Uncategorized | KOLEJ TUN SYED NASIR /ktsn Universiti Kebangsaan Malaysia Thu, 21 May 2026 01:49:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0 Rang De Ranggoli: Pemartabatan Seni Kebudayaan India dan Misi Kebajikan dalam kalangan mahasiswa KTSN /ktsn/rang-de-ranggoli-pemartabatan-seni-kebudayaan-india-dan-misi-kebajikan-dalam-kalangan-mahasiswa-ktsn/ /ktsn/rang-de-ranggoli-pemartabatan-seni-kebudayaan-india-dan-misi-kebajikan-dalam-kalangan-mahasiswa-ktsn/#respond Wed, 20 May 2026 21:09:39 +0000 /ktsn/?p=5605 ...]]>

Pada 16 Mei 2026, Program Rang De Ranggoli 25/26 anjuran Kelab Kebudayaan India, Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Mei 2026 di Dewan Tu n Syed Nasir. Program tahunan ini dianjurkan bagi memperkenalkan dan memartabatkan budaya India melalui pelbagai persembahan seni tradisional dan moden dalam kalangan mahasiswa serta masyarakat umum. Seramai 230 orang pengunjung telah menghadiri program ini dan memeriahkan suasana sepanjang acara berlangsung.

Selain menjadi platform apresiasi budaya, program ini turut membawa misi kebajikan dengan mengumpul dana untuk disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Kepong. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan mahasiswa terhadap komuniti yang memerlukan di samping memupuk semangat kesukarelawanan dan nilai kemanusiaan dalam diri pelajar.

Sepanjang program berlangsung, para hadirin disajikan dengan pelbagai persembahan menarik seperti tarian Bharatanatyam, persembahan instrumen klasik, tarian nostalgia 90-an dan 2000-an, pertunjukan fesyen serta persembahan khas daripada penghuni Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Kepong. Program turut dimeriahkan dengan slot artis jemputan, cabutan bertuah dan sesi flashmob penutup Rang De Ranggoli 25/26.

Penganjuran Rang De Ranggoli 25/26 berjaya memperkukuh hubungan antara mahasiswa dan komuniti melalui penghayatan seni budaya serta aktiviti kebajikan. Program seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan mahasiswa yang holistik, berbudaya dan berjiwa masyarakat.

]]>
/ktsn/rang-de-ranggoli-pemartabatan-seni-kebudayaan-india-dan-misi-kebajikan-dalam-kalangan-mahasiswa-ktsn/feed/ 0
“Tangan Mahasiswa, Nadi Komuniti”: Program Harmoni Satu Bumi 2.0 Santuni Penduduk Pos Lanai /ktsn/tangan-mahasiswa-nadi-komuniti-program-harmoni-satu-bumi-2-0-santuni-penduduk-pos-lanai/ /ktsn/tangan-mahasiswa-nadi-komuniti-program-harmoni-satu-bumi-2-0-santuni-penduduk-pos-lanai/#respond Sat, 16 May 2026 01:35:52 +0000 /ktsn/?p=5584 ...]]>

PAHANG, 9 Mei — Keheningan Kampung Orang Asli Pantos, Pos Lanai, Kuala Lipis hari ini diceriakan dengan kehadiran mahasiswa dalam Program Harmoni Satu Bumi 2.0. Program yang dianjurkan Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), 鶹 ini menyaksikan sinergi erat antara 38 mahasiswa, pihak pentadbiran kolej, dan kira-kira 1,000 penduduk setempat dalam satu wadah kemasyarakatan yang cukup berimpak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr. Ramli bin Dato’ Mohd Nor, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Cameron Highlands. Kehadiran beliau bukan sekadar simbolik, malah mencerminkan komitmen jitu pelbagai pihak dalam memacu kesejahteraan dan memperkasakan pembangunan komuniti orang asli secara inklusif.

Mengangkat tema “Tangan Mahasiswa, Nadi Komuniti”, program ini menjadi jambatan yang menyatukan dunia akademik dengan realiti masyarakat melalui pengisian berteraskan kesihatan, pendidikan, dan sukan. Selain memberi nilai tambah kepada penduduk, inisiatif ini memberi ruang buat mahasiswa mendalami erti kebersamaan dalam suasana penuh kekeluargaan.

