Pelajar Archives - Berita 鶹 /beritaukm/category/pelajar/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Tue, 19 May 2026 01:51:00 +0000 en-US hourly 1 AKSI 2026 Perkasa Literasi Kewangan Mahasiswa /beritaukm/aksi-2026-perkasa-literasi-kewangan-mahasiswa/ /beritaukm/aksi-2026-perkasa-literasi-kewangan-mahasiswa/#respond Tue, 19 May 2026 01:50:17 +0000 /beritaukm/?p=4705 Oleh Ruzanna Ab RazakFoto Irfan Halim BANGI, 6 MEI 2026 – Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), 鶹 terus memperkukuh agenda literasi kewangan mahasiswa melalui penganjuran Arena Kewangan…

The post AKSI 2026 Perkasa Literasi Kewangan Mahasiswa appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Ruzanna Ab Razak
Foto Irfan Halim

BANGI, 6 MEI 2026 – Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), 鶹 terus memperkukuh agenda literasi kewangan mahasiswa melalui penganjuran Arena Kewangan Siswa Intervarsiti (AKSI) AKPK 2026 baru-baru ini.

Program dianjurkan secara kolaboratif oleh Kelab Tunas AKPK dan Kelab Pengurusan di bawah naungan Persatuan Mahasiswa Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (PMFEP), dengan sokongan strategik rakan industri dan penyertaan universiti jemputan.

AKSI 2026 menghimpunkan pelbagai pengisian yang memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang pengurusan kewangan, teknologi kewangan dan pendekatan pembelajaran interaktif.

Menurut pensyarah FEP yang menubuhkan Kelab Tunas AKPK di bawah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) FEP, Dr. Masrina Nadia Mohd Salleh, penubuhan kelab itu bertujuan memperkukuh literasi kewangan belia melalui pendekatan yang lebih dekat dengan tingkah laku generasi masa kini.

“VESPID dan UnBound menjadi rakan strategik penting kerana masing-masing menawarkan platform gamified yang terbukti mampu meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran kewangan,” katanya.

Kemuncak program menyaksikan perasmian Kelab Tunas AKPK FEP 鶹 yang disempurnakan oleh Dekan FEP, Prof. Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi. Perasmian itu menandakan langkah penting FEP dalam memperkukuh peranan mahasiswa sebagai duta kecil literasi kewangan di peringkat universiti.

Majlis turut menyaksikan penyerahan watikah pelantikan kepada barisan kepimpinan Kelab Tunas AKPK FEP 鶹 sebagai simbol komitmen mahasiswa untuk menggerakkan program kesedaran kewangan secara lebih aktif, tersusun dan dekat dengan keperluan generasi muda.

Program ini turut dimeriahkan dengan Pertandingan Debat Khas Kewangan yang melibatkan penyertaan universiti jemputan, termasuk Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM) dan INTI International College Subang.

Pertandingan tersebut menjadi platform kepada mahasiswa untuk mengasah kemahiran berhujah, berfikir secara kritis dan membincangkan isu-isu ekonomi serta kewangan semasa. Pasukan dari INTI International College Subang muncul sebagai johan pertandingan dan menerima hadiah wang tunai serta sijil penghargaan.

The post AKSI 2026 Perkasa Literasi Kewangan Mahasiswa appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/aksi-2026-perkasa-literasi-kewangan-mahasiswa/feed/ 0
KM鶹 Perkenal Inisiatif RM60,000, Perkukuh Kebajikan dan Pemerkasaan Mahasiswa 鶹 /beritaukm/kmukm-perkenal-inisiatif-rm60000-perkukuh-kebajikan-dan-pemerkasaan-mahasiswa-ukm/ /beritaukm/kmukm-perkenal-inisiatif-rm60000-perkukuh-kebajikan-dan-pemerkasaan-mahasiswa-ukm/#respond Mon, 18 May 2026 08:33:34 +0000 /beritaukm/?p=4701 BANGI, 18 Mei 2026 – Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KM鶹) memperkenalkan inisiatif pengurangan peruntukan manifesto kepimpinan daripada RM3,000 kepada RM1,500 bagi setiap portfolio sebagai usaha memperkukuh agenda kebajikan dan…

The post KM鶹 Perkenal Inisiatif RM60,000, Perkukuh Kebajikan dan Pemerkasaan Mahasiswa 鶹 appeared first on Berita 鶹.

]]>
BANGI, 18 Mei 2026 – Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KM鶹) memperkenalkan inisiatif pengurangan peruntukan manifesto kepimpinan daripada RM3,000 kepada RM1,500 bagi setiap portfolio sebagai usaha memperkukuh agenda kebajikan dan pembangunan mahasiswa 鶹.

Langkah tersebut membolehkan hampir RM60,000 dikumpulkan untuk disalurkan kepada beberapa inisiatif utama melibatkan bantuan kebajikan mahasiswa serta pemerkasaan pembangunan pelajar.

Antara bantuan yang diperkenalkan ialah bantuan one-off rumah sewa sebanyak RM20,000 kepada mahasiswa yang memerlukan, bantuan asas rumah sewa berjumlah RM5,000 dan Insentif Perkasa KITA Siswa bernilai RM35,000.

Insentif Perkasa KITA Siswa memberi fokus kepada sembilan domain pembangunan mahasiswa melibatkan aspek sukan, kesukarelawanan, kebajikan, kerohanian, keusahawanan, kebudayaan, inovasi, perpaduan dan kepimpinan.

