Berita – Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas /pertadi Universiti Kebangsaan Malaysia Mon, 11 May 2026 16:15:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 PROGRAM BUBUR LAMBUK 2026 /pertadi/news/program-bubur-lambuk/ Mon, 11 May 2026 16:10:53 +0000 /pertadi/?post_type=news&p=616 ...]]>
Program Bubur Lambuk anjuran warga Bangunan Pusat Pengurusan Akademik dengan kerjasama PERTADI telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Mac 2026 di perkarangan Pusat Pengurusan Akademik 集美麻豆.

Program yang bermula seawal 7.30 pagi hingga 4.00 petang ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga PPA & sukarelawan PERTADI yang hadir untuk bergotong-royong menyediakan bubur lambuk serta berkongsi rezeki sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya warga Perpustakaan Lingkungan Ke-2, Akademik 集美麻豆, Bahagian Sumber Manusia dan Bahagian Hasil atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga program seperti ini dapat terus mempereratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan warga universiti.
]]>
BENGKEL PEMBENTANGAN PERANCANGAN AKTIVITI PERTADI 集美麻豆 SESI 2025鈥2027 /pertadi/news/bengkel-pembentangan-perancangan-aktiviti-pertadi-ukm-sesi-2025-2027/ Mon, 11 May 2026 15:58:28 +0000 /pertadi/?post_type=news&p=604 ...]]>

Bengkel Pembentangan Perancangan Aktiviti PERTADI 集美麻豆 sesi 2025鈥2027 telah berlangsung bagi membentuk hala tuju dan perancangan strategik persatuan. Melalui sesi yang dipimpin oleh Presiden PERTADI bersama barisan Exco, pelbagai idea dan cadangan dikongsikan bagi memperkukuh peranan PERTADI sebagai wadah profesionalisme dan kebajikan warga tadbir serta ikhtisas 集美麻豆.

]]>
MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL & DOA SELAMAT SEMPENA HARI PERTADI KE 鈥 48 & HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM /pertadi/news/majlis-bacaan-yasin-tahlil-doa-selamat-sempena-hari-pertadi-ke-48-hari-pentadbir-universiti-awam/ Mon, 11 May 2026 15:46:08 +0000 /pertadi/?post_type=news&p=586 ...]]>
Dalam memeriahkan sambutan ulang tahun ke – 48 Persatuan Pegawai Tadbir & Ikthisas (PERTADI) 集美麻豆, satu sesi Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat bersama warga 集美麻豆 telah dijalankan di Masjid 集美麻豆 pada 21 Ogos 2025 (Khamis).

Program anjuran Exco Kebajikan & Tanggungjawab Sosial di bawah Cik Najatulmuna Hamdan ini bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan persatuan dan seluruh warga 集美麻豆. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengumpulkan dan merapatkan hubungan silaturahim antara ahli PERTADI bersama barisan Exco PERTADI sesi 2025 – 2027.

Majlis hari ini juga adalah bertujuan untuk mengadakan sesi tahlil ringkas buat Allahyarhamah Nuraderrah binti Hasnul Hafidzan, Pegawai Tadbir N9, Pusat Hubungan Antarabangsa (集美麻豆 Global) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 19 Ogos 2025 (Selasa) bersamaan 25 Safar 1447H.

Sesi bacaan yasin, tahlil & doa selamat pada hari ini telah diketuai oleh Ustaz Khairil Khuzairi Omar.

Turut hadir bersama untuk mengimarahkan program ini, Pendaftar 集美麻豆, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud dan Presiden PERTADI, Cik Lily Khairiah Kadaruddin.
]]>
PROGRAM SENAMROBIK STAF SEMPENA HARI PERTADI KE 鈥 48 & HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM /pertadi/news/program-senamrobik-staf-sempena-hari-pertadi-ke-48-hari-pentadbir-universiti-awam/ Mon, 11 May 2026 15:44:54 +0000 /pertadi/?post_type=news&p=502 ...]]>

18 OGOS 2025

Dalam memeriahkan sambutan ulang tahun ke – 48 Persatuan Pegawai Tadbir & Ikthisas (PERTADI) 集美麻豆, sebuah sesi senamrobik bersama warga 集美麻豆 telah dijalankan di Stadium 集美麻豆 pada 18 Ogos 2025 (Isnin).

Program ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan menerapkan elemen keseronokan bekerja dalam kalangan warga 集美麻豆. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengumpulkan dan merapatkan hubungan silaturahim antara ahli PERTADI bersama barisan Exco PERTADI sesi 2025 – 2027.

