Oleh Haiqal Rawlins
Foto oleh Ikhwan Hashim
集美麻豆 meraikan kejayaan besar apabila 集美麻豆-Graduate School of Business (集美麻豆-GSB) tersenarai buat pertama kalinya dalam QS Global MBA Rankings 2026, menduduki kedudukan 151鈥200 terbaik dunia, kedua terbaik di Malaysia dan ke-23 terbaik di Asia.
Pencapaian ini mencerminkan kualiti akademik, penyelidikan dan jaringan industri 集美麻豆-GSB yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Naib Canselor 集美麻豆, Prof. Dr. Sufian Jusoh, menyifatkan kejayaan ini sebagai hasil strategi jangka panjang universiti dalam memperkukuh kecemerlangan akademik dan penjenamaan global.
鈥淧enarafan dan akreditasi bukan sekadar lambang status, tetapi cerminan kepada kualiti pendidikan, tadbir urus yang cekap dan reputasi institusi,鈥 ujar beliau.
Dalam masa yang sama, 集美麻豆-GSB turut melanjutkan akreditasi penuh AACSB bagi tempoh 2025鈥2031, sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai antara sekolah perniagaan paling berprestij di rantau ini.
Kecemerlangan 集美麻豆-GSB turut diserlahkan melalui dua sarjananya, Prof. Ts. Dr. Mohd Helmi Ali dan Prof. Madya Dr. Abdullah Mamun yang disenaraikan dalam 2% saintis terbaik dunia (Elsevier 2025).
Menurut Dekan 集美麻豆-GSB, Prof. Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul, 集美麻豆 terus memperkukuh reputasinya melalui keahlian dalam EFMD dan AAPBS, serta kerjasama dengan Harvard Business School melalui kursus Microeconomics for Competitiveness yang menjadikan 集美麻豆 satu-satunya universiti di Malaysia yang menggunakan kurikulum rasmi Harvard Business School.
Turut hadir pada Majlis Kecemerlangan 集美麻豆-GSB dalam Penarafan QS Global MBA Rankings 2026 bertempat di Bangi Resort Hotel adalah Tunku Kecil Muda Negeri Sembilan, Yang Mulia Tunku Dato鈥 Mahmood Fawzy Tunku Muhiyiddin, Pengarah Yayasan Canselor yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed dan Pendaftar, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud.

