Khidmat Masyarakat Archives - Berita 鶹 /beritaukm/category/khidmat-masyarakat/ Portal Berita Universiti Kebangsaan Malaysia Mon, 18 May 2026 03:33:50 +0000 en-US hourly 1 Delegasi 鶹 Sertai eGIP 2026, Cipta Rekod di Pulau Banding /beritaukm/delegasi-ukm-sertai-egip-2026-cipta-rekod-di-pulau-banding/ /beritaukm/delegasi-ukm-sertai-egip-2026-cipta-rekod-di-pulau-banding/#respond Mon, 18 May 2026 03:33:48 +0000 /beritaukm/?p=4688 Oleh Nur Wahieda Safia Mohd Zaini IPOH, 12 Mei 2026 – Program Eco Guardian Initiative 2026 (eGIP) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori “Most Trees Assessed in a…

The post Delegasi 鶹 Sertai eGIP 2026, Cipta Rekod di Pulau Banding appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Nur Wahieda Safia Mohd Zaini

IPOH, 12 Mei 2026 – Program Eco Guardian Initiative 2026 (eGIP) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori “Most Trees Assessed in a Forest Health Monitoring Programme” apabila berjaya melaksanakan pemantauan seribu pokok di Pulau Banding.

鶹 merupakan antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang terlibat melalui penyertaan 10 orang mahasiswa delegasi 鶹, bersama mahasiswa IPT dari seluruh Malaysia menjadikan program ini antara inisiatif kesukarelawanan alam sekitar terbesar di peringkat nasional.

Program ini dianjurkan oleh Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama Majlis Sukarelawan Universiti Awam Malaysia, yang terus memperkukuh jaringan kolaborasi institusi pengajian tinggi dalam agenda kesukarelawanan dan kelestarian alam sekitar negara.

Program ini memberi fokus kepada pemantauan kesihatan hutan melalui pendekatan saintifik merangkumi kajian vegetasi, biodiversiti, pencemaran serta analisis tanah bagi menilai tahap kesihatan ekosistem secara menyeluruh.

Menurut ketua delegasi 鶹, Muhammad Aqil Fahmi Zaid, program ini membuka perspektif baharu terhadap hubungan manusia dan alam sekitar.

“Alam bukan sekadar ruang kehidupan, tetapi satu sistem yang perlu difahami secara ilmiah dan dipelihara secara bertanggungjawab melalui tindakan lapangan,” katanya.

Beliau turut berharap lebih ramai mahasiswa akan terus melibatkan diri dalam program berteraskan kelestarian dan kesukarelawanan berimpak tinggi pada masa akan datang.

Penyertaan delegasi 鶹 dalam eGIP 2026 ini selaras dengan aspirasi institusi pengajian tinggi dalam melahirkan graduan holistik yang memiliki nilai kepimpinan, kesedaran sosial dan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar, jelasnya.

Aqil berkata:”Berbeza dengan kebiasaan kesukarelawanan yang tertumpu kepada interaksi sesama komuniti manusia, eGIP 2026 mengetengahkan pendekatan berasaskan alam sebagai “komuniti hidup” melalui penglibatan langsung peserta dalam ekosistem hutan.

“Pendekatan ini membuka perspektif bahawa alam perlu difahami, dipantau dan dipelihara secara kolektif berasaskan data dan tindakan lapangan.

“Dengan latar biodiversiti Pulau Banding, peserta melalui pengalaman pembelajaran secara langsung yang menggabungkan sains alam sekitar, kerja sukarelawan dan penyelidikan lapangan dalam satu ekosistem pembelajaran berimpak tinggi,” katanya.

Sepanjang program, delegasi 鶹 turut dibimbing oleh pegawai pengiring, Dr. Nurwina Akmal Anuar, yang memainkan peranan dalam memastikan kelancaran aktiviti lapangan serta bimbingan teknikal kepada peserta.

Selain aktiviti penyelidikan, peserta turut melaksanakan aktiviti plogging di sekitar Pulau Banding sebagai simbol komitmen terhadap kelestarian alam sekitar serta pembudayaan gaya hidup hijau dalam kalangan mahasiswa IPT.

Kejayaan mencatat rekod Malaysia Book of Records ini menjadi simbol kolaborasi berskala nasional yang menggabungkan kepakaran, tenaga mahasiswa dan institusi pengajian tinggi dalam usaha pemuliharaan alam sekitar negara.