“Tunjang utama program ini ialah untuk menekankan aspek kesedaran kesihatan kepada komuniti setempat melalui pendekatan interaktif di samping menerapkan semangat kesukarelawanan mahasiswa,” menurut Pengarah Program Harmoni Satu Bumi 2.0, Nurnabilah Huda Epri.

Aspek kesejahteraan kanak-kanak menjadi fokus utama melalui Kempen Gosok Gigi dan Cuci Tangan. Melalui demonstrasi interaktif bersama mahasiswa KTSN, kesedaran terhadap kepentingan kebersihan diri diterapkan sejak usia dini. Tidak ketinggalan, dimensi pendidikan diperluas menerusi program Celik Kreatif menggunakan STEM Kit hasil sumbangan Yayasan MR DIY. Aktiviti ini berjaya mencetuskan rasa ingin tahu dan pemikiran kritis kanak-kanak terhadap dunia Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik dalam suasana yang menyeronokkan.

Kemeriahan program terus memuncak dengan aktiviti riadah seperti senamrobik dan pertandingan futsal persahabatan. Gelak tawa menyelubungi dewan apabila kanak-kanak menyertai permainan tradisional seperti rebut kerusi dan cari gula-gula dalam tepung, sekali gus mengeratkan lagi ikatan ukhuwah yang sedia terjalin.

Keunikan program ini terserlah menerusi aktiviti Saji Satu Hati, di mana tradisi ‘rewang’ atau gotong-royong menyediakan juadah makan tengah hari menjadi medan interaksi utama. Di sini, mahasiswa berpeluang menyelami kearifan tempatan serta menyelami budaya dan adat resam masyarakat Orang Asli secara langsung dalam suasana yang harmoni.

Secara keseluruhannya, inisiatif ini bukan sekadar aktiviti bermusim, tetapi merupakan satu langkah murni dalam melahirkan mahasiswa yang holistik dan cakna terhadap keperluan sosial. Semangat kesukarelawanan yang dizahirkan di Pos Lanai ini diharapkan terus menjadi inspirasi dalam membina masyarakat yang lebih prihatin dan bersatu padu pada masa hadapan.

]]>
/ktsn/tangan-mahasiswa-nadi-komuniti-program-harmoni-satu-bumi-2-0-santuni-penduduk-pos-lanai/feed/ 0
Pesta Ang Pow Ke-27: Harmoni Budaya, Aspirasi Bersama /ktsn/pesta-ang-pow-ke-27-harmoni-budaya-aspirasi-bersama/ /ktsn/pesta-ang-pow-ke-27-harmoni-budaya-aspirasi-bersama/#respond Wed, 29 Apr 2026 03:34:24 +0000 /ktsn/?p=5533 ...]]>

Program Pesta Ang Pow KTSN 鶹 Ke-27 telah berjaya diadakan di Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), 鶹 dengan menghimpunkan seramai 301 orang peserta yang terdiri daripada pelajar 鶹 dan peserta luar.

Program ini menampilkan keindahan serta kekayaan warisan budaya Cina dengan mengangkat tema “Jejak Catatan Pengembara”. Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan menyemarakkan semangat perpaduan melalui sambutan kebudayaan Cina, malah turut memperkenalkan dan mendalami adat dan tradisi masyarakat Cina dalam kalangan warga KTSN yang berbilang kaum.

Antara pengisian utama program ialah pementasan drama iaitu persembahan teater yang mengetengahkan tema dan dipersembahkan oleh pelajar KTSN yang bakat. Jalan cerita dibina secara kreatif bagi menarik perhatian penonton serta menyampaikan mesej dalam slogan PAP KTSN 鶹 Ke-27: “Siapa yang tak pernah melalui zaman remaja tanpa tersandung dalam pilihan?”. Seterusnya, persembahan kebudayaan Cina dipersembahkan oleh pelajar KTSN yang berbakat dalam pelbagai bidang seni seperti gendang 24 musim, tarian tradisional, tarian moden dan Wushu. Persembahan ini bukan sahaja bertujuan mempamerkan kekayaan warisan budaya masyarakat Cina, malah memberikan platform kepada pelajar untuk menonjolkan bakat serta memupuk semangat perpaduan dan penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan warga universiti.

Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KTSN atas sokongan padu yang diberikan, khususnya dari segi penyediaan fasiliti serta penglibatan aktif warga kolej dan peserta luar dalam menjayakan program ini. Program ini juga dimeriahkan dengan kehadiran YBrs. Prof. Madya Dr. Mohd Razif Shahril, Pengetua Kolej Tun Syed Nasir, Dr. Siti Hajar Binti Zuber, Timbalan Pengetua Kolej Tun Syed Nasir, Encik Syamil Akmal Zamri, Pegawai pentadbir Kolej Tun Syed Nasir, bersama barisan Majlis Felo dan Majlis Eksekutif Pelajar, yang memainkan peranan penting sepanjang pelaksanaan program. Program ini diharapkan dapat menjadi platform untuk mengukuhkan hubungan antara pelajar pelbagai kaum serta memupuk semangat toleransi dan saling menghormati. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan menunjukkan minat yang tinggi dalam kalangan pelajar terhadap program berunsurkan kebudayaan.

Secara keseluruhannya, Pesta Ang Pow KTSN 鶹 Ke-27 telah berjaya mencapai objektifnya dalam memperkenalkan budaya Cina serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan warga universiti. Penganjuran program ini membuktikan komitmen semua pihak dalam memupuk keharmonian serta kerjasama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 16: Keamanan, Keadilan, dan Institusi Kukuh). Program sebegini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan dalam memupuk keharmonian dan kefahaman antara budaya di Malaysia.

]]>
/ktsn/pesta-ang-pow-ke-27-harmoni-budaya-aspirasi-bersama/feed/ 0
PEWARIS 2026: Mahasiswa KTSN 鶹 Satukan Misi Kemanusiaan dan Seni Warisan Bangsa /ktsn/pewaris-2026-mahasiswa-ktsn-ukm-satukan-misi-kemanusiaan-dan-seni-warisan-bangsa/ /ktsn/pewaris-2026-mahasiswa-ktsn-ukm-satukan-misi-kemanusiaan-dan-seni-warisan-bangsa/#respond Tue, 21 Apr 2026 21:21:51 +0000 /ktsn/?p=5518 ...]]>

Seramai 25 orang sukarelawan 鶹 dari Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) telah menyertai program Pesta Warisan Risikan Sukma (PEWARIS) 2025/2026 melalui aktiviti khidmat masyarakat yang diadakan di Rumah Bakti Al-Kausar. Program ini turut melibatkan seramai 46 orang ahli organisasi (AO) dalam malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Tun Syed Nasir serta berjaya menghimpunkan kira-kira 300 orang pelajar dan tetamu, sekali gus menjadi platform yang menggabungkan elemen kesukarelawanan dan kebudayaan secara holistik.

Program berimpak sosial ini dilaksanakan bagi menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan serta penghayatan warisan budaya dalam kalangan mahasiswa. Penganjuran ini turut bertujuan mengeratkan hubungan antara pelajar dan komuniti, khususnya golongan anak yatim, di samping memupuk semangat perpaduan melalui kepelbagaian budaya Malaysia.

Sepanjang aktiviti khidmat masyarakat berlangsung, sukarelawan 鶹 telah terlibat dalam sesi ramah mesra dan jamuan bersama anak-anak yatim di Rumah Bakti Al-Kausar. Interaksi yang dijalankan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk lebih mendekati serta memahami kehidupan penghuni rumah kebajikan tersebut. Program ini turut diserikan dengan sesi fotografi sebagai tanda penghargaan dan sokongan moral kepada mereka.

Kemuncak program diteruskan dengan penganjuran Malam Kebudayaan PEWARIS yang menampilkan pelbagai persembahan menarik seperti silat, nyanyian, teater dan tarian yang mewakili budaya Melayu, Sabah dan Sarawak. Antara persembahan utama ialah “Huminodun: Nyawa untuk Seribu Jiwa” dan “Retaknya Kasih Saudara” yang berjaya mengetengahkan keunikan seni budaya pelbagai etnik di Malaysia.