Presiden KM鶹 sesi 2025/2026, Muhammad Haikal Hamidi berkata, inisiatif tersebut diperkenalkan sebagai respons terhadap cabaran kos sara hidup dan isu penempatan yang dihadapi mahasiswa masa kini.

“KM鶹 melihat keperluan untuk memastikan kebajikan mahasiswa terus diberi perhatian, khususnya bagi pelajar yang berdepan kekangan kewangan dan perlu menyewa di luar kampus.

Pengurangan dana manifesto ini dibuat bagi membolehkan lebihan dana dimanfaatkan secara terus kepada mahasiswa,” katanya.

Menurut beliau, KM鶹 turut menggerakkan inisiatif “Menu Kasih Siswa” bersama pengusaha kafeteria di 鶹 bagi menyediakan pilihan makanan pada kadar harga lebih minimum dan mesra mahasiswa.

Selain itu, KM鶹 juga bekerjasama dengan Hal Ehwal Pelajar (HEP) 鶹 dalam usaha membantu menjayakan projek Dapur Siswa bagi menyediakan ruang memasak yang lebih selesa kepada mahasiswa, termasuk usaha penyediaan bahan mentah asas kepada pelajar tertentu yang memerlukan.

Sementara itu, Penasihat KM鶹 merangkap Timbalan Pengarah Kepimpinan Hal Ehwal Pelajar 鶹, Ts. Dr. Ahmad Firdhaus Arham menyifatkan pendekatan tersebut sebagai manifestasi kepimpinan mahasiswa yang matang, prihatin dan berpaksikan nilai kemanusiaan.

“Pendekatan ini menunjukkan mahasiswa bukan sahaja membawa idea dan suara mahasiswa, tetapi turut memainkan peranan aktif dalam membantu rakan-rakan yang memerlukan.

“Inisiatif seperti bantuan rumah sewa, Menu Kasih Siswa dan Dapur Siswa mencerminkan budaya kebersamaan dan kesejahteraan yang perlu terus diperkukuh dalam ekosistem kampus,” katanya.

Beliau berkata, usaha tersebut juga selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan nilai ihsan, kesejahteraan dan tanggungjawab sosial dalam pembangunan masyarakat berilmu dan berdaya saing.

The post KM鶹 Perkenal Inisiatif RM60,000, Perkukuh Kebajikan dan Pemerkasaan Mahasiswa 鶹 appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/kmukm-perkenal-inisiatif-rm60000-perkukuh-kebajikan-dan-pemerkasaan-mahasiswa-ukm/feed/ 0
Mahasiswa KTSN Santuni Orang Asli Pantos /beritaukm/mahasiswa-ktsn-santuni-orang-asli-pantos/ /beritaukm/mahasiswa-ktsn-santuni-orang-asli-pantos/#respond Fri, 15 May 2026 00:13:18 +0000 /beritaukm/?p=4657 Oleh Muhammad Hazim Kamarularipin PAHANG, 9 Mei 2026 – Keheningan Kampung Orang Asli Pantos, Pos Lanai, Kuala Lipis baru-baru ini diceriakan dengan kehadiran 38 mahasiswa Kolej Tun Syed Nasir (KTSN),…

The post Mahasiswa KTSN Santuni Orang Asli Pantos appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Muhammad Hazim Kamarularipin

PAHANG, 9 Mei 2026 – Keheningan Kampung Orang Asli Pantos, Pos Lanai, Kuala Lipis baru-baru ini diceriakan dengan kehadiran 38 mahasiswa Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), 鶹 melalui program Harmoni Satu Bumi 2.0.

Bertemakan “Tangan Mahasiswa, Nadi Komuniti”, program itu menjadi jambatan yang menyatukan dunia akademik dengan realiti masyarakat melalui pengisian berteraskan kesihatan, pendidikan dan sukan.

Pengarah program, Nurnabilah Huda Epri berkata selain memberi nilai tambah kepada penduduk, inisiatif ini memberi ruang buat mahasiswa mendalami erti kebersamaan dalam suasana penuh kekeluargaan.

“Tunjang utama program ini ialah untuk menekankan aspek kesedaran kesihatan kepada komuniti setempat melalui pendekatan interaktif, di samping menerapkan semangat kesukarelawanan mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata aspek kesejahteraan kanak-kanak menjadi fokus utama program tersebut melalui Kempen Gosok Gigi dan Cuci Tangan.

“Melalui demonstrasi interaktif bersama mahasiswa KTSN, kesedaran terhadap kepentingan kebersihan diri diterapkan kepada kanak-kanak di kampung ini.

“Dimensi pendidikan juga diperluas menerusi program Celik Kreatif menggunakan STEM Kit hasil sumbangan Yayasan MR DIY. Aktiviti ini berjaya mencetuskan rasa ingin tahu dan pemikiran kritis kanak-kanak terhadap dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik dalam suasana yang menyeronokkan,” ujarnya.

Nurnabilah Huda berkata program itu bukan sekadar aktiviti bermusim, tetapi merupakan satu langkah murni dalam melahirkan mahasiswa yang holistik dan cakna terhadap keperluan sosial.