The post Delegasi 鶹 Sertai eGIP 2026, Cipta Rekod di Pulau Banding appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/delegasi-ukm-sertai-egip-2026-cipta-rekod-di-pulau-banding/feed/ 0
Program Gugah UMBI 2026 Perkasa Pembangunan dan Kelestarian Komuniti Usahawan Mikro /beritaukm/program-gugah-umbi-2026-perkasa-pembangunan-dan-kelestarian-komuniti-usahawan-mikro/ /beritaukm/program-gugah-umbi-2026-perkasa-pembangunan-dan-kelestarian-komuniti-usahawan-mikro/#respond Mon, 18 May 2026 00:18:04 +0000 /beritaukm/?p=4681 Oleh Phoon Li Juan @ Roovasini KUCHING, 15 Mei 2026 – Program Gugah UMBI 2026 yang dianjurkan oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), 鶹, yang diadakan…

The post Program Gugah UMBI 2026 Perkasa Pembangunan dan Kelestarian Komuniti Usahawan Mikro appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Phoon Li Juan @ Roovasini

KUCHING, 15 Mei 2026 – Program Gugah UMBI 2026 yang dianjurkan oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), 鶹, yang diadakan baru-baru ini dapat  memperkasa pembangunan dan kelestarian komuniti usahawan mikro.

Program yang dijalankan di tujuh zon di seluruh Malaysia itu merupakan sebahagian daripada komponen utama projek penyelidikan projek penyelidikan Pembangunan Usahawan Mikro Berbudi Daya (UMBI).

Kajian tersebut tertumpu kepada projek pembelajaran berasaskan khidmat bakti serta pembangunan rumusan pemantauan dan penilaian impak ke atas komuniti usahawan mikro yang berorientasikan makanan dan minuman.

Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang berkata sokongan dan panduan daripada cendekiawan institusi pendidikan tinggi negara dalam membimbing komuniti usahawan mikro adalah sangat penting.

“Resipi ke arah menjadi usahawan mikro yang berbudi daya adalah dengan menambah ilmu pengetahuan dan saya percaya IKMAS telah menjadi satu support system yang baik dalam membimbing usahawan mikro melalui projek ini,” katanya semasa menyampaikan ucapan.

Tambah beliau ilmu pengetahuan yang diberikan akan membantu para usahawan mikro untuk membangunkan potensi diri, memperkasa kemahiran keusahawanan, serta memastikan kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan dalam landskap ekonomi yang semakin mencabar.

Program Gugah UMBI itu ditawarkan secara percuma kepada 1,4000 komuniti usahawan mikro terpilih di seluruh Malaysia.

The post Program Gugah UMBI 2026 Perkasa Pembangunan dan Kelestarian Komuniti Usahawan Mikro appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/program-gugah-umbi-2026-perkasa-pembangunan-dan-kelestarian-komuniti-usahawan-mikro/feed/ 0
Teknologi Biochar APEC: PPTC Jadi Pusat Rujukan Pulihkan Ekosistem Tapak Warisan UNESCO /beritaukm/teknologi-biochar-apec-pptc-jadi-pusat-rujukan-pulihkan-ekosistem-tapak-warisan-unesco/ /beritaukm/teknologi-biochar-apec-pptc-jadi-pusat-rujukan-pulihkan-ekosistem-tapak-warisan-unesco/#respond Fri, 15 May 2026 05:38:03 +0000 /beritaukm/?p=4673 Oleh Dr Ahmad Razi Othman, FKABFoto oleh Mohamad Aizam Adzha Jamaluddin PEKAN, 15 Mei 2026 – Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) melakar sejarah sebagai pusat tumpuan rantau Asia Pasifik menerusi…

The post Teknologi Biochar APEC: PPTC Jadi Pusat Rujukan Pulihkan Ekosistem Tapak Warisan UNESCO appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Dr Ahmad Razi Othman, FKAB
Foto oleh
Mohamad Aizam Adzha Jamaluddin

PEKAN, 15 Mei 2026 – Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) melakar sejarah sebagai pusat tumpuan rantau Asia Pasifik menerusi penganjuran Bengkel Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) yang memfokuskan kepada inovasi teknologi biochar dan perapi tanah bagi tujuan penanaman semula pokok.

Program strategik ini merupakan kolaborasi antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama 鶹 di bawah dana APEC menerusi forum Policy Partnership on Food Security (PPFS).

Projek Projek yang diterajui oleh Dr. Ahmad Razi Othman dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) itu bertujuan menangani isu kemerosotan kualiti tanah melalui penyelesaian berasaskan alam semulajadi.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh dalam ucapannya menekankan kepentingan lokasi penyelidikan tersebut yang bukan sahaja signifikan dari sudut akademik, malah diiktiraf di peringkat global.

“Penganjuran bengkel bertaraf antarabangsa di sini adalah sangat bertepatan memandangkan kedudukan Pusat Penyelidikan Tasik Chini sebagai salah sebuah tapak warisan UNESCO.

“Penggunaan teknologi hijau seperti biochar bukan sekadar inovasi, tetapi tanggungjawab kita dalam memastikan kelestarian ekosistem di kawasan sensitif alam sekitar seperti ini kekal terpelihara untuk generasi akan datang,” ujar beliau.

Bengkel tersebut dihadiri oleh delegasi dari pelbagai negara anggota APEC termasuk Australia, Viet Nam, China, Chinese Taipei, Brunei Darussalam, Thailand, dan Malaysia.