Majlis turut menyaksikan penyampaian cek cura bernilai RM1,000 kepada wakil Rumah Bakti Al-Kausar sebagai simbolik sumbangan dan keprihatinan mahasiswa terhadap kebajikan masyarakat. Tayangan video multimedia yang memaparkan aktiviti khidmat masyarakat turut dipersembahkan bagi memberi gambaran menyeluruh perjalanan program.

Penganjuran program ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari iaitu SDG 11: Bandar dan Komuniti yang Mampan yang menekankan pembinaan komuniti inklusif, selamat dan berdaya tahan melalui penglibatan masyarakat serta pemeliharaan warisan budaya.

Secara keseluruhannya, penganjuran program ini mencerminkan komitmen mahasiswa 鶹 dalam memperkukuh nilai kemanusiaan, warisan budaya dan tanggungjawab sosial, di samping menjadi platform pembelajaran bermakna dalam membentuk generasi muda yang lebih peka, berdaya saing serta menghargai kepelbagaian budaya dalam masyarakat majmuk

]]>
/ktsn/pewaris-2026-mahasiswa-ktsn-ukm-satukan-misi-kemanusiaan-dan-seni-warisan-bangsa/feed/ 0
PROGRAM LIFE: PEMANTAPAN KEMAHIRAN PERTOLONGAN CEMAS & KECEMASAN SESI 2025/2026 /ktsn/program-life-pemantapan-kemahiran-pertolongan-cemas-kecemasan-sesi-2025-2026/ /ktsn/program-life-pemantapan-kemahiran-pertolongan-cemas-kecemasan-sesi-2025-2026/#respond Tue, 21 Apr 2026 21:20:26 +0000 /ktsn/?p=5515 ...]]>

Pada 20 dan 21 Disember 2025, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Detachment 88W, Cabang Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) telah berjaya menganjurkan Program LIFE: Pemantapan Kemahiran Pertolongan Cemas & Kecemasan Sesi 2025/2026 bertempat di Microsoft Teams dan Dewan Tun Syed Nasir.

Program ini dianjurkan sebagai salah satu inisiatif pembangunan mahasiswa yang menekankan aspek kesiapsiagaan, tindak balas kecemasan serta pembentukan nilai kesukarelawanan dalam kalangan warga kolej.

Program dua hari ini bertujuan memberi pendedahan dan latihan asas kepada mahasiswa/i KTSN berkaitan kemahiran pertolongan cemas dan pengurusan kecemasan melalui gabungan sesi ceramah interaktif, kuiz kefahaman serta aktiviti praktikal secara bersemuka.

Bertemakan “Ready. Response. Rise.”, program ini memberi penekanan kepada keupayaan individu untuk bersedia menghadapi situasi kecemasan, bertindak dengan pantas dan tepat, serta bangkit dengan yakin dalam membantu diri sendiri dan orang lain.

Pelaksanaan aktiviti berbentuk stesen dan kerja berpasukan bukan sahaja meningkatkan kefahaman praktikal peserta, malah berjaya memupuk semangat kerjasama, kepimpinan dan tanggungjawab sosial dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan kondusif.

Program LIFE ini juga selari dengan aspirasi universiti dalam melahirkan mahasiswa yang seimbang dari segi pengetahuan, kemahiran dan sahsiah.

Selain itu, Program LIFE turut menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) khususnya SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan melalui pendedahan kepada keselamatan dan penjagaan kesihatan, serta SDG 4: Pendidikan Berkualiti melalui pembelajaran berasaskan pengalaman dan latihan kemahiran praktikal

]]>
/ktsn/program-life-pemantapan-kemahiran-pertolongan-cemas-kecemasan-sesi-2025-2026/feed/ 0
Sinar Kasih Rang De Ranggoli: Mahasiswa KTSN 鶹 Santuni Rumah Hope /ktsn/sinar-kasih-rang-de-ranggoli-mahasiswa-ktsn-ukm-santuni-rumah-hope/ /ktsn/sinar-kasih-rang-de-ranggoli-mahasiswa-ktsn-ukm-santuni-rumah-hope/#respond Thu, 16 Apr 2026 16:15:26 +0000 /ktsn/?p=5469 ...]]>

Seramai lima orang wakil Majlis Tertinggi (MT) bersama seorang Exco Multimedia daripada program Rang De Ranggoli anjuran Kelab Kebudayaan India, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), 鶹 telah mengadakan satu lawatan kebajikan ke Rumah Hope Children’s Home, Petaling Jaya pada 11 April 2026.