“Semangat kesukarelawanan yang dizahirkan di Pos Lanai ini diharapkan terus menjadi inspirasi dalam membina masyarakat yang lebih prihatin dan bersatu padu pada masa hadapan,” katanya.

Program yang menghimpunkan mahasisiwa, pihak pentadbiran KTSN dengan kira-kira 1,000 penduduk setempat itu menjadi wadah kemasyarakatan yang berimpak.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato’ Dr. Ramli Dato’ Mohd Nor. Kehadiran beliau bukan sekadar simbolik, malah mencerminkan komitmen jitu pelbagai pihak dalam memacu kesejahteraan dan memperkasakan pembangunan komuniti orang asli secara inklusif.

The post Mahasiswa KTSN Santuni Orang Asli Pantos appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/mahasiswa-ktsn-santuni-orang-asli-pantos/feed/ 0
Pelajar Sarjana Sains Perubatan 鶹 dipilih Sebagai Duta Penyelidikan Alzheimer Global /beritaukm/pelajar-sarjana-sains-perubatan-ukm-dipilih-sebagai-duta-penyelidikan-alzheimer-global/ /beritaukm/pelajar-sarjana-sains-perubatan-ukm-dipilih-sebagai-duta-penyelidikan-alzheimer-global/#respond Fri, 15 May 2026 00:06:45 +0000 /beritaukm/?p=4650 Oleh Auji Abdul Azhar KUALA LUMPUR, 12 Mei 2026 – Seorang pelajar Sarjana Sains Perubatan, Fakulti Perubatan 鶹 mencatat satu lagi pencapaian membanggakan di peringkat antarabangsa apabila…

The post Pelajar Sarjana Sains Perubatan 鶹 dipilih Sebagai Duta Penyelidikan Alzheimer Global appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Auji Abdul Azhar

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2026 – Seorang pelajar Sarjana Sains Perubatan, Fakulti Perubatan 鶹 mencatat satu lagi pencapaian membanggakan di peringkat antarabangsa apabila dipilih sebagai duta bagi program berprestij The International Society to Advance Alzheimer’s Research and Treatment (ISTAART) di bawah The Alzheimer’s Association bagi sesi 2026/2027.

Pemilihan Zairin Zulaikha Harun mencerminkan pengiktirafan terhadap potensi penyelidik muda Malaysia dalam bidang neurosains, khususnya penyakit Alzheimer dan demensia.

Menurut Zairin Zulaikha, pelantikan itu membuka ruang untuk beliau membawa perspektif penyelidikan dari Malaysia ke peringkat antarabangsa, di samping memperkukuh jaringan saintifik yang boleh memberi manfaat kepada pembangunan penyelidikan tempatan.

“Sebagai duta bagi program ini, saya akan terlibat dalam pelbagai aktiviti profesional, kesukarelawanan dan advokasi, termasuk penyertaan dalam mesyuarat bulanan bersama pakar industri, editor jurnal dan pemimpin bidang Alzheimer.

“Selain itu, saya juga akan terlibat secara langsung sebagai sukarelawan bersama Alzheimer’s Association dalam menguruskan persidangan antarabangsa tahunan dalam sains demensia iaitu Alzheimer’s Association International Conference (AAIC) di London, United Kingdom pada Julai ini,” katanya.

Tambahnya, diperingkat tempatan, beliau turut bertanggungjawab mempromosikan aktiviti dan manfaat ISTAART melalui pembentangan, penglibatan komuniti, serta penggunaan platform digital bagi meningkatkan kesedaran terhadap penyelidikan Alzheimer.

Selain itu, beliau turut mendapat akses kepada persidangan antarabangsa dengan sokongan perjalanan penuh daripada Alzheimer’s Association, latihan pembangunan profesional, bimbingan daripada pakar global, serta peluang membina rangkaian kolaborasi penyelidikan rentas negara. Program ini turut membuka peluang pembangunan kerjaya yang signifikan dalam bidang neurosains.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Yogeswaran Lokanathan yang merupakan penyelia Zairin Zulaikha menyifatkan kejayaan anak didiknya sebagai bukti keupayaan pelajar 鶹 untuk bersaing di peringkat global serta mencerminkan kekuatan ekosistem penyelidikan di 鶹, khususnya dalam bidang translasi dan penyakit neurodegenerative.

“Pemilihan beliau mencerminkan pengiktirafan terhadap potensi penyelidik muda Malaysia dalam bidang neurosains, khususnya penyakit Alzheimer dan demensia.

“Penyertaan ini juga selari dengan usaha memperkukuh agenda kesihatan global dan kerjasama antarabangsa, sekali gus mempertingkat sumbangan Malaysia dalam bidang penyelidikan Alzheimer yang semakin kritikal di peringkat dunia,” katanya.

Selain Prof Madya Dr Yogeswaran, Zairin Zulaikha yang merupakan pelajar di bawah program Jabatan Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif, turut diselia oleh tiga lagi pensyarah 鶹 iaitu Prof. Madya Dr. Ng Min Hwei, Prof. Madya Dr. Tan Jen Kit dan Dr. Farah Wahida Ibrahim serta seorang dari United Arab Emirates University iaitu  Prof. Madya Dr. Kim Yun Jin.

Program duta tersebut berlangsung selama setahun (2026–2027) dan menghimpunkan 42 penyelidik awal kerjaya mewakili 35 negara dari seluruh dunia untuk terlibat secara aktif dalam komuniti penyelidikan global.

