PROGRAM SENAMROBIK STAF SEMPENA HARI PERTADI KE – 48 & HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM

18 OGOS 2025

Dalam memeriahkan sambutan ulang tahun ke – 48 Persatuan Pegawai Tadbir & Ikthisas (PERTADI) ¼¯ÃÀÂé¶¹, sebuah sesi senamrobik bersama warga ¼¯ÃÀÂé¶¹ telah dijalankan di Stadium ¼¯ÃÀÂé¶¹ pada 18 Ogos 2025 (Isnin).

Program ini bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dan menerapkan elemen keseronokan bekerja dalam kalangan warga ¼¯ÃÀÂé¶¹. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengumpulkan dan merapatkan hubungan silaturahim antara ahli PERTADI bersama barisan Exco PERTADI sesi 2025 – 2027.

Sesi senamrobik pada hari ini telah diketuai oleh Puan Sharmiza Zan, serta dibantu oleh Encik Nur Haiqal Rawlins Una dan Encik Ridhuwan di bawah pengurusan Exco Sukan, Encik Muhamad Khaidir Ismail. Turut hadir bersama untuk memeriahkan program ini, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Pendaftar ¼¯ÃÀÂé¶¹.