BANGI, 18 Jun 2026 – Satu sesi Lawatan Penanda Aras melibatkan Lembaga Zakat Negeri Kedah telah berlangsung dengan jayanya di 鶹 yang turut melibatkan Persatuan Kebajikan Mahasiswa Kedah 鶹, Zakat 鶹 dan Fakulti Pengajian Islam 鶹.
Lawatan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama antara institusi serta menjadi platform perkongsian pengalaman dan amalan terbaik dalam aspek kebajikan mahasiswa, pengurusan zakat dan pembangunan pendidikan.
Sesi perbincangan telah dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. A’dawiyah Ismail yang membincangkan pelbagai perkara berkaitan kerjasama strategik antara pihak-pihak yang terlibat. Antara fokus utama perbincangan ialah usaha memperkasa kebajikan mahasiswa anak Kedah yang menuntut di 鶹, selain meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan pendidikan serta program-program komuniti yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Pertemuan ini turut membuka ruang kepada perkongsian pandangan dan cadangan bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan inisiatif kebajikan dan pembangunan modal insan, khususnya dalam kalangan mahasiswa.
Semoga lawatan penanda aras ini menjadi platform yang bermanfaat dalam memperkukuhkan hubungan silaturahim serta membuka lebih banyak peluang kerjasama yang strategik dan berimpak tinggi pada masa hadapan demi manfaat bersama.