Sepanjang tempoh tersebut, para duta akan memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti saintifik antarabangsa dan institusi tempatan masing-masing.

The post Pelajar Sarjana Sains Perubatan 鶹 dipilih Sebagai Duta Penyelidikan Alzheimer Global appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/pelajar-sarjana-sains-perubatan-ukm-dipilih-sebagai-duta-penyelidikan-alzheimer-global/feed/ 0
Melayari Tradisi: 27 Tahun Pesta Ang Pow Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia Menyatukan Warisan /beritaukm/melayari-tradisi-27-tahun-pesta-ang-pow-kolej-tun-syed-nasir-universiti-kebangsaan-malaysia-menyatukan-warisan/ /beritaukm/melayari-tradisi-27-tahun-pesta-ang-pow-kolej-tun-syed-nasir-universiti-kebangsaan-malaysia-menyatukan-warisan/#respond Wed, 29 Apr 2026 04:54:05 +0000 /beritaukm/?p=4591 Oleh Siti Hajar Zuber Pesta Ang Pow KTSN 鶹 Ke-27 telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), 鶹, menghimpunkan seramai 301 peserta yang terdiri…

The post Melayari Tradisi: 27 Tahun Pesta Ang Pow Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia Menyatukan Warisan appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Siti Hajar Zuber

Pesta Ang Pow KTSN 鶹 Ke-27 telah berlangsung dengan jayanya di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), 鶹, menghimpunkan seramai 301 peserta yang terdiri daripada mahasiswa 鶹 serta penyertaan dari luar. Program ini menyerlahkan keindahan dan keunikan warisan budaya Cina dengan mengangkat tema “Jejak Catatan Pengembara” sebagai teras penceritaan. Penganjurannya bukan sahaja bertujuan menyemai semangat perpaduan melalui penghayatan budaya Cina, malah turut membuka ruang kepada warga KTSN yang berbilang kaum untuk mengenali, memahami dan mengapresiasi adat serta tradisi masyarakat Cina dengan lebih mendalam.

Pesta Ang Pow Kolej Tun Syed Nasir yang kini menjangkau usia 27 tahun bukan sekadar sebuah acara tahunan, sebaliknya merupakan perjalanan panjang dalam melayari dan memaknai tradisi. Berteraskan semangat warisan dan kebersamaan, penganjuran edisi kali ini memperlihatkan bagaimana budaya terus hidup, berkembang dan disesuaikan dalam landskap generasi muda yang dinamik. Tradisi yang diwarisi tidak lagi statik, tetapi dirakam sebagai pengalaman yang sentiasa bergerak seumpama pengembara yang menulis catatan sepanjang perjalanan.

Dengan mengekalkan roh kebudayaan Cina sebagai teras, Pesta Ang Pow menjadi wahana penting dalam memperkenalkan nilai, seni dan falsafah hidup masyarakat Cina kepada khalayak yang lebih luas. Dalam konteks warga kampus yang berbilang kaum, acara ini berfungsi sebagai jambatan budaya yang merapatkan jurang perbezaan melalui apresiasi bersama, selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 16, iaitu Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh, khususnya dalam memupuk masyarakat yang aman, toleran serta saling menghormati. Setiap persembahan, daripada teater hingga ke seni tari dan muzik, bukan sahaja menghiburkan, tetapi turut mengangkat makna yang lebih mendalam tentang identiti, pengalaman remaja dan pencarian jati diri.

Antara tarikan utama program ini ialah pementasan drama yang dipersembahkan oleh pelajar KTSN, dengan garapan cerita yang kreatif dan selari dengan tema yang diketengahkan. Pementasan tersebut berjaya memikat perhatian penonton di samping menyampaikan mesej yang signifikan seiring dengan semangat yang dibawa oleh Pesta Ang Pow KTSN 鶹 Ke-27. Selain itu, pelbagai persembahan kebudayaan Cina turut dipentaskan, melibatkan bakat pelajar dalam seni seperti Gendang 24 Musim, tarian tradisional, tarian kontemporari dan Wushu. Persembahan-persembahan ini bukan sahaja menonjolkan keindahan dan keunikan warisan budaya masyarakat Cina, malah menjadi wadah kepada pelajar untuk mengasah dan menampilkan bakat mereka, di samping mengukuhkan semangat perpaduan serta menghargai kepelbagaian budaya dalam komuniti universiti.

Lebih signifikan, kesinambungan penganjuran selama hampir tiga dekad mencerminkan komitmen berterusan dalam memelihara tradisi sambil membuka ruang kepada inovasi. Generasi demi generasi pelajar KTSN menjadi pewaris yang bukan sahaja meneruskan legasi, tetapi turut mencorakkan wajah baharu pesta ini agar kekal relevan dengan zaman. Dalam usaha melayari tradisi ini, Pesta Ang Pow bukan lagi sekadar perayaan, tetapi sebuah naratif kolektif tentang perpaduan, penghormatan budaya dan semangat kebersamaan yang menjadi tunjang masyarakat Malaysia. Secara keseluruhannya, Pesta Ang Pow KTSN 鶹 Ke-27 telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkenalkan budaya Cina serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan warga universiti. Program sebegini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam memupuk keharmonian dan kefahaman antara budaya di Malaysia.