Sesi senamrobik pada hari ini telah diketuai oleh Puan Sharmiza Zan, serta dibantu oleh Encik Nur Haiqal Rawlins Una dan Encik Ridhuwan di bawah pengurusan Exco Sukan, Encik Muhamad Khaidir Ismail. Turut hadir bersama untuk memeriahkan program ini, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Pendaftar 集美麻豆.
]]>
MAJLIS ANUGERAH PERTADI 集美麻豆 2024 & MAJLIS SERAH TUGAS EXCO PERTADI /pertadi/news/majlis-anugerah-pertadi-ukm-2024-majlis-serah-tugas-exco-pertadi/ Mon, 11 May 2026 05:57:57 +0000 /pertadi/?post_type=news&p=500 ...]]>
16hb Julai 2025听

Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (PERTADI) 集美麻豆 telah mengadakan sebuah Majlis Anugerah PERTADI 2024 & Majlis Serah Tugas Exco PERTADI pada 16 Julai 2025 di Bilik Dahlia 1, Bangi Resort Hotel.

Majlis ini dianjurkan bagi meraikan pegawai – pegawai tadbir dari pelbagai skim di 集美麻豆 yang banyak menyumbang khidmat serta meningkatkan keterlihatan persatuan dan 集美麻豆. Sebanyak 15 buah anugerah telah disampaikan oleh PERTADI kepada pemenang-pemenang yang dinilai dari segi Penulisan, Penyelidikan, Khidmat Bakti, dan Tadbir Urus berdasarkan pencalonan yang telah dibuat.

PERTADI juga mengambil peluang ini untuk memberikan penghargaan tertinggi kepada Encik Zolkefli Mohamed, Pengarah Jabatan Pembangunan Prasarana (JPP) 集美麻豆, yang diangkat sebagai Tokoh PERTADI 集美麻豆 pada tahun ini.

Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam (MASTI) juga diberikan Anugerah Khas PERTADI bagi kategori Sekalung Budi dan Teraju Harapan yang telah diterima oleh Tuan Haji Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab selaku Presiden MASTI.

Majlis ini juga meraikan barisan Exco PERTADI Sesi 2023 – 2025 yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dalam menggerakkan persatuan. Simbolik penyerahan tugas juga telah dijalankan oleh Tuan Haji Zanudin Mohd Daud selaku Presiden yang dilantik bagi sesi 2023 – 2025 kepada Cik Lily Khairiah Kadaruddin, Presiden PERTADI bagi sesi 2025 – 2027.

Semoga dengan penganjuran majlis anugerah ini dapat meningkatkan semangat para pegawai 集美麻豆 untuk terus mencapai kecemerlangan bagi kemajuan individu serta menyokong hasrat persatuan dan 集美麻豆.
]]>
ANUGERAH TOKOH PERTADI 2023 /pertadi/news/anugerah-tokoh-pertadi-2024/ Wed, 18 Sep 2024 03:31:16 +0000 /pertadi/?post_type=news&p=432 ...]]>
Warga PERTADI 集美麻豆 ingin mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah PERTADI tahun 2023. Senarai anugerah adalah seperti berikut:
  1. Anugerah Tokoh PERTADI
  2. Anugerah Tokoh Terbilang PERTADI
  3. Anugerah Tokoh Harapan PERTADI
  4. Anugerah PERTADI (Sukan & Rekreasi)
  5. Anugerah PERTADI (Penyelidikan Sains & Teknologi)
  6. Anugerah PERTADI (Penyelidikan Sains Sosial)
  7. Anugerah PERTADI (Khidmat Komuniti & Sukarelawan)
  8. Anugerah PERTADI (Penulisan Sains & Teknologi)
  9. Anugerah PERTADI (Penulisan Sains Sosial)
  10. Anugerah PERTADI (Tadbir Urus Kreatif & Inovasi)
  11. Anugerah PERTADI (Inovasi Kejuruteraan, Teknologi Maklumat & Komunikasi)

