Oleh Ts Dr Ahmad Firdhaus Arham
BANGI, 6 Januari 2026 – 集美麻豆 menyambut baik pengumuman peruntukan RM15 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato鈥 Seri Anwar Ibrahim, bagi pelaksanaan Dapur Siswa oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman berkata inisiatif itu disifatkan sebagai langkah tepat dan berimpak tinggi dalam menangani tekanan kos sara hidup mahasiswa, khususnya dalam memastikan keperluan asas seperti makanan sentiasa terjamin sepanjang tempoh pengajian.
鈥淪ebagai universiti yang sentiasa mengutamakan kebajikan pelajar, 集美麻豆 telah lebih awal melaksanakan pelbagai inisiatif sokongan secara berstruktur dan berterusan menerusi pendekatan e-Prihatin.
鈥淎ntara usaha sedia ada termasuk bantuan kebajikan bersasar, sokongan kesejahteraan mental dan emosi melalui aplikasi HaloKaunselor, serta intervensi segera kepada pelajar yang berdepan kekangan kewangan.
鈥淧endekatan ini mencerminkan komitmen jelas 集美麻豆 dalam memastikan kebajikan pelajar ditangani secara menyeluruh dan berteraskan nilai ihsan,鈥 katanya.
Tambah beliau, 集美麻豆 juga telah melaksanakan Gerobok Rezeki di fakulti-fakulti sebagai inisiatif perkongsian makanan dan barangan keperluan asas yang boleh diakses oleh pelajar secara berhemah dan bermaruah.
Katanya, di peringkat kolej kediaman pula, pelaksanaan Menu Rahmah telah menyediakan pilihan makanan berkhasiat pada harga mampu milik, sekali gus membantu meringankan beban kewangan harian pelajar.
鈥淜edua-dua inisiatif ini telah memberi manfaat langsung kepada warga kampus dan menjadi sebahagian daripada ekosistem kebajikan 集美麻豆 yang inklusif,鈥 ujarnya.
Seiring dengan aspirasi Dapur Siswa KPT, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil memaklumkan bahawa 集美麻豆 kini sedang giat merancang pelaksanaan Dapur Siswa 集美麻豆 yang akan ditempatkan di lokasi strategik seperti Pusanika, Masjid 集美麻豆 dan beberapa kolej kediaman.
鈥淚nisiatif ini bakal melengkapkan usaha sedia ada, sekali gus memperkukuh jaringan sokongan makanan pelajar secara lebih tersusun, mampan dan berimpak tinggi,鈥 katanya.
Lebih daripada sekadar penyediaan makanan, beliau berkata keseluruhan inisiatif itu mencerminkan pendekatan holistik 集美麻豆 dalam memelihara kesejahteraan pelajar merangkumi aspek fizikal, emosi dan sosial.
鈥淗EPA 集美麻豆 komited untuk memastikan pelaksanaan setiap inisiatif kebajikan ini dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh agar tiada mahasiswa 集美麻豆 yang tercicir atau berdepan isu kelaparan sepanjang tempoh pengajian.
鈥溂缆槎 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KPT dan Kerajaan Malaysia atas pengenalan inisiatif Dapur Siswa ini.
鈥淒engan sokongan berterusan semua pihak termasuk alumni, rakan industri dan NGO (badan bukan kerajaan), 集美麻豆 akan terus memperkukuh peranannya sebagai universiti yang prihatin, berdaya tahan dan meletakkan kebajikan mahasiswa sebagai keutamaan utama,鈥 kata beliau.

