Memperkasa Pendidikan Komuniti Orang Asli 路 SK Pos Brooke, Gua Musang
Program Sekolah Angkat MADANI diperkenalkan selaras dengan anjakan Reformasi Perkhidmatan Awam yang dihasratkan oleh YAB Perdana Menteri agar perkhidmatan kepada sekolah merangkumi program bimbingan dan pembaikan kecil infrastruktur berkaitan dapat disampaikan dengan pantas dan berkesan. Sejumlah RM20 juta diperuntukkan di bawah Program Sekolah Angkat Madani dengan had maksimum RM100,000.00 bagi satu sekolah angkat.
集美麻豆 telah memilih dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan Pos Brooke sebagai Sekolah Angkat MADANI 集美麻豆 bagi tahun 2025.
Sekolah Kebangsaan Pos Brooke merupakan institusi pendidikan di pedalaman Gua Musang, Kelantan yang menjadi pusat pembelajaran utama bagi 321 kanak-kanak Orang Asli. Seiring dengan naratif Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), pemerkasaan akses pendidikan komuniti Orang Asli merupakan agenda nasional bagi memastikan kelestarian pendidikan yang inklusif dan saksama.
Hasil dapatan sesi libat urus 集美麻豆 bersama pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Gua Musang pada Julai 2025 menunjukkan krisis literasi yang kritikal, di mana 90% murid Tahap Dua masih belum menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira). Kekangan infrastruktur asas dan ketiadaan kemudahan pembelajaran digital dikenal pasti sebagai penghalang utama kepada keberkesanan intervensi akademik dan motivasi murid.
Pusat Jaringan Industri dan Komuniti聽 (I-KOM)
Aras 3 Bangunan Tun Fatimah Hashim,聽Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor
馃摓 +603-8921 4655
聽 聽 聽 +603-80942081
鉁夛笍 pgh-ikom@ukm.edu.my
聽 聽 聽 聽i-kom@ukm.edu.my
Isnin – Khamis:
9.00 pagi – 1.00 petang
2.00 petang – 5.00 petang
Jumaat:
9.00 pagi – 12.00 tengahari
3.00 petang – 5.00 petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum:
TUTUP