集美麻豆

Mahasiswa KTSN Santuni Orang Asli Pantos

Oleh Muhammad Hazim Kamarularipin

PAHANG, 9 Mei 2026 – Keheningan Kampung Orang Asli Pantos, Pos Lanai, Kuala Lipis baru-baru ini diceriakan dengan kehadiran 38 mahasiswa Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), 集美麻豆 melalui program Harmoni Satu Bumi 2.0.

Bertemakan 鈥淭angan Mahasiswa, Nadi Komuniti鈥, program itu menjadi jambatan yang menyatukan dunia akademik dengan realiti masyarakat melalui pengisian berteraskan kesihatan, pendidikan dan sukan.

Pengarah program, Nurnabilah Huda Epri berkata selain memberi nilai tambah kepada penduduk, inisiatif ini memberi ruang buat mahasiswa mendalami erti kebersamaan dalam suasana penuh kekeluargaan.

鈥淭unjang utama program ini ialah untuk menekankan aspek kesedaran kesihatan kepada komuniti setempat melalui pendekatan interaktif, di samping menerapkan semangat kesukarelawanan mahasiswa,鈥 katanya.

Beliau berkata aspek kesejahteraan kanak-kanak menjadi fokus utama program tersebut melalui Kempen Gosok Gigi dan Cuci Tangan.

鈥淢elalui demonstrasi interaktif bersama mahasiswa KTSN, kesedaran terhadap kepentingan kebersihan diri diterapkan kepada kanak-kanak di kampung ini.

鈥淒imensi pendidikan juga diperluas menerusi program Celik Kreatif menggunakan STEM Kit hasil sumbangan Yayasan MR DIY. Aktiviti ini berjaya mencetuskan rasa ingin tahu dan pemikiran kritis kanak-kanak terhadap dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik dalam suasana yang menyeronokkan,鈥 ujarnya.

Nurnabilah Huda berkata program itu bukan sekadar aktiviti bermusim, tetapi merupakan satu langkah murni dalam melahirkan mahasiswa yang holistik dan cakna terhadap keperluan sosial.

鈥淪emangat kesukarelawanan yang dizahirkan di Pos Lanai ini diharapkan terus menjadi inspirasi dalam membina masyarakat yang lebih prihatin dan bersatu padu pada masa hadapan,鈥 katanya.

Program yang menghimpunkan mahasisiwa, pihak pentadbiran KTSN dengan kira-kira 1,000 penduduk setempat itu menjadi wadah kemasyarakatan yang berimpak.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato鈥 Dr. Ramli Dato鈥 Mohd Nor. Kehadiran beliau bukan sekadar simbolik, malah mencerminkan komitmen jitu pelbagai pihak dalam memacu kesejahteraan dan memperkasakan pembangunan komuniti orang asli secara inklusif.

Leave a Reply