The post Melayari Tradisi: 27 Tahun Pesta Ang Pow Kolej Tun Syed Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia Menyatukan Warisan appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/melayari-tradisi-27-tahun-pesta-ang-pow-kolej-tun-syed-nasir-universiti-kebangsaan-malaysia-menyatukan-warisan/feed/ 0
Debat dan Pidato Jadi Gelanggang Idea, Pentas Kepimpinan Mahasiswa /beritaukm/debat-dan-pidato-jadi-gelanggang-idea-pentas-kepimpinan-mahasiswa/ /beritaukm/debat-dan-pidato-jadi-gelanggang-idea-pentas-kepimpinan-mahasiswa/#respond Mon, 12 Jan 2026 08:11:40 +0000 /beritaukm/?p=4292 Oleh Ts. Dr. Ahmad Firdhaus ArhamFoto Izwan Azman BANGI, 12 Januari 2026 – Pertandingan Debat Naib Canselor 2026 dan Pidato Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) 2026…

The post Debat dan Pidato Jadi Gelanggang Idea, Pentas Kepimpinan Mahasiswa appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Ts. Dr. Ahmad Firdhaus Arham
Foto Izwan Azman

BANGI, 12 Januari 2026 – Pertandingan Debat Naib Canselor 2026 dan Pidato Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) 2026 telah berjaya menghidupkan budaya wacana intelektual dalam kalangan mahasiswa 鶹.

Program tahunan ini bukan sekadar pertandingan berunsur retorik, sebaliknya menjadi pentas latihan kepimpinan yang mengasah keupayaan berfikir kritis, berkomunikasi secara berkesan dan mempertahankan idea dengan beretika.

Menurut Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, pertandingan tersebut yang diadakan setiap tahun adalah platform bagi membentuk kepimpinan mahasiswa.

“Debat dan pidato berperanan sebagai medan pembelajaran yang membina keberanian bersuara, ketajaman berfikir dan keupayaan mempertahankan pandangan secara beretika.

“Ia adalah proses penting dalam melahirkan pemimpin masa hadapan yang berwibawa dan bertanggungjawab,” jelas beliau.

Debat Naib Canselor 2026 dan Pidato Timbalan Naib Canselor HEPA 2026 yang diadakan dalam dwi bahasa itu memperlihatkan kematangan hujah serta keberanian mahasiswa dalam mengupas isu-isu semasa.

Setiap sesi debat dan pidato menyaksikan pertarungan idea yang seimbang, bernas dan berfakta, sekali gus mencerminkan kesediaan pelajar untuk tampil sebagai intelektual muda yang peka terhadap realiti masyarakat dan cabaran masa hadapan.

Penglibatan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penaja bagi Debat Bahasa Melayu turut menjadi antara tarikan utama penganjuran kali ini.

Penajaan yang merangkumi wang tunai, hadiah iringan, sijil penghargaan serta sumbangan buku, bukan sahaja mengiktiraf kecemerlangan peserta, malah mengukuhkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan wacana akademik yang terus relevan di peringkat universiti.

Dalam pertandingan tersebut, Kolej Pendeta Zaaba muncul sebagai juara Debat Bahasa Melayu selepas menewaskan Kolej Ibrahim Yaakub dengan keputusan 4–3, manakala kategori Bahasa Inggeris menyaksikan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan menewaskan Asasi Pintar 鶹 dengan keputusan 3–2.

Penganjuran pertandingan ini membuktikan komitmen berterusan 鶹 dalam menyediakan ruang pembangunan sahsiah dan intelektual mahasiswa.

Gelanggang ini bukan sahaja melahirkan pemenang pertandingan, tetapi turut membina generasi mahasiswa yang kritis, berkeyakinan dan bersedia memimpin dengan idea serta nilai.

The post Debat dan Pidato Jadi Gelanggang Idea, Pentas Kepimpinan Mahasiswa appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/debat-dan-pidato-jadi-gelanggang-idea-pentas-kepimpinan-mahasiswa/feed/ 0
Pelajar Fakulti Undang-Undang 鶹 Perkasa Komuniti Orang Asli di RPS Sungai Bilut /beritaukm/pelajar-fakulti-undang-undang-ukm-perkasa-komuniti-orang-asli-di-rps-sungai-bilut/ /beritaukm/pelajar-fakulti-undang-undang-ukm-perkasa-komuniti-orang-asli-di-rps-sungai-bilut/#respond Mon, 12 Jan 2026 00:04:51 +0000 /beritaukm/?p=4281 Oleh Muhammad Hazriq Hamqa ShaharudinFoto Fakulti Udang-Undang RAUB, 3 Januari 2026 – Pelajar tahun tiga Fakulti Undang-Undang (FUU), 鶹 memperkasa komuniti Orang Asli melalui pendidikan dan khidmat…

The post Pelajar Fakulti Undang-Undang 鶹 Perkasa Komuniti Orang Asli di RPS Sungai Bilut appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Muhammad Hazriq Hamqa Shaharudin
Foto Fakulti Udang-Undang

RAUB, 3 Januari 2026 – Pelajar tahun tiga Fakulti Undang-Undang (FUU), 鶹 memperkasa komuniti Orang Asli melalui pendidikan dan khidmat masyarakat melalui penganjuran Program Merentas Tradisi Perundangan dan Komuniti Bersatu.

