Ό―ΓΐΒιΆΉ

loader image

ππ„ππ†πŠπ„π‹ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 π‰π€π–π€π“π€ππŠπ”π€π’π€ π’πŽπŠπŽππ†π€π 𝐀𝐋𝐀𝐅-π”πŠπŒ πŸπŸŽπŸπŸ“

Pada 21 dan 22 Januari 2024, ALAF-UKM telah menganjurkan Bengkel Pengurusan & Jawatankuasa Sokongan ALAF-UKM bertempat di Bangi Resort Hotel. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah dipengerusikan oleh Pengarah ALAF-UKM, Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin yang turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Dato’ Sri Dr. Mushrifah Idris, Prof. Kehormat dan Penasihat ALAF-UKM, YBhg. Prof. Dr. Zaidi Che Cob, Timbalan Pengarah (Pembangunan dan Strategi) serta Pn. Hir Yanti Md Tahir, Timbalan Pengarah (Instrumentasi dan Perkhidmatan Makmal).

Bengkel kali ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan & Inovasi Ό―ΓΐΒιΆΉ, yang telah meluangkan masa memberikan amanat, sokongan dan dorongan kepada ALAF-UKM. Dalam ucapan amanat beliau, beliau menekankan peri pentingnya ALAF-UKM sebagai pemacu utama kepada usaha penyelidikan inovatif dan penghasilan impak yang signifikan kepada universiti serta menzahirkan harapan agar ALAF-UKM terus mengekalkan kecemerlangan pada tahun 2025.

Melalui pelbagai inisiatif yang telah dirangka, bengkel ini menggariskan pelan yang menyeluruh dan dinamik untuk tahun 2025 dan perancangan jangka masa panjang ALAF yang meliputi penekanan kepada perancangan setiap makmal, pengukuhan jaringan kerjasama, inovasi dalam perkhidmatan makmal, strategi promosi serta pelaksanaan program yang memanfaatkan buat komuniti akademik serta masyarakat umum.

Dengan penganjuran bengkel ini, ALAF-UKM terus optimis untuk mengorak langkah ke hadapan dengan keyakinan dan komitmen yang lebih tinggi bagi memastikan keberlangsungan kecemerlangan dalam semua aspek.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal Ό―ΓΐΒιΆΉ (ALAF-UKM)
Aras 2, Kompleks Penyelidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Ό―ΓΐΒιΆΉ Bangi, Selangor, Malaysia
/alafukm/
Tel:Β 03-8911 8515Β | Faks:Β 03-8911 8516
·‘³Ύ±π±τ:Μύ±θ²΅³σ²Ή±τ²Ή΄Ϊ°ͺ³ά°μ³Ύ.±π»ε³ά.³Ύ²β

@Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Jalan Tasik Chini
26690 Pekan Pahang
/pptc/
Tel: 09-456 0105 (Chini)
Emel: pptc@ukm.edu.myΒ Β 

Waktu Operasi

Isnin – Khamis | Monday – Thursday
08:00 – 17:00
(13:00-14:00 Rehat/Rest)

Jumaat | Friday
08:00 – 17:00
(12:15-14:45 Rehat/Rest)

Hari Minggu / Cuti Umum
Weekend / Public Holiday
Tutup / Close

Media Sosial

ILMU, MUTU DAN BUDI

PUSAT PENYELIDIKAN DAN Makmal di bawah ALAF-UKM

© Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Β© 2025 Pusat Penyelidikan Tasik Chini
Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal Ό―ΓΐΒιΆΉ