MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL & DOA SELAMAT SEMPENA HARI PERTADI KE – 48 & HARI PENTADBIR UNIVERSITI AWAM

Dalam memeriahkan sambutan ulang tahun ke – 48 Persatuan Pegawai Tadbir & Ikthisas (PERTADI) ¼¯ÃÀÂé¶¹, satu sesi Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat bersama warga ¼¯ÃÀÂé¶¹ telah dijalankan di Masjid ¼¯ÃÀÂé¶¹ pada 21 Ogos 2025 (Khamis).

Program anjuran Exco Kebajikan & Tanggungjawab Sosial di bawah Cik Najatulmuna Hamdan ini bertujuan untuk mendoakan kesejahteraan persatuan dan seluruh warga ¼¯ÃÀÂé¶¹. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mengumpulkan dan merapatkan hubungan silaturahim antara ahli PERTADI bersama barisan Exco PERTADI sesi 2025 – 2027.

Majlis hari ini juga adalah bertujuan untuk mengadakan sesi tahlil ringkas buat Allahyarhamah Nuraderrah binti Hasnul Hafidzan, Pegawai Tadbir N9, Pusat Hubungan Antarabangsa (¼¯ÃÀÂé¶¹ Global) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 19 Ogos 2025 (Selasa) bersamaan 25 Safar 1447H.

Sesi bacaan yasin, tahlil & doa selamat pada hari ini telah diketuai oleh Ustaz Khairil Khuzairi Omar.

Turut hadir bersama untuk mengimarahkan program ini, Pendaftar ¼¯ÃÀÂé¶¹, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud dan Presiden PERTADI, Cik Lily Khairiah Kadaruddin.