FESTIVAL KESENIAN ISLAM (FEKSIS) 鶹 2026 MELABUHKAN TIRAI, KOLEJ RAHIM KAJAI JUARA KESELURUHAN

FESTIVAL KESENIAN ISLAM (FEKSIS) 鶹 2026 MELABUHKAN TIRAI, KOLEJ RAHIM KAJAI JUARA KESELURUHAN

BANGI, 26 Jun 2026 – Festival Kesenian Islam (FEKSIS) 鶹 2026 yang berlangsung dari 22 hingga 26 Jun 2026 di Masjid Universiti dan Dewan Canselor Tun Abdul Razak, 鶹 telah melabuhkan tirainya dengan penuh meriah dan berjaya menghimpunkan bakat serta kreativiti warga universiti dalam pelbagai acara berteraskan seni dan budaya Islam.

Penganjuran festival ini bertujuan memperkasa penghayatan nilai-nilai Islam melalui medium seni, di samping menjadi platform mencungkil bakat mahasiswa dalam bidang tilawah dan hafazan al-quran, seni khat, poster infografik, penghasilan kandungan digital dan nasyid. Penyertaan daripada pelbagai kolej kediaman serta warga universiti telah menyemarakkan lagi semangat persaingan sihat dan ukhwah dalam kalangan peserta.

Bagi Pertandingan Hafazan Al-Quran (Lelaki), johan dimenangi oleh Muhammad Khairul Imran bin Helmy dari Kolej Pendeta Za’ba, diikuti Ahmad Asslam bin Ahmad Azuran dari Kolej Keris Mas sebagai naib johan dan Muhammad Arif Daniel bin Aminudin dari Kolej Dato’ Onn di tempat ketiga.

Dalam kategori Hafazan Al-Quran (Perempuan), Fatima Zahra Binti Aminudin dari Kolej Tun Syed Nasir muncul johan, manakala Fatimah Binti Ismail dari Kolej Aminuddin Baki meraih naib johan dan Nurul Aliyani Binti Anuar dari Kolej Tun Syed Nasir menduduki tempat ketiga.

Bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran (Lelaki), johan dimenangi oleh Atif Atila bin Amran dari Kolej Rahim Kajai, diikuti Muhammad Raimi bin Mohd Nizam dari Kolej Dato’ Onn sebagai naib johan dan Muhammad Syahmibin Rosli dari Kolej Tun Hussein Onn di tempat ketiga.

Sementara itu, kategori Tilawah Al-Quran (Perempuan) menyaksikan ‘Aisyah Binti Mohd Syamsyulamin dari Kolej Tun Syed Nasir dinobatkan sebagai johan, diikuti Nor Farhana Izzati Binti Kamaruzlan dari Kolej Ibrahim Yaakob sebagai naib johan dan Siti Saleha Binti Adnan dari kategori Residensi Luar di tempat ketiga.

Dalam Pertandingan Poster Infografik, ‘Ainul Maisarah Binti Mohd Sharimshah dari Kolej Tun Dr. Ismail berjaya merangkul gelaran johan, manakala Sofia Alia Binti Shibub dari Kolej Pendeta Za’ba muncul naib johan dan Muhamad Faiz Daniel bin Mohd Niam dari Kolej Aminuddin Baki memenangi tempat ketiga.

Bagi Pertandingan Seni Khat, Muhammad Amir Luqman bin Mad Sofi dari Kolej Ungku Omar dinobatkan sebagai johan, diikuti Siti Sarah Syamimi Binti Mohamad Sidek dari Kolej Keris Mas sebagai naib johan dan Nur Ain Safiah Binti Mohammad Zamri dari Kolej Dato’ Onn di tempat ketiga.

Dalam Pertandingan TikTok, Muhammad Irfan bin Zaharuddin dari kategori Residensi Luar berjaya menjuarai pertandingan tersebut, manakala Nuraqilah Binti Hafdin dari Kolej Dato’ Onn muncul naib johan dan Muhammad Iskandar Abdul Rahman dari Pusat Perkhidmatan Endoskopi, HCTM menduduki tempat ketiga.

Bagi acara Pertandingan Nasyid Inter-Kolej, Kumpulan Aksara dari Kolej Rahim Kajai dinobatkan sebagai johan, diikuti Kumpulan Allegro dari Kolej Tun Hussein Onn sebagai naib johan dan Kumpulan Forte-Fono dari Kolej Ibrahim Yaakob di tempat ketiga.

Kecemerlangan menyeluruh yang dipamerkan sepanjang festival telah membolehkan Kolej Rahim Kajai dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Festival Kesenian Islam (FEKSIS) 鶹 2026, sekali gus membuktikan komitmen kolej tersebut dalam mengembangkan bakat serta penghayatan seni Islam dalam kalangan mahasiswa.

Penganjuran FEKSIS 2026 diharapkan terus menjadi wadah memperkukuh jati diri, kreativiti dan kecintaan terhadap seni Islam, selaras dengan aspirasi 鶹 dalam melahirkan graduan yang seimbang dari aspek intelektual, spiritual dan sahsiah.

Add a new location

Edit Location

Add up to 5 images to create a gallery for this location.

×