikan dan pembangunan modal insan, khususnya dalam kalangan mahasiswa.

Semoga lawatan penanda aras ini menjadi platform yang bermanfaat dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim serta membuka lebih banyak peluang kerjasama yang strategik dan berimpak tinggi pada masa hadapan demi manfaat bersama.

The post LAWATAN PENANDA ARAS LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
/pusatislam/lawatan-penanda-aras-lembaga-zakat-negeri-kedah/feed/ 0
TAHNIAH & SYABAS /pusatislam/tahniah-syabas/ /pusatislam/tahniah-syabas/#respond Thu, 18 Jun 2026 00:51:26 +0000 /pusatislam/?p=12299 Pusat Islam 鶹 merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia, berkuat kuasa pada 16 Jun 2026. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kebijaksanaan serta kekuatan dalam memikul amanah ini, seterusnya terus menyumbang ke arah kecemerlangan dan kemajuan 鶹. Ikhlas daripada […]

The post TAHNIAH & SYABAS first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
Pusat Islam 鶹 merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Roslee Rajikan atas pelantikan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia, berkuat kuasa pada 16 Jun 2026.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kebijaksanaan serta kekuatan dalam memikul amanah ini, seterusnya terus menyumbang ke arah kecemerlangan dan kemajuan 鶹.
Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga kerja Pusat Islam 鶹.

The post TAHNIAH & SYABAS first appeared on PUSAT ISLAM.

]]>
/pusatislam/tahniah-syabas/feed/ 0