Lawatan ini bertujuan untuk menyantuni serta menyumbang makanan kepada penghuni rumah kebajikan tersebut, di samping memupuk nilai keprihatinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa. Inisiatif ini juga menjadi platform kepada mahasiswa untuk lebih mendekati komuniti.

Sepanjang program berlangsung, para wakil KTSN telah terlibat dalam aktiviti penyampaian makanan kepada penghuni Rumah Hope. Selain itu, mereka turut meluangkan masa untuk makan bersama serta berinteraksi dengan kanak-kanak di sana dalam suasana yang mesra dan harmoni. Penglibatan ini secara tidak langsung telah mewujudkan hubungan yang lebih erat antara mahasiswa dan komuniti setempat.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Program Rang De Ranggoli dalam memperkukuh semangat kesukarelawanan dan nilai kemanusiaan dalam kalangan mahasiswa, selaras dengan usaha melahirkan graduan yang holistik dan berjiwa masyarakat. Program seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi impak positif yang berterusan kepada komuniti.

Penganjuran program ini juga menyumbang kepada pencapaian SDG 16: Keamanan, Keadilan, dan Institusi Kukuh melalui promosi masyarakat yang inklusif dan adil. Dengan menyantuni golongan kanak-kanak di Rumah Hope, mahasiswa KTSN secara tidak langsung menyokong sistem sokongan sosial yang melindungi hak dan kebajikan golongan rentan. Usaha ini memperkukuh peranan mahasiswa sebagai ejen keamanan yang memupuk keharmonisan komuniti, sekaligus membina asas institusi kemasyarakatan yang lebih kukuh, prihatin, dan bebas daripada peminggiran sosial.

]]>
/ktsn/sinar-kasih-rang-de-ranggoli-mahasiswa-ktsn-ukm-santuni-rumah-hope/feed/ 0
KHIDMAT KOMUNITI: DARI HATI KE HATI, SEHARI BERSAMA SAYAP KASIH /ktsn/khidmat-komuniti-dari-hati-ke-hati-sehari-bersama-sayap-kasih/ /ktsn/khidmat-komuniti-dari-hati-ke-hati-sehari-bersama-sayap-kasih/#respond Fri, 10 Apr 2026 13:35:37 +0000 /ktsn/?p=5438 ...]]>

Pada 4 April 2026, Program Khidmat Komuniti ini telah berjaya dianjurkan bersempena dengan Pesta Ang Pow KTSN 鶹 KL Ke-27 di Persatuan Kebajikan Sayap Kasih Malaysia (1Q70 plus), Petaling Jaya. Program ini melibatkan seramai 36 orang ahli jawatankuasa Pesta Ang Pow (PAP) Ke-27 yang bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang.

Program ini dilaksanakan sebagai satu inisiatif bagi memupuk semangat kesukarelawanan serta keprihatinan sosial dalam kalangan mahasiswa. Tujuan penganjuran program ini bukan sahaja untuk menyemai nilai-nilai murni seperti empati dan kasih sayang dalam kalangan ahli jawatankuasa melalui aktiviti khidmat masyarakat, malah turut meningkatkan kesedaran terhadap peranan masyarakat dalam membantu golongan yang memerlukan seperti warga emas, anak yatim piatu, dan orang kurang upaya.

Program bermula dengan sesi interaksi dengan penghuni dan senaman ringan bagi mewujudkan suasana interaksi yang lebih mesra. Antara pengisian utama program ialah sesi kraf tangan bersama penghuni seperti membuat seni kraf dan lukisan mudah. Para peserta turut terlibat dalam kerja-kerja pembersihan kawasan, seperti memotong lalang, serta membantu penghuni dalam aktiviti harian, termasuk memberi makan kepada mereka yang diperlukan. Melalui aktiviti-aktiviti ini, para peserta berpeluang menyantuni serta berinteraksi secara langsung dengan penghuni, sekali gus mencapai objektif aktiviti ini, iaitu menjalin hubungan silaturahim antara pelajar KTSN dan komuniti luar melalui aktiviti kesukarelawanan yang bermakna.