Kehadiran wakil antarabangsa ini membuktikan pengiktirafan dunia terhadap usaha Malaysia dalam menerajui teknologi perapi tanah yang mampu memulihkan kualiti tanah dan mempercepatkan proses penanaman semula hutan serta tanaman pertanian.

Turut hadir memberikan sokongan adalah Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KPKM, Yee Chen Hua; Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF 鶹), Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin dan Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya.

Selain penglibatan akademik, program ini turut diperkukuhkan menerusi sinergi bersama pemain industri gergasi seperti FGV Holdings dan SD Guthrie.

Kerjasama ini turut melibatkan agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, MARDI, Kebuniti Selangor, serta penglibatan bermakna daripada Komuniti Orang Asli Tasik Chini yang menjadi rakan strategik dalam usaha pemuliharaan setempat.

Teknologi biochar yang dihasilkan daripada sisa organik ini dijangka menjadi pemangkin kepada agenda kelestarian global, sekali gus memperkukuhkan peranan Malaysia sebagai hab rujukan teknologi hijau utama di rantau Asia Pasifik.

The post Teknologi Biochar APEC: PPTC Jadi Pusat Rujukan Pulihkan Ekosistem Tapak Warisan UNESCO appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/teknologi-biochar-apec-pptc-jadi-pusat-rujukan-pulihkan-ekosistem-tapak-warisan-unesco/feed/ 0
鶹-Hilti Perkasa Bakat Graduan Menerusi Kajian Kes Industri /beritaukm/ukm-hilti-perkasa-bakat-graduan-menerusi-kajian-kes-industri/ /beritaukm/ukm-hilti-perkasa-bakat-graduan-menerusi-kajian-kes-industri/#respond Fri, 15 May 2026 00:15:47 +0000 /beritaukm/?p=4661 Oleh Dr. Syaima’ Adznan BANGI, 8 MEI 2026 – Seramai tiga orang pelajar dan dua orang pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) telah mengadakan lawatan pendidikan ke Hilti Asia…

The post 鶹-Hilti Perkasa Bakat Graduan Menerusi Kajian Kes Industri appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Dr. Syaima’ Adznan

BANGI, 8 MEI 2026 – Seramai tiga orang pelajar dan dua orang pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) telah mengadakan lawatan pendidikan ke Hilti Asia IT services Sdn Bhd  melalui kursus Global Business Services (GBS).

Program ini merupakan platform utama bagi mahasiswa mendalami ekosistem industri melalui penyelesaian kajian kes sebenar yang diberikan oleh pihak industri.

Selain membentangkan solusi inovatif bagi kes tersebut, pelajar turut mendapat pendedahan realistik mengenai proses perakaunan Procure-to-Pay (P2P) secara menyeluruh.

Menerusi sesi interaktif yang dijalankan, para pelajar berpeluang bergerak dari satu unit ke unit yang lain untuk merasai sendiri pengalaman praktikal proses P2P dari hujung ke hujung (end-to-end).

Pelajar FEP, Nor Amalia Rafie berkata, pengalaman hands-on tersebut membantu beliau memahami dengan lebih jelas aliran kerja kewangan yang tidak dapat dipelajari sepenuhnya di dalam dewan kuliah.

“Melalui sesi floor walk, kami berpeluang melihat sendiri proses kerja di bahagian Vendor Master, Travel & Expenses  dan Invoice Processing yang turut melibatkan pengurusan invois bagi ibu pejabat Hilti di Liechtenstein, German.

“Kami juga menerima pelbagai perkongsian dan nasihat berguna daripada alumni 鶹 yang sedang bekerja di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Perkongsian Perkhidmatan Serantau Hilti, Chong Hon Keun berkata: “Inisiatif ini merupakan pendedahan yang sangat bernilai kepada pelajar untuk memahami realiti pengurusan perniagaan global yang dinamik”.

Beliau turut memuji komitmen para pelajar dalam membentangkan cadangan penyelesaian yang praktikal untuk sektor GBS.

The post 鶹-Hilti Perkasa Bakat Graduan Menerusi Kajian Kes Industri appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/ukm-hilti-perkasa-bakat-graduan-menerusi-kajian-kes-industri/feed/ 0
Mahasiswa KTSN Santuni Orang Asli Pantos /beritaukm/mahasiswa-ktsn-santuni-orang-asli-pantos/ /beritaukm/mahasiswa-ktsn-santuni-orang-asli-pantos/#respond Fri, 15 May 2026 00:13:18 +0000 /beritaukm/?p=4657 Oleh Muhammad Hazim Kamarularipin PAHANG, 9 Mei 2026 – Keheningan Kampung Orang Asli Pantos, Pos Lanai, Kuala Lipis baru-baru ini diceriakan dengan kehadiran 38 mahasiswa Kolej Tun Syed Nasir (KTSN),…

The post Mahasiswa KTSN Santuni Orang Asli Pantos appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Muhammad Hazim Kamarularipin

PAHANG, 9 Mei 2026 – Keheningan Kampung Orang Asli Pantos, Pos Lanai, Kuala Lipis baru-baru ini diceriakan dengan kehadiran 38 mahasiswa Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), 鶹 melalui program Harmoni Satu Bumi 2.0.