Program selama dua hari satu malam ini dilaksanakan di Kampung Rancangan Petempatan Semula (RPS) Sungai Bilut, Raub, Pahang sebahagian daripada kursus Undang-undang Antarabangsa dan Orang Asal.

Dekan FUU, Prof. Dr. Rasyikah Md. Khalid berkata program ini bukan sahaja memberi pengalaman pembelajaran praktikal kepada pelajar, malah merapatkan hubungan fakulti dengan komuniti setempat.

“Ia juga turut memperkukuh kesedaran undang-undang, mengukuhkan nilai kebersamaan, dan memelihara tradisi komuniti setempat.

“Sepanjang program, pelajar dan penduduk kampung terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti, antaranya Melukis dan Mewarna, Law Treasure Hunt, Malam Kebudayaan, Anyaman Mende Kepala, dan Mock Trial.

“Aktiviti ini bertujuan memperkukuh pemahaman undang-undang, membina kemahiran bekerja dalam kumpulan, dan menghargai tradisi serta budaya tempatan.

“Secara keseluruhan, program ini berjaya memberi impak positif kepada penduduk RPS Sungai Bilut serta menyediakan pengalaman pembelajaran bermakna kepada pelajar Fakulti Undang-Undang 鶹, sekaligus mengukuhkan semangat kerjasama antara universiti dan komuniti,” katanya.

Sementara itu, Tok Batin Tuan En. Tanjung Cham menyatakan rasa terharu dengan penglibatan pelajar dan fakulti dalam aktiviti bersama penduduk kampung, termasuk sesi penyerahan alat tulis dan bantuan makanan kering.

Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran KEMAS Parlimen Raub merangkap Ahli Majlis Daerah Raub, Tuan Khairul Azhar bin Abdul Manaf.

The post Pelajar Fakulti Undang-Undang 鶹 Perkasa Komuniti Orang Asli di RPS Sungai Bilut appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/pelajar-fakulti-undang-undang-ukm-perkasa-komuniti-orang-asli-di-rps-sungai-bilut/feed/ 0
Pelajar FPI Kongsi Adat dan Budaya Melayu dengan Pelajar di Selatan Thailand /beritaukm/pelajar-fpi-kongsi-adat-dan-budaya-melayu-dengan-pelajar-di-selatan-thailand/ /beritaukm/pelajar-fpi-kongsi-adat-dan-budaya-melayu-dengan-pelajar-di-selatan-thailand/#respond Tue, 06 Jan 2026 07:20:35 +0000 /beritaukm/?p=4273 Oleh Intan Meisarah SawalFoto oleh Mohamad Fitri Fadhilah Mohamad SATUN (Thailand), 6 Januari 2026 – Seramai 36 pelajar bersama tiga orang pensyarah dari Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (FPI),…

The post Pelajar FPI Kongsi Adat dan Budaya Melayu dengan Pelajar di Selatan Thailand appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Intan Meisarah Sawal
Foto oleh Mohamad Fitri Fadhilah Mohamad

SATUN (Thailand), 6 Januari 2026 – Seramai 36 pelajar bersama tiga orang pensyarah dari Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam (FPI), 鶹 mengadakan program Sejambak Ukhuwah, Serantau Dakwah di Nida’Suksasat School Langu Satun, Thailand, baru-baru ini.

Program yang melibatkan 200 pelajar sekolah terbabit diadakan bagi memperkukuh hubungan pendidikan dalam dakwah rentas budaya, di samping memperkenalkan semula keindahan kepelbagaian bahasa serta adat Melayu dalam kalangan generasi muda.

Melalui pendekatan interaktif dan bersifat mendidik, para peserta didedahkan dengan kepentingan penguasaan ilmu, pembinaan jati diri yang positif serta kefahaman terhadap kepelbagaian budaya serantau sebagai asas kepada keharmonian masyarakat.

Selain itu, program itu juga turut memfokuskan adat Melayu sebagai warisan yang perlu diketahui kepada para pelajar, seperti yang diminta oleh pihak sekolah.

Bagi merealisasikan hasrat pihak sekolah yang menginginkan pelajar mendapat pendedahan berkenaan adat Melayu

Jadi, kebanyakan aktiviti yang dijalankan dirangka bagi menggalakkan penguasaan bahasa Melayu melalui komunikasi dua hala.

Wakil pelajar 鶹, Hanis Naqeebah berkata dia gembira kerana ini merupakan kali pertama dia menjadi pengacara majlis program mobiliti antarabangsa.

“Sebagaipengacara majlis, saya dapat belajar bagaimana untuk berinteraksi dengan mereka yang sangat kurang pengetahuan Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris.

“Pengalaman ini merupakan sebuah pengalaman yang sangat bernilai kerana program ini telah mengajar saya untuk berfikiran kritis dalam mencari jalan untuk berinteraksi bersama mereka dengan penuh kesabaran,” katanya.

Sebagai simbol penghayatan budaya, semua fasilitator tampil mengenakan pakaian tradisional Melayu, yang bukan sahaja mencerminkan identiti budaya, malah menjadi medium pendidikan tidak formal kepada para peserta.

Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan slot pameran budaya seperti pakaian tradisional, makanan Melayu, adat perkahwinan, negeri-negeri Melayu, alat muzik dan tarian tradisional, serta permainan tradisional Melayu.

Sementara itu, Timbalan Pengetua Nida’Suksasat School Langu, Chamsuddin Darehmin berkata program tersebut bukan sahaja menjadi platform pertukaran budaya, malah dapat memperkenalkan keindahan dan keunikan bangsa Melayu kepada para pelajar.

“Saya melihat program ini telah berjaya memberi impak positif kepada pelajar-pelajar disini. Mereka semua sangat seronok belajar tentang adat serta budaya Melayu yang telah dibawa.

“Saya berharap agar hubungan ukhuwah ini tidak akan berakhir disini dan akan lebih banyak program seperti ini dijalankan pada tahun yang akan datang,” katanya.

The post Pelajar FPI Kongsi Adat dan Budaya Melayu dengan Pelajar di Selatan Thailand appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/pelajar-fpi-kongsi-adat-dan-budaya-melayu-dengan-pelajar-di-selatan-thailand/feed/ 0
鶹 Sokong Inisiatif RM15 Juta Dapur Siswa KPT, Perkukuh Kebajikan dan Kesejahteraan Pelajar /beritaukm/ukm-sokong-inisiatif-rm15-juta-dapur-siswa-kpt-perkukuh-kebajikan-dan-kesejahteraan-pelajar/ /beritaukm/ukm-sokong-inisiatif-rm15-juta-dapur-siswa-kpt-perkukuh-kebajikan-dan-kesejahteraan-pelajar/#respond Tue, 06 Jan 2026 02:54:20 +0000 /beritaukm/?p=4265 Oleh Ts Dr Ahmad Firdhaus Arham BANGI, 6 Januari 2026 – 鶹 menyambut baik pengumuman peruntukan RM15 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim,…

The post 鶹 Sokong Inisiatif RM15 Juta Dapur Siswa KPT, Perkukuh Kebajikan dan Kesejahteraan Pelajar appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Ts Dr Ahmad Firdhaus Arham

BANGI, 6 Januari 2026 – 鶹 menyambut baik pengumuman peruntukan RM15 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, bagi pelaksanaan Dapur Siswa oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman berkata inisiatif itu disifatkan sebagai langkah tepat dan berimpak tinggi dalam menangani tekanan kos sara hidup mahasiswa, khususnya dalam memastikan keperluan asas seperti makanan sentiasa terjamin sepanjang tempoh pengajian.

“Sebagai universiti yang sentiasa mengutamakan kebajikan pelajar, 鶹 telah lebih awal melaksanakan pelbagai inisiatif sokongan secara berstruktur dan berterusan menerusi pendekatan e-Prihatin.

“Antara usaha sedia ada termasuk bantuan kebajikan bersasar, sokongan kesejahteraan mental dan emosi melalui aplikasi HaloKaunselor, serta intervensi segera kepada pelajar yang berdepan kekangan kewangan.

“Pendekatan ini mencerminkan komitmen jelas 鶹 dalam memastikan kebajikan pelajar ditangani secara menyeluruh dan berteraskan nilai ihsan,” katanya.

Tambah beliau, 鶹 juga telah melaksanakan Gerobok Rezeki di fakulti-fakulti sebagai inisiatif perkongsian makanan dan barangan keperluan asas yang boleh diakses oleh pelajar secara berhemah dan bermaruah.

Katanya, di peringkat kolej kediaman pula, pelaksanaan Menu Rahmah telah menyediakan pilihan makanan berkhasiat pada harga mampu milik, sekali gus membantu meringankan beban kewangan harian pelajar.

“Kedua-dua inisiatif ini telah memberi manfaat langsung kepada warga kampus dan menjadi sebahagian daripada ekosistem kebajikan 鶹 yang inklusif,” ujarnya.

Seiring dengan aspirasi Dapur Siswa KPT, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil memaklumkan bahawa 鶹 kini sedang giat merancang pelaksanaan Dapur Siswa 鶹 yang akan ditempatkan di lokasi strategik seperti Pusanika, Masjid 鶹 dan beberapa kolej kediaman.

“Inisiatif ini bakal melengkapkan usaha sedia ada, sekali gus memperkukuh jaringan sokongan makanan pelajar secara lebih tersusun, mampan dan berimpak tinggi,” katanya.

Lebih daripada sekadar penyediaan makanan, beliau berkata keseluruhan inisiatif itu mencerminkan pendekatan holistik 鶹 dalam memelihara kesejahteraan pelajar merangkumi aspek fizikal, emosi dan sosial.

“HEPA 鶹 komited untuk memastikan pelaksanaan setiap inisiatif kebajikan ini dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh agar tiada mahasiswa 鶹 yang tercicir atau berdepan isu kelaparan sepanjang tempoh pengajian.

“鶹 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPT dan Kerajaan Malaysia atas pengenalan inisiatif Dapur Siswa ini.

“Dengan sokongan berterusan semua pihak termasuk alumni, rakan industri dan NGO (badan bukan kerajaan), 鶹 akan terus memperkukuh peranannya sebagai universiti yang prihatin, berdaya tahan dan meletakkan kebajikan mahasiswa sebagai keutamaan utama,” kata beliau.

