(PI KKL) SEMINAR KELUARGA BAHAGIA PERKASA PERANAN KELUARGA DALAM MENGHADAPI CABARAN ERA DIGITAL

(PI KKL) SEMINAR KELUARGA BAHAGIA PERKASA PERANAN KELUARGA DALAM MENGHADAPI CABARAN ERA DIGITAL

CHERAS, 25 Jun 2026 – Seminar Keluarga Bahagia anjuran Pusat Islam 鶹 telah berlangsung di Dewan Serbaguna 1, Blok Tambahan HCTM dengan pengisian yang menekankan kepentingan institusi keluarga dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Bertemakan “Bersama Membina Keluarga Bahagia”, seminar ini memberi fokus kepada cabaran semasa yang dihadapi oleh institusi kekeluargaan serta peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak generasi digital menurut perspektif Islam.

Slot pertama bertajuk “Memperkukuh Institusi Perkahwinan Dalam Cabaran Masa Kini” telah disampaikan oleh Tuan Haji Bakhtiar Fitri Abdul Hamid (UBF), Perunding Utama Nadi Ilmu Training Management. Sementara itu, slot kedua bertajuk “Mendidik Anak Generasi Digital Menurut Perspektif Islam” telah dikendalikan oleh Ustazah Dr. Saharizah Mohamad Salleh.

Perkongsian yang diberikan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan komunikasi, kasih sayang serta penerapan nilai-nilai Islam dalam membina keluarga yang kukuh dan berdaya tahan. Seminar ini turut menjadi platform bagi memperkasakan kefahaman masyarakat terhadap cabaran kekeluargaan masa kini serta pendekatan terbaik dalam melahirkan generasi yang seimbang dari aspek rohani, emosi dan intelektual.

Add a new location

Edit Location

Add up to 5 images to create a gallery for this location.

×