Bertemakan “Tangan Mahasiswa, Nadi Komuniti”, program itu menjadi jambatan yang menyatukan dunia akademik dengan realiti masyarakat melalui pengisian berteraskan kesihatan, pendidikan dan sukan.

Pengarah program, Nurnabilah Huda Epri berkata selain memberi nilai tambah kepada penduduk, inisiatif ini memberi ruang buat mahasiswa mendalami erti kebersamaan dalam suasana penuh kekeluargaan.

“Tunjang utama program ini ialah untuk menekankan aspek kesedaran kesihatan kepada komuniti setempat melalui pendekatan interaktif, di samping menerapkan semangat kesukarelawanan mahasiswa,” katanya.

Beliau berkata aspek kesejahteraan kanak-kanak menjadi fokus utama program tersebut melalui Kempen Gosok Gigi dan Cuci Tangan.

“Melalui demonstrasi interaktif bersama mahasiswa KTSN, kesedaran terhadap kepentingan kebersihan diri diterapkan kepada kanak-kanak di kampung ini.

“Dimensi pendidikan juga diperluas menerusi program Celik Kreatif menggunakan STEM Kit hasil sumbangan Yayasan MR DIY. Aktiviti ini berjaya mencetuskan rasa ingin tahu dan pemikiran kritis kanak-kanak terhadap dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik dalam suasana yang menyeronokkan,” ujarnya.

Nurnabilah Huda berkata program itu bukan sekadar aktiviti bermusim, tetapi merupakan satu langkah murni dalam melahirkan mahasiswa yang holistik dan cakna terhadap keperluan sosial.

“Semangat kesukarelawanan yang dizahirkan di Pos Lanai ini diharapkan terus menjadi inspirasi dalam membina masyarakat yang lebih prihatin dan bersatu padu pada masa hadapan,” katanya.

Program yang menghimpunkan mahasisiwa, pihak pentadbiran KTSN dengan kira-kira 1,000 penduduk setempat itu menjadi wadah kemasyarakatan yang berimpak.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands, Dato’ Dr. Ramli Dato’ Mohd Nor. Kehadiran beliau bukan sekadar simbolik, malah mencerminkan komitmen jitu pelbagai pihak dalam memacu kesejahteraan dan memperkasakan pembangunan komuniti orang asli secara inklusif.

The post Mahasiswa KTSN Santuni Orang Asli Pantos appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/mahasiswa-ktsn-santuni-orang-asli-pantos/feed/ 0
鶹 Tuan Rumah Mesyuarat MARISK Bil. 1/2026,  Perkukuh Pengurusan Risiko Universiti Awam /beritaukm/ukm-tuan-rumah-mesyuarat-marisk-bil-1-2026-perkukuh-pengurusan-risiko-universiti-awam/ /beritaukm/ukm-tuan-rumah-mesyuarat-marisk-bil-1-2026-perkukuh-pengurusan-risiko-universiti-awam/#respond Fri, 15 May 2026 00:10:39 +0000 /beritaukm/?p=4653 Oleh Nurul Syafiqah YusmanFoto Izwan Azman BANGI, 12 Mei 2026 – 鶹 menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Pengurusan Risiko Universiti Awam (MARISK) Bilangan 1 Tahun 2026 yang…

The post 鶹 Tuan Rumah Mesyuarat MARISK Bil. 1/2026,  Perkukuh Pengurusan Risiko Universiti Awam appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Nurul Syafiqah Yusman
Foto Izwan Azman

BANGI, 12 Mei 2026 – 鶹 menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Pengurusan Risiko Universiti Awam (MARISK) Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Mercu Sarjana, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP), baru-baru ini.

Mesyuarat tersebut menghimpunkan seramai 29 wakil pengurusan risiko daripada 20 Universiti Awam (UA) seluruh negara bagi membincangkan pelbagai agenda berkaitan pemerkasaan amalan pengurusan risiko dalam Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Penganjuran mesyuarat ini berperanan sebagai platform strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama antara UA, khususnya dalam aspek tadbir urus, kesiapsiagaan organisasi dan daya tahan institusi dalam mendepani cabaran semasa.

Selain menjadi medium perkongsian isu semasa dan amalan terbaik pengurusan risiko, MARISK turut berfungsi sebagai penghubung antara UA, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta pihak berkepentingan lain bagi memastikan pelaksanaan pengurusan risiko yang lebih menyeluruh, sistematik dan berkesan.

Pengerusi MARISK, yang juga merupakan Timbalan Pengarah Pengurusan Risiko, Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH), 鶹,  Prof. Madya Dr. Mohd Hafizuddin Syah Bangaan Abdullah berkata, MARISK perlu terus memainkan peranan penting sebagai platform strategik yang menyumbang kepada pengukuhan tadbir urus dan kelestarian sektor pendidikan tinggi negara.

“Saya nak melihat MARISK ini terus maju ke hadapan dan menyumbang kepada kelestarian sektor pendidikan tinggi Malaysia,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa pengurusan risiko tidak seharusnya dilihat sebagai proses pentadbiran semata-mata, sebaliknya perlu menjadi sebahagian daripada budaya kerja dan asas kepada proses membuatan keputusan di universiti.

“Pembudayaan pengurusan risiko perlu diterapkan dalam setiap pembuatan keputusan, terutamanya keputusan strategik,” katanya.

Menurut beliau lagi, keberkesanan pengurusan risiko di universiti hanya dapat dicapai sekiranya ia difahami sebagai tanggungjawab bersama semua pihak, bukan hanya terletak kepada pejabat risiko atau kepimpinan tertinggi universiti semata-mata.

“Pengurusan risiko di universiti ini bukan tanggungjawab pengarah pejabat risiko atau Naib Canselor, tetapi ia merupakan tanggungjawab seluruh warga universiti. Ia tanggungjawab bersama,” katanya.

MARISK juga komited dalam membudayakan pengurusan risiko sebagai elemen penting dalam proses pembuatan keputusan organisasi, di samping memperluas pelaksanaan program pembangunan kompetensi dan kesedaran berkaitan pengurusan risiko secara berterusan dalam kalangan warga universiti.

Pada sebelah petang, turut diadakan Bengkel Hala Tuju Strategik MARISK 2026–2028 yang memberi fokus kepada perancangan pelan tindakan setiap biro di bawah MARISK. Bengkel tersebut bertujuan memperkemas pelaksanaan strategi organisasi agar lebih tersusun, berfokus dan mampu memberikan impak yang lebih menyeluruh kepada Universiti Awam.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan MARISK dalam memperkukuh budaya tadbir urus dan pengurusan risiko yang proaktif serta selari dengan perkembangan semasa sektor pendidikan tinggi negara.

The post 鶹 Tuan Rumah Mesyuarat MARISK Bil. 1/2026,  Perkukuh Pengurusan Risiko Universiti Awam appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/ukm-tuan-rumah-mesyuarat-marisk-bil-1-2026-perkukuh-pengurusan-risiko-universiti-awam/feed/ 0
Pelajar Sarjana Sains Perubatan 鶹 dipilih Sebagai Duta Penyelidikan Alzheimer Global /beritaukm/pelajar-sarjana-sains-perubatan-ukm-dipilih-sebagai-duta-penyelidikan-alzheimer-global/ /beritaukm/pelajar-sarjana-sains-perubatan-ukm-dipilih-sebagai-duta-penyelidikan-alzheimer-global/#respond Fri, 15 May 2026 00:06:45 +0000 /beritaukm/?p=4650 Oleh Auji Abdul Azhar KUALA LUMPUR, 12 Mei 2026 – Seorang pelajar Sarjana Sains Perubatan, Fakulti Perubatan 鶹 mencatat satu lagi pencapaian membanggakan di peringkat antarabangsa apabila…

The post Pelajar Sarjana Sains Perubatan 鶹 dipilih Sebagai Duta Penyelidikan Alzheimer Global appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Auji Abdul Azhar

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2026 – Seorang pelajar Sarjana Sains Perubatan, Fakulti Perubatan 鶹 mencatat satu lagi pencapaian membanggakan di peringkat antarabangsa apabila dipilih sebagai duta bagi program berprestij The International Society to Advance Alzheimer’s Research and Treatment (ISTAART) di bawah The Alzheimer’s Association bagi sesi 2026/2027.

Pemilihan Zairin Zulaikha Harun mencerminkan pengiktirafan terhadap potensi penyelidik muda Malaysia dalam bidang neurosains, khususnya penyakit Alzheimer dan demensia.

Menurut Zairin Zulaikha, pelantikan itu membuka ruang untuk beliau membawa perspektif penyelidikan dari Malaysia ke peringkat antarabangsa, di samping memperkukuh jaringan saintifik yang boleh memberi manfaat kepada pembangunan penyelidikan tempatan.

“Sebagai duta bagi program ini, saya akan terlibat dalam pelbagai aktiviti profesional, kesukarelawanan dan advokasi, termasuk penyertaan dalam mesyuarat bulanan bersama pakar industri, editor jurnal dan pemimpin bidang Alzheimer.

“Selain itu, saya juga akan terlibat secara langsung sebagai sukarelawan bersama Alzheimer’s Association dalam menguruskan persidangan antarabangsa tahunan dalam sains demensia iaitu Alzheimer’s Association International Conference (AAIC) di London, United Kingdom pada Julai ini,” katanya.

Tambahnya, diperingkat tempatan, beliau turut bertanggungjawab mempromosikan aktiviti dan manfaat ISTAART melalui pembentangan, penglibatan komuniti, serta penggunaan platform digital bagi meningkatkan kesedaran terhadap penyelidikan Alzheimer.

Selain itu, beliau turut mendapat akses kepada persidangan antarabangsa dengan sokongan perjalanan penuh daripada Alzheimer’s Association, latihan pembangunan profesional, bimbingan daripada pakar global, serta peluang membina rangkaian kolaborasi penyelidikan rentas negara. Program ini turut membuka peluang pembangunan kerjaya yang signifikan dalam bidang neurosains.

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Yogeswaran Lokanathan yang merupakan penyelia Zairin Zulaikha menyifatkan kejayaan anak didiknya sebagai bukti keupayaan pelajar 鶹 untuk bersaing di peringkat global serta mencerminkan kekuatan ekosistem penyelidikan di 鶹, khususnya dalam bidang translasi dan penyakit neurodegenerative.

“Pemilihan beliau mencerminkan pengiktirafan terhadap potensi penyelidik muda Malaysia dalam bidang neurosains, khususnya penyakit Alzheimer dan demensia.

“Penyertaan ini juga selari dengan usaha memperkukuh agenda kesihatan global dan kerjasama antarabangsa, sekali gus mempertingkat sumbangan Malaysia dalam bidang penyelidikan Alzheimer yang semakin kritikal di peringkat dunia,” katanya.

Selain Prof Madya Dr Yogeswaran, Zairin Zulaikha yang merupakan pelajar di bawah program Jabatan Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif, turut diselia oleh tiga lagi pensyarah 鶹 iaitu Prof. Madya Dr. Ng Min Hwei, Prof. Madya Dr. Tan Jen Kit dan Dr. Farah Wahida Ibrahim serta seorang dari United Arab Emirates University iaitu  Prof. Madya Dr. Kim Yun Jin.

Program duta tersebut berlangsung selama setahun (2026–2027) dan menghimpunkan 42 penyelidik awal kerjaya mewakili 35 negara dari seluruh dunia untuk terlibat secara aktif dalam komuniti penyelidikan global.

Sepanjang tempoh tersebut, para duta akan memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti saintifik antarabangsa dan institusi tempatan masing-masing.

The post Pelajar Sarjana Sains Perubatan 鶹 dipilih Sebagai Duta Penyelidikan Alzheimer Global appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/pelajar-sarjana-sains-perubatan-ukm-dipilih-sebagai-duta-penyelidikan-alzheimer-global/feed/ 0
Enam Pelajar Pascasiswazah Fakulti Pergigian Sertai Mobiliti Kesihatan Awam Pergigian di Indonesia /beritaukm/enam-pelajar-pascasiswazah-fakulti-pergigian-sertai-mobiliti-kesihatan-awam-pergigian-di-indonesia/ /beritaukm/enam-pelajar-pascasiswazah-fakulti-pergigian-sertai-mobiliti-kesihatan-awam-pergigian-di-indonesia/#respond Fri, 15 May 2026 00:03:16 +0000 /beritaukm/?p=4646 Oleh Zainal Asnawi AsyrafFoto oleh Fakulti Pergigian BANGI, 12 Mei 2026 – Enam pelajar pascasiswazah program Kesihatan Awam Pergigian, Fakulti Pergigian, 鶹 dipilih menyertai program Management of…

The post Enam Pelajar Pascasiswazah Fakulti Pergigian Sertai Mobiliti Kesihatan Awam Pergigian di Indonesia appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Zainal Asnawi Asyraf
Foto oleh Fakulti Pergigian

BANGI, 12 Mei 2026 – Enam pelajar pascasiswazah program Kesihatan Awam Pergigian, Fakulti Pergigian, 鶹 dipilih menyertai program Management of Oral Health Care and Services Mobility Attachment anjuran Universitas Gadjah Mada bagi memberi pendedahan menyeluruh berkaitan pengurusan, tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian di Indonesia.

Program yang diadakan baru-baru ini di Yogyakarta, Indonesia diadakan selaras dengan usaha untuk memperluas pengalaman pembelajaran berasaskan amalan serta meningkatkan kompetensi profesional dalam bidang kesihatan awam pergigian di peringkat global.

Salah seorang peserta, Dr Muhammad Khairil Affandy Rosli berkata program itu berjaya memupuk keupayaan pemikiran kritikal dan analitis dalam kalangan peserta melalui perbandingan sistem kesihatan pergigian antara Indonesia dan Malaysia.

“Program ini memberikan pendedahan antarabangsa yang amat bermakna serta memperluas perspektif kami terhadap pengurusan kesihatan pergigian masyarakat di peringkat global.

“Penglibatan dalam program seperti ini penting bagi pelajar pergigian 鶹 untuk memperluas jaringan antarabangsa serta membentuk sahsiah dan kemenjadian diri yang unggul.” katanya.

Beliau berkata melalui tersebut, peserta didedahkan dengan pengurusan, tadbir urus serta mekanisme pembiayaan perkhidmatan kesihatan pergigian di Indonesia melalui pelbagai sesi akademik dan lawatan institusi.

