¼¯ÃÀÂé¶¹

¼¯ÃÀÂé¶¹Shape

(Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional)

Bahagian Pembangunan Perniagaan

Muhammad Haniff Bin Rahmat

Ketua Bahagian

Bidang Tugas

â–¸Menerajui keseluruhan fungsi pembangunan perniagaan dan jaringan strategik bagi semua projek komersial akademik dan bukan akademik, termasuk penyelarasan pembangunan projek, pematuhan kelulusan dan tadbir urus, pemantauan pelaksanaan, serta memastikan penyampaian hasil kerja yang berkualiti selaras dengan keperluan pasaran dan hala tuju organisasi.

Unit Pembangunan Perniagaan dan Jaringan

Fokus

Pembangunan perniagaan, kolaborasi, dan peluang perniagaan baharu.

Kriteria Permohonan:

🙓 Permohonan jalinan kerjasama strategik, Memorandum Persefahaman (MoU), atau Memorandum Perjanjian (MoA) dengan pihak luar/industri.
🙓 Pembentangan kertas cadangan usahasama perniagaan atau penajaan korporat.
🙓 Jemputan rasmi untuk mesyuarat perniagaan, lawatan penanda aras, acara libat urus (engagement), atau program jaringan (networking).
🙓 Pertanyaan atau permohonan maklumat berkaitan rakan strategik sedia ada di bawah ¼¯ÃÀÂé¶¹Shape

Nur Farhana binti Jaafar Sidek

Ketua Unit

Bidang Tugas

â–¸Menyelia fungsi unit sebagai saluran kemasukan utama bagi semua projek komersial akademik dan bukan akademik, dengan memastikan penyelarasan yang berkesan, pengurusan hubungan pihak berkepentingan yang sistematik, serta kelancaran pelaksanaan inisiatif selaras dengan keperluan pasaran dan hala tuju strategik organisasi.

Farah Fatin binti Ab Manam

Penolong Pendaftar

Bidang Tugas

â–¸Perancangan, penerokaan dan pengembangan projek-projek pembangunan perniagaan dibawah kategori program akademik dan bukan-akademik, selaras dengan keperluan pasaran dan hala tuju strategik organisasi.

Norlijah Binti Kadiron

Administrative Assistant

Bidang Tugas

â–¸Bertanggungjawab menyokong urusan pentadbiran harian Bahagian Pembangunan Perniagaan , termasuk mengurus surat-menyurat, menyediakan dokumen berkaitan, menyelaras jadual mesyuarat, serta memastikan pengurusan fail dan rekod dilaksanakan dengan teratur, cekap, dan sistematik bagi menyokong kelancaran operasi Bahagian.

Unit Analisis Perniagaan

Fokus

Semakan, unjuran, pengumpulan data, dan perancangan strategik perniagaan.

Kriteria Permohonan:

🙓 Permohonan semakan, pindaan, atau pewujudan kos pengoperasian program dan yuran program secara komersial.
🙓 Permohonan laporan analisis pasaran, kajian kebolehlaksanaan (feasibility study), atau daya maju perniagaan.
🙓 Permintaan perkongsian data statistik, laporan prestasi perniagaan, atau risikan pasaran (market intelligence).
🙓 Permohonan penilaian risiko perniagaan (business risk assessment) bagi cadangan projek atau produk baharu.
🙓 Maklum balas atau semakan kewangan strategik yang melibatkan perkhidmatan di bawah Bahagian Pembangunan Perniagaan.

Khairul Naqibah binti Mohamad Rais

Ketua Unit

Bidang Tugas

â–¸Menyelaras fungsi unit secara menyeluruh, khususnya dalam menyediakan analisis daya maju kewangan yang komprehensif bagi inisiatif penjanaan pendapatan, merangka strategi harga atau yuran yang mampan dan berdaya saing, serta mengenal pasti, menilai dan mengurus risiko perniagaan dari sudut kewangan dan operasi.

Muhammad Syahmi Aiman bin Mohd Suhaini

Penolong Pegawai Tadbir

Bidang Tugas

â–¸Bertanggungjawab menyediakan sokongan analisis dan pentadbiran bagi pembangunan program serta projek penjanaan pendapatan seperti:

Nur Shafika Aiman binti Amanan

Penolong Pegawai Tadbir

Bidang Tugas

â–¸Bertanggungjawab menyediakan sokongan analisis dan pentadbiran bagi pembangunan program serta projek penjanaan pendapatan seperti:

Unit Pembangunan Program dan Projek

Fokus

Penyelarasan, pelaksanaan, dan pemantauan projek atau program berstruktur.

Kriteria Permohonan:

🙓 Penyerahan kertas kerja atau kertas cadangan bagi penawaran program akademik dan bukan akademik secara komersial, penganjuran program jangka pendek atau projek perniagaan baharu (penawaran umum yang tidak melibatkan pihak ketiga).
🙓 Permohonan khidmat nasihat, bantuan pengurusan, atau penyelarasan pelaksanaan projek di bawah ¼¯ÃÀÂé¶¹Shape.
🙓 Penghantaran dokumen projek seperti laporan kemajuan (progress report), status pelaksanaan, atau laporan pascanilai program.
🙓 Permohonan dan pertanyaan status kelulusan, gerak kerja, atau pemantauan belanjawan bagi projek-projek yang sedang berjalan.

Nurul Afiqah binti Omar

Ketua Unit

Bidang Tugas

â–¸Bertanggungjawab menyelia dan memastikan semua aktiviti pengkomersialan, projek, atau program kerjasama memperoleh kelulusan sewajarnya (advanced approval) di setiap peringkat melalui pemantauan pematuhan proses kelulusan, pelaksanaan analisis kebolehlaksanaan, serta mendapatkan persetujuan pemegang taruh sebelum operasi dimulakan, termasuk penyelarasan bersama Fakulti/Institut/Pusat (F/I/P).

Normaulida binti Anis Candra

Penolong Pendaftar

Bidang Tugas

â–¸Bertanggungjawab menyelaras dan memantau keseluruhan senarai semak pelaksanaan aktiviti pengkomersialan sebelum sesuatu projek atau program dilaksanakan, termasuk:

Alamat ¼¯ÃÀÂé¶¹Shape

Waktu Operasi Kaunter

Borang Perhubungan ¼¯ÃÀÂé¶¹Shape​

Peta ¼¯ÃÀÂé¶¹Shape​