Ό―ΓΐΒιΆΉ

loader image

πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ 𝐀𝐋𝐀𝐅-π”πŠπŒ πŠπ„ ππ€π‡π€π†πˆπ€π ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πŒπ”π™πˆπŠ, π‘π“πŒ

Pada 8 Januari 2025 (Rabu), ALAF-UKM telah mengadakan Kunjungan hormat ke Bahagian Perkhidmatan Muzik, Radio Televisyen Malaysia (RTM), bertempat di Angkasapuri Kota Media, RTM. Kunjungan ini bertujuan untuk melihat potensi kerjasama penganjuran Teater Muzikal Puteri Gumum, Mitos Rizab Biosfera Tasik Chini UNESCO.

Kunjungan ini melibatkan sesi perbincangan mendalam dengan pakar seni muzik RTM, yang diwakili oleh:
  • En. Luqman bin Abdul Aziz, Ketua Ahli Muzik (Seksyen Ahli Muzik),
  • En. Leonard Yeap Lin Soon, Timbalan Ketua Penggubah Lagu,
  • serta beberapa pegawai daripada Seksyen Ahli Muzik.
Delegasi ALAF-UKM pula diketuai oleh:
  • Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa’ariwijaya, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Tasik Chini,
  • Prof. Dato’ Sri Dr. Mushrifah Idris, Profesor Kehormat Ό―ΓΐΒιΆΉ dan Lantikan Gig Akademik ALAF-UKM,
  • En. Ahmad Mustaqim Zolkafali, Ketua Pentadbiran ALAF-UKM,
  • serta beberapa pegawai lain daripada ALAF-UKM.
Teater muzikal Tasik Chini diilhamkan untuk menghidupkan semula nilai sejarah, mitos, dan keindahan ekosistem Tasik Chini melalui gabungan elemen seni kreatif. Pementasan ini bakal mengetengahkan kisah penuh inspirasi yang membawa penonton menyelami mesej pemeliharaan alam sekitar serta kepentingan budaya tempatan dengan pendekatan yang inovatif dan menghiburkan.
Μύ
Melalui penceritaan dramatik dan persembahan muzik, teater ini dijangka menjadi jambatan yang menghubungkan seni persembahan dengan isu konservasi alam sekitar. Kunjungan hormat ini merupakan langkah awal yang penting dalam menjalin sinergi antara dunia akademik dan industri seni, menjadikan seni persembahan sebagai medium pendidikan dan kesedaran yang berkesan.
Μύ

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal Ό―ΓΐΒιΆΉ (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Ό―ΓΐΒιΆΉ Bangi, Selangor, Malaysia
/alafukm/
Tel:Μύ03-8911 8515Μύ| Faks:Μύ03-8911 8516
Emel:Μύpghalaf@ukm.edu.my

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.myΜύΜύ

Waktu Operasi

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Media Sosial

ILMU, MUTU DAN BUDI

PUSAT PENYELIDIKAN DAN Makmal di bawah ALAF-UKM

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Β© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal Ό―ΓΐΒιΆΉ