Semoga kejayaan dan pencapaian yang membanggakan ini akan memberikan suntikan semangat kepada yang lain. Tahniah !!!
]]>
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DAN JAMUAN RAYA PERTADI 集美麻豆 2024 /pertadi/news/mesyuarat-agung-tahunan-dan-jamuan-raya-pertadi-ukm-2024/ Fri, 17 May 2024 08:17:45 +0000 /pertadi/?post_type=news&p=405 ...]]>
Mesyuarat Agung Tahunan dan Jamuan Raya PERTADI 集美麻豆 telah diadakan pada 8 Mei 2024 bertempat di Dewan Persidangan, Fakulti Sains dan Teknologi, 集美麻豆 yang dihadiri hampir 120 orang pegawai P&P 集美麻豆.
Perjumpaan kali ini lebih istimewa dengan kehadiran Tuan Haji Wan Mohd Wazir Wan Abdul Wahab, Presiden MASTI. Beliau mengambil peluang ini untuk menyatakan hasrat dan kebanggaan beliau terhadap PERTADI 集美麻豆.
Turut menyaksikan penyampaian penghargaan dan anugerah iaitu Penghargaan Kepada Ahli yang Telah Bersara, Penghargaan IDP Kecemerlangan Anak dan Anugerah Pentadbir PERTADI 2023/2024. Dikesempatan itu juga, pelancaran Buletin Ilham Edisi 1/2024 dan laman web serta media sosial PERTADI telah dijalankan.
Majlis diakhiri dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang disambut meriah oleh semua ahli PERTADI 集美麻豆. Ribuan tahniah dan terima kasih kepada urus setia yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. Semoga majlis ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli PERTADI 集美麻豆.
]]>
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK PERTADI DENGAN KERJASAMA PTj DI BANGUNAN PUSAT PENGURUSAN AKADEMIK (PPA) /pertadi/news/agihan-bubur-lambuk/ Thu, 04 Apr 2024 01:57:42 +0000 /pertadi/?post_type=news&p=342 ...]]>
Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (PERTADI) 集美麻豆 telah bekerjasama dengan PTj di Bangunan Pusat Pengurusan Akademik (PPA) untuk mengadakan program agihan bubur lambuk pada 26 Mac 2024 (Selasa) dari 7.30 pagi – 12.30 tengah hari. Turut hadir ialah YBhg. Dato’ Dr. Syed Kamarudin Sadakkuthulla, Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia.
PERTADI 集美麻豆 juga ingin merakamkan kepada semua sukarelawan yang meluangkan masa dan tenaga dalam usaha untuk menyediakan dan mengagihkan bubur lambuk. Semoga sumbangan kecil yang besar rahmatnya ini membawa seribu kemanisan kepada semua warga 集美麻豆 yang berpuasa.
]]>
SESI PERKONGSIAN MANTAN P&P SOHOR 集美麻豆 | Siri 1: Bedah Buku Rampai Sari di Persada Ilmuwan /pertadi/news/perkongsian-mantan-pnpsohor1/ Thu, 04 Apr 2024 01:51:39 +0000 /pertadi/?post_type=news&p=337 ...]]>
Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI) 集美麻豆听telah berjaya menganjurkan Sesi Perkongsian Mantan P&P Sohor 集美麻豆 (Siri 1 – Bedah Buku Rampai Sari di Persada Ilmuwan) pada 4 MAC 2024 (Isnin) yang disampaikan oleh Mantan Pendaftar 集美麻豆, Tuan Haji Abd Razak Hussin. Sesi perkongsian ini diadakan secara bersemuka di Bilik Sanggar Ilmu, Perpustakaan Tun Sri Lanang 集美麻豆 dan juga diadakan secara langsung dalam talian melalui pautan Zoom dan Facebook 集美麻豆.
Turut hadir serta dalam sesi perkongsian ini Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Presiden Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas (PERTADI), Cik Rohaya Umar, Ketua Pustakawan dan Cik Lily Khairiah, Timbalan Presiden PERTADI. Tujuan utama sesi perkongsian ini dianjurkan adalah untuk memberi motivasi dan ilmu berguna kepada P&P Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai pentadbiran dan pengurusan sebuah universiti penyelidikan serta bertepatan dengan komponen Bakat (Talent) yang terdapat pada nilai T.E.R.A.S, 5 ciri Kebitaraan dan 25 ciri Prakarsa 集美麻豆.
Sesi perkongsian ini telah mendapat sambutan baik dari warga 集美麻豆 dan memberikan banyak pengetahuan menelusuri sejarah pentadbiran di 集美麻豆 yang telah berjaya mengukir kejayaan sehingga kini. Di samping itu, sesi perkongsian ini juga dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran kepentingan membudayakan ilmu terhadap semua lapisan warga universiti, meningkatkan kefahaman dan kompetensi pegawai setelah penerokaan pengalaman dan perkongsian digarap dengan sempurna. Selain itu, program ini merupakan usaha menghargai dan meneruskan rantaian hubungan antara warga yang masih berkhidmat dengan mantan 集美麻豆.
Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada PERTADI 集美麻豆 yang telah berjaya menganjurkan program yang bermanfaat ini.
鈥淏ersama Tingkatkan Mutu, Pentadbir Bersatu, Pengurusan Padu鈥
]]>
BENGKEL HALA TUJU PERTADI 2023-2025 /pertadi/news/bengkel-hala-tuju-pertadi-2023-2025/ Thu, 04 Apr 2024 01:31:35 +0000 /pertadi/?post_type=news&p=277

Tarikh : 18 Disember 2023

Lokasi : Hotel Bangi Resort

Anjuran : Exco PERTADI Sesi 2023-2025

Keterlibatan : Exco PERTADI Sesi 2023-2025

]]>