“Antaranya termasuk lawatan ke pusat kesihatan primer (Puskesmas), hospital pengajaran serta pelaksanaan program kesihatan berasaskan komuniti,” ujarnya.

Selain itu, para peserta turut terlibat secara langsung dalam aktiviti komuniti merangkumi pendidikan kesihatan pergigian dan pelaksanaan intervensi pencegahan penyakit oral dalam kalangan murid sekolah.

Penglibatan ini bukan sahaja memperkukuh kefahaman praktikal peserta terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan pergigian, malah meningkatkan kompetensi profesional dalam aspek promosi kesihatan awam dan penglibatan komuniti.

Program mobiliti ini turut menyediakan platform yang signifikan bagi memperluas jaringan akademik dan profesional melalui sesi pertukaran ilmu bersama ahli akademik Universitas Gadjah Mada serta penyedia perkhidmatan kesihatan tempatan.

Penyertaan dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan Fakulti Pergigian 鶹 dalam memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa serta memperkasa pendidikan pascasiswazah melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) dan mobiliti akademik global.

The post Enam Pelajar Pascasiswazah Fakulti Pergigian Sertai Mobiliti Kesihatan Awam Pergigian di Indonesia appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/enam-pelajar-pascasiswazah-fakulti-pergigian-sertai-mobiliti-kesihatan-awam-pergigian-di-indonesia/feed/ 0
鶹 Raih Pingat di AHIN 2026, Satu-satunya Finalis IPT Kategori Organisasi Terunggul /beritaukm/ukm-raih-pingat-di-ahin-2026-satu-satunya-finalis-ipt-kategori-organisasi-terunggul/ /beritaukm/ukm-raih-pingat-di-ahin-2026-satu-satunya-finalis-ipt-kategori-organisasi-terunggul/#respond Mon, 04 May 2026 03:34:28 +0000 /beritaukm/?p=4621 Oleh Murniati KarimFoto Izwan Azman KUALA LUMPUR, 30 April 2026 — 鶹 menerima Anugerah Organisasi Terunggul (Pengurusan Harta Intelek Terbaik) pada Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2026…

The post 鶹 Raih Pingat di AHIN 2026, Satu-satunya Finalis IPT Kategori Organisasi Terunggul appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Murniati Karim
Foto Izwan Azman

KUALA LUMPUR, 30 April 2026 — 鶹 menerima Anugerah Organisasi Terunggul (Pengurusan Harta Intelek Terbaik) pada Majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2026 (AHIN) yang dianjurkan oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Pencapaian ini meletakkan 鶹 sebagai satu-satunya institusi pengajian tinggi (IPT) yang tersenarai sebagai finalis bagi kategori tersebut yang dianugerahkan pingat Perak. Dalam kategori yang sama, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) merangkul pingat emas dan syarikat animasi Monsta Sdn Bhd memperoleh pingat gangsa.

Pengarah Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi (INOVASI-UKM), Prof. Dr. Sawal Hamid Md Ali berkata penganugerahan ini menunjukkan komitmen berterusan 鶹 dalam pengurusan harta intelek dan keupayaan untuk mengkomersialkan teknologi kepada pasaran dan industri.

“Dalam sesi pembentangan kepada MyIPO, kami mengetengahkan pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan bagi memastikan hasil penyelidikan universiti mampu menembusi pasaran dan memberi impak kepada industri serta masyarakat.

“Penilaian bagi anugerah ini merangkumi keseluruhan ekosistem pengurusan inovasi, bermula daripada proses pendaftaran harta intelek sehinggalah kepada usaha peningkatan nilai dan penskalaan ke arah pengkomersialan.

“Aspek yang dinilai termasuk keupayaan institusi dalam mengurus pendaftaran harta intelek secara sistematik, memperkasa hasil penyelidikan melalui program pembangunan kapasiti serta memastikan inovasi yang dihasilkan dapat diterjemahkan kepada produk atau teknologi yang berpotensi untuk dipasarkan,” katanya.

Selain itu, Profesor dan Pakar Perunding Kanan Ortopedik Hospital Canselor Tuanku Muhriz 鶹, Prof. Dr. Mohd Yazid Bajuri turut meraih pingat gangsa bagi Anugerah Wira Inovatif (Paten) menerusi produk MyB Prosthetic Limb.

Menurut beliau, MyB Prosthetic Limb merupakan inovasi dalam bidang prostetik dan ortotik yang direka khusus untuk individu dengan amputasi bawah lutut melalui syarikat pemula, MyB Innovation Sdn. Bhd.

“Prostetik ini dilengkapi dengan fungsi pergerakan pada sendi buku lali bagi membolehkan pergerakan yang lebih fleksibel dan semula jadi.

“Dengan adanya fungsi ini, pengguna lebih mudah melakukan pergerakan di lantai sama ada untuk solat, yoga dan aktiviti harian lain

“Saya berharap agar produk ini dapat sampai ke masyarakat dan memberi manfaat yang terbaik, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara,” katanya.

Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali.

The post 鶹 Raih Pingat di AHIN 2026, Satu-satunya Finalis IPT Kategori Organisasi Terunggul appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/ukm-raih-pingat-di-ahin-2026-satu-satunya-finalis-ipt-kategori-organisasi-terunggul/feed/ 0
Fakulti Pergigian Perkukuh Agenda Pengantarabangsaan Melalui Mobiliti Mahasiswa /beritaukm/fakulti-pergigian-perkukuh-agenda-pengantarabangsaan-melalui-mobiliti-mahasiswa/ /beritaukm/fakulti-pergigian-perkukuh-agenda-pengantarabangsaan-melalui-mobiliti-mahasiswa/#respond Wed, 29 Apr 2026 05:04:35 +0000 /beritaukm/?p=4603 Oleh Zainal Asnawi Asyraf Zainal AbbidinFoto Fakulti Pergigian KUALA LUMPUR, 28 April 2026 – Fakulti Pergigian 鶹 terus mengukuhkan kecemerlangan akademik dan agenda pengantarabangsaannya menerusi kejayaan penganjuran…

The post Fakulti Pergigian Perkukuh Agenda Pengantarabangsaan Melalui Mobiliti Mahasiswa appeared first on Berita 鶹.

]]>
Oleh Zainal Asnawi Asyraf Zainal Abbidin
Foto Fakulti Pergigian

KUALA LUMPUR, 28 April 2026 – Fakulti Pergigian 鶹 terus mengukuhkan kecemerlangan akademik dan agenda pengantarabangsaannya menerusi kejayaan penganjuran siri Program Mobiliti Mahasiswa ke Indonesia, Vietnam dan Korea Selatan sepanjang bulan April ini.

Inisiatif strategik ini bukan sahaja bertujuan untuk memperluas bidang pembelajaran, malah menjadi platform penting bagi mempamerkan kualiti mahasiswa di peringkat global melalui pendedahan klinikal dan integrasi teknologi pergigian terkini.

Dekan Fakulti Pergigian, Prof. Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom berkata sokongan penuh akan sentiasa diberikan terhadap agenda pengantarabangsaan pelajar dealam melahirkan graduan yang kompetitif, holistik dan berfikiran global.

“Inisiatif ini merupakan langkah berterusan fakulti dalam memacu kecemerlangan akademik di peringkat global.

“Selain membina rangkaian akademik yang kukuh antara Fakulti Pergigian 鶹 dengan universiti-universiti ternama dunia, program ini terbukti mampu membina kemenjadian diri mahasiswa yang lebih cemerlang,” katanya.

Siri mobiliti itu dimulakan dengan kunjungan enam mahasiswa ke Fakultas Kedokteran Gigi, Universitas Mahasaraswati, Bali, Indonesia pada 6 hingga 10 April yang lalu, dengan sesi lawatan ke Klinik Prostodontik, Klinik Pergigian Operatif, Klinik Oral & Maksilofasial, Klinik Endodontik serta Dewan Bedah Utama.

Selain latihan teknikal menerusi bengkel ‘Hands-On’, para mahasiswa turut melaksanakan aktiviti Pendidikan Kesihatan Mulut di peringkat pra-sekolah sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial dan pendedahan kepada kesihatan komuniti.

Dalam tempoh yang sama juga, seramai empat mahasiswa yang lain dihantar ke Seoul National University Dental Hospital, Korea Selatan melalui program Global Dental Leadership & Clinical Excellence Mobility: The SNU-UKM Strategic Exchange 2026 bagi menjalani latihan externship yang intensif.

Fokus utama di Seoul adalah untuk melihat dengan lebih dekat amalan klinikal terbaik serta integrasi teknologi digital terkini di Jabatan Prostodontik serta Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial (OMFS).

Sementara itu, pada 13 hingga 17 April 2026 pula, lima lagi mahasiswa telah menyertai program mobiliti ke Universiti Perubatan dan Farmasi Ho Chi Minh City, Vietnam, dengan memberi tumpuan kepada pertukaran amalan klinikal dan tinjauan teknikal ke makmal-makmal kepakaran khususnya dalam bidang Prostodontik dan Pembedahan Mulut, sekali gus memperkaya ilmu melalui interaksi bersama tenaga pengajar antarabangsa.

Pendedahan yang diterima oleh mahasiswa sepanjang mobiliti tersebut amat penting bagi memastikan mahasiswa pergigian 鶹 sentiasa relevan dengan perkembangan revolusi perubatan di peringkat dunia.

The post Fakulti Pergigian Perkukuh Agenda Pengantarabangsaan Melalui Mobiliti Mahasiswa appeared first on Berita 鶹.

]]>
/beritaukm/fakulti-pergigian-perkukuh-agenda-pengantarabangsaan-melalui-mobiliti-mahasiswa/feed/ 0