The post 鶹 Sokong Inisiatif RM15 Juta Dapur Siswa KPT, Perkukuh Kebajikan dan Kesejahteraan Pelajar appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/ukm-sokong-inisiatif-rm15-juta-dapur-siswa-kpt-perkukuh-kebajikan-dan-kesejahteraan-pelajar/feed/ 0
Pelajar Sarjana FSK Ikuti Kerja Lapangan Malaria Zoonotik di Bangkok, Thailand /beritaukm/pelajar-sarjana-fsk-ikuti-kerja-lapangan-malaria-zoonotik-di-bangkok-thailand/ /beritaukm/pelajar-sarjana-fsk-ikuti-kerja-lapangan-malaria-zoonotik-di-bangkok-thailand/#respond Wed, 24 Dec 2025 02:21:40 +0000 /beritaukm/?p=4243 BANGKOK, 10 Disember 2025 – Seorang pelajar Sarjana dari Pusat Kajian Toksikologi dan Risiko Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, 鶹 Abdul Hafiz Zulhaimi telah terpilih menerima penajaan penuh…

The post Pelajar Sarjana FSK Ikuti Kerja Lapangan Malaria Zoonotik di Bangkok, Thailand appeared first on Berita 鶹.

]]>
BANGKOK, 10 Disember 2025 – Seorang pelajar Sarjana dari Pusat Kajian Toksikologi dan Risiko Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan, 鶹 Abdul Hafiz Zulhaimi telah terpilih menerima penajaan penuh daripada Mahidol University, Thailand bagi mengikuti kerja lapangan bersama para penyelidik universiti tersebut di kawasan endemik malaria bagi mempelajari dengan lebih mendalam teknik-teknik lapangan dalam entomologi.

Program ini dianjurkan oleh Mahidol Vivax Research Unit (MVRU), Faculty of Tropical Medicine, Mahidol University, dan merangkumi gabungan aktiviti lapangan intensif di kawasan pedalaman.

Menurut Abdul Hafiz, peluang ini bukan sahaja memperkukuh kemahiran penyelidikannya, tetapi ia juga turut membuka ruang pendedahan dan peluang jaringan profesional yang luas, memandangkan pasukan penyelidikan program ini turut dianggotai oleh penyelidik dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun.

“Program ini bukan sekadar memberikan pendedahan akademik, malah membuka peluang kepada saya untuk memahami realiti sebenar kerja lapangan di kawasan pencil serta membina jaringan dan kerjasama antarabangsa yang bermakna.

“Saya berharap pengalaman berharga ini dapat menjadi pemangkin kepada pengukuhan dan pembangunan penyelidikan Sarjana saya, khususnya dalam bidang vektor malaria zoonotik,” kata Abdul Hafiz.

Menurutnya, program lawatan lapangan di jalankan di beberapa lokasi kajian sekitar sub-daerah Mae Sot, Tha Song Yang, dan Wilayah Tak di Thailand.

“Sepanjang lawatan lapangan, para peserta terlibat dalam pelbagai aktiviti termasuk lawatan ke lokasi kajian bagi tangkapan nyamuk menggunakan kaedah Human Landing Catch (HLC) dan perangkap cahaya CDC, penglibatan dalam kerja-kerja makmal, serta pelaksanaan tinjauan larva nyamuk.

“Pengalaman ini memberikan pendedahan secara langsung terhadap teknik lapangan dalam kajian vektor malaria, di samping meningkatkan kefahaman tentang kaedah menangani cabaran teknikal dan logistik dalam pelaksanaan penyelidikan di kawasan terpencil,” kata Abdul Hafiz.

Dr. Nantha Kumar Jeyaprakasam selaku penyelia utama menyifatkan kejayaan Abdul Hafiz sebagai pencapaian yang signifikan dalam memperkukuh jaringan kolaborasi antarabangsa anatara 鶹 dan Mahidol University, Thailand.

“Kolaborasi ini bukan sahaja mengukuhkan hubungan akademik antara kedua-dua institusi, malah membuka ruang kepada pembangunan penyelidikan bersama yang lebih mampan dalam bidang malaria zoonotik dan entomologi perubatan.

“Kejayaan ini selari dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan dan SDG 17: Kerjasama Demi Matlamat, sekaligus memperkukuh komitmen 鶹 dalam memajukan penyelidikan kesihatan dan pendidikan tinggi melalui kerjasama global,” jelasnya.

Selain menyertai kerja lapangan ini, Dr. Nantha dan Abdul Hafiz turut hadir ke persidangan Joint International Tropical Medicine Meeting (JITMM 2025) yang telah berlangsung di Bangkok.

Bertemakan “Building Bridges for Sustainable Health in a Dividing World”, persidangan ini menekankan keperluan kerjasama global yang bersepadu dalam usaha meningkatkan kesejahteraan komuniti rentan melalui penyelidikan berimpak tinggi, inovasi berteraskan sains, serta pembangunan dasar kesihatan yang mampan.

Dr. Nantha Kumar Jeyaprakasam juga berpeluang membentangkan hasil kajian beliau dalam vektor malaria zoonotic yang bertajuk “Plasmodium cynomolgi and Plasmodium Inui: Emerging Challenges in the Fight against Zoonotic Malaria” pada persidangan JITMM 2025.

The post Pelajar Sarjana FSK Ikuti Kerja Lapangan Malaria Zoonotik di Bangkok, Thailand appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/pelajar-sarjana-fsk-ikuti-kerja-lapangan-malaria-zoonotik-di-bangkok-thailand/feed/ 0