BANGI, 01 Julai 2026 – Warga Pusat Islam 鶹 telah mengadakan Majlis Penghargaan dan Terima Kasih bagi meraikan jasa serta sumbangan Dr. Wan Haslan Khairuddin yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai Pengarah Pusat Islam 鶹. Majlis berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Nilam, Pusat Islam 鶹 dengan kehadiran seluruh staf Pusat Islam 鶹 dari kampus Bangi dan Kuala Lumpur.
Majlis dimulakan dengan ucapan daripada mantan pengarah, diikuti ucapan daripada Dr. Abu Dardaa Mohamad (pengarah), Dr. Muhammad Munawar Mohamed Hatta
(Timbalan Pengarah Jaringan dan Kampus Kuala Lumpur), Dr. Nashrah Hani Hamadon (Timbalan Pengarah Akademik, Kualiti dan Penjanaan), Encik Munzir Zainuddin (Ketua Pentadbiran) serta Encik Khairil Khuzairi Omar (Ketua Pegawai Hal Ehwal Islam). Ucapan yang disampaikan menzahirkan penghargaan terhadap komitmen, kepimpinan dan jasa beliau sepanjang menerajui Pusat Islam 鶹.
Turut diadakan tayangan video khas yang memuatkan ucapan dan kenangan daripada warga Pusat Islam 鶹 di Bangi dan Kuala Lumpur sebagai tanda penghargaan dan ingatan atas sumbangan yang telah dicurahkan. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh Dr. Abu Dardaa Mohamad sebelum diakhiri dengan jamuan yang mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan warga kerja.
Penganjuran majlis ini mencerminkan penghargaan dan rasa terima kasih seluruh warga Pusat Islam 鶹 terhadap jasa serta dedikasi Dr. Wan Haslan Khairuddin dalam memartabatkan peranan institusi dan memperkukuh agenda pembangunan ummah di universiti.
