Penganjuran Pesta Ang Pow (PAP) Ke-27 di Persatuan Kebajikan Sayap Kasih Malaysia (1Q70 Plus) membuktikan komitmen semua pihak dalam memupuk keharmonian serta kerjasama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 16: Keamanan, Keadilan, dan Institusi Kukuh). Secara keseluruhan, program Khidmat Komuniti ini berjaya meningkatkan kesedaran dan pemahaman peserta terhadap golongan yang memerlukan, sambil menggalakkan nilai toleransi, empati, dan penyertaan aktif dalam aktiviti kebajikan.

]]>
/ktsn/khidmat-komuniti-dari-hati-ke-hati-sehari-bersama-sayap-kasih/feed/ 0
Dari Borneo ke Timur: Pasar ADIKA 2026 Satukan Mahasiswa KTSN Melalui Sajian Warisan /ktsn/dari-borneo-ke-timur-pasar-adika-2026-satukan-mahasiswa-ktsn-melalui-sajian-warisan/ /ktsn/dari-borneo-ke-timur-pasar-adika-2026-satukan-mahasiswa-ktsn-melalui-sajian-warisan/#respond Fri, 10 Apr 2026 13:28:45 +0000 /ktsn/?p=5439 ...]]>

Seramai kira-kira 300 orang pelajar 鶹 telah menyertai program “Pasar ADIKA 2026” yang dianjurkan oleh Kelab Adiwara Pusaka (ADIKA) Kolej Tun Syed Nasir (KTSN). Program ini telah berlangsung pada 5 April 2026 di Dewan Tun Syed Nasir dan mengetengahkan tema “Semarak Budaya, Semarak Warisan” sebagai usaha memartabatkan warisan budaya dalam kalangan generasi muda.

Program berteraskan kebudayaan ini dianjurkan sebagai satu platform untuk memperkenalkan kepelbagaian tradisi masyarakat Malaysia melalui pendekatan interaktif dan santai. Inisiatif ini bertujuan menyemai semangat cinta budaya, di samping memupuk perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang mengunjungi pelbagai booth makanan warisan yang dibahagikan mengikut zon utama seperti Utara, Selatan, Timur dan Borneo. Selain itu, program ini turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan termasuk tarian, nyanyian dan silat yang mencerminkan keunikan warisan negara. Program ini turut menampilkan aktiviti permainan interaktif yang berjaya menarik penglibatan aktif dalam kalangan peserta.

Penganjuran program ini bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana yang meriah dan penuh nilai kebudayaan, malah turut menjadi medium dalam memperkukuh hubungan sosial antara pelajar. Secara tidak langsung, program ini memberi pendedahan bermakna kepada peserta mengenai kepentingan memelihara warisan budaya sebagai identiti bangsa.

Penyertaan pelajar dalam program ini juga mencerminkan sokongan terhadap SDG 4: Pendidikan Berkualiti iaitu memastikan pendidikan berkualiti, menyeluruh dan saksama serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua. Pendekatan program yang berunsurkan kebudayaan ini telah menyediakan pengalaman pembelajaran tidak formal yang mampu memperkaya pengetahuan serta kesedaran peserta terhadap warisan negara.

Secara keseluruhannya, program Pasar ADIKA 2026 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta menjadi satu inisiatif berimpak dalam memperkasa nilai kebudayaan dan perpaduan dalam kalangan mahasiswa.

]]>
/ktsn/dari-borneo-ke-timur-pasar-adika-2026-satukan-mahasiswa-ktsn-melalui-sajian-warisan/feed/ 0
Mahasiswa 鶹–Universiti Macau Kupas Model Pembangunan Kemahiran Insaniah Holistik di Kolej Kediaman Bertaraf Global /ktsn/mahasiswa-ukm-universiti-macau-kupas-model-pembangunan-kemahiran-insaniah-holistik-di-kolej-kediaman-bertaraf-global/ /ktsn/mahasiