Ό―ΓΐΒιΆΉ

loader image

π…πŽπ‘π”πŒ ππ„πŒπ”π‹πˆπ‡π€π‘π€π€π π“π„π‘π€π“π€πˆ: ππ„π‘πŠπŽππ†π’πˆπ€π πŠπ‡π€π’ 𝐈𝐊𝐎𝐍 π”π“π€πŒπ€ π“π€π’πˆπŠ π‚π‡πˆππˆ

Pada 15 Januari 2025 (Rabu), Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah menganjurkan Forum Pemuliharaan Teratai: Ikon Utama Tasik Chini dengan menampilkan Prof. Dato’ Seri Dr. Mushrifah Idris, Profesor Kehormat, ALAF-UKM dan Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-UKM bertempat di Pusat Kemudahan, KAB.

Forum ini bertujuan untuk mengupas mengenai kepentingan memelihara dan memulihara teratai serta kesannya kepada ekosistem tasik. Perkongsian dalam sesi forum ini bukan hanya sekadar sesi perkongsian ilmu namun ianya merupakan pendedahan awal kepada para pelajar Kolej Aminuddin Baki (KAB) yang akan melaksanakan aktiviti amali dengan menanam sendiri bunga teratai di Tasik Chini semasa lawatan ke PPTC yang dijadualkan berlangsung pada Februari nanti.

Para pelajar yang hadir telah diberikan pendedahan awal bagi persiapan aktiviti menanam teratai meliputi kaedah dan prosedur yang tepat di mana program ini bakal melibatkan penyertaan seramai 80 orang pelajar Kolej Aminuddin Baki.

ALAF-UKM menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada pihak Kolej Aminuddin Baki di atas penganjuran forum yang amat bermakna ini.

 

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal Ό―ΓΐΒιΆΉ (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Ό―ΓΐΒιΆΉ Bangi, Selangor, Malaysia
/alafukm/
Tel:Β 03-8911 8515Β | Faks:Β 03-8911 8516
·‘³Ύ±π±τ:Μύ±θ²΅³σ²Ή±τ²Ή΄Ϊ°ͺ³ά°μ³Ύ.±π»ε³ά.³Ύ²β

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.myΒ Β 

Waktu Operasi

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Media Sosial

IMAN ILMU AMAL

PUSAT PENYELIDIKAN DAN Makmal di bawah ALAF-UKM

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Β© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal Ό―ΓΐΒιΆΉ