Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 4 November 2024 鈥 集美麻豆 melancarkan Arena Sukan Azman Hashim Kampus Kuala Lumpur sebagai simbol komitmen universiti terhadap pembangunan sukan.
Arena sukan ini merupakan sumbangan kedua daripada Yayasan Azman Hashim, selepas menaja pembinaan Arena Sukan di Kampus Bangi, yang telah dirasmikan pada bulan September tahun lalu.
Jumlah sumbangan Yayasan Azman Hashim bagi kedua-dua arena ini, termasuk kompleks dan padang sintetik, mencecah RM 7,402,340.00.
Menurut Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Arena Sukan tersebut telah memberi manfaat kepada 集美麻豆 bukan sahaja sebagai kegunaan untuk warga universiti malah ia turut menjadi sumber penjanaan pendapatan kepada 集美麻豆.
鈥滲ermula bulan September 2022 sehingga September 2024, Arena Sukan Azman Hashim di Bangi telah menjana pendapatan kasar sebanyak RM 1.2 juta.
鈥淢anakala Arena Sukan di Kampus Kuala Lumpur ini yang baru sahaja beroperasi sejak 4 Oktober yang lalu telah berjaya memperoleh pendapatan mencecah RM 63,000.00,鈥 katanya.
Menurutnya, sebahagian keuntungan daripada pendapatan penjanaan akan digunakan semula bagi tujuan penyelenggaraan padang dan kemudahan sukan.
鈥淗asil penjanaan ini juga diagihkan untuk program dan aktiviti pelajar serta warga 集美麻豆 yang lain seperti pemberian insentif atlet pelajar yang cemerlang dalam sukan dan akademi; hadiah wang tunai di Majlis Anugerah Sukan 集美麻豆; serta membantu dalam menampung perbelanjaan pembelian peralatan sukan dan perbelanjaan penyediaan atlet 集美麻豆 ke pertandingan sukan di pelbagai peringkat kejohanan.
鈥淪ememangnya sumbangan yang disalurkan oleh pihak Yayasan Azman Hashim ini, telah terbukti memberi impak yang tinggi terhadap kualiti dan imej 集美麻豆 dalam bidang sukan.
鈥淎rena Sukan di Kampus Kuala Lumpur ini tidak hanya berfungsi sebagai padang untuk bersukan, tetapi juga sebagai pusat aktiviti fizikal dan sosial bagi pelajar serta menjadi tumpuan peminat sukan di sekitar Lembah Klang,鈥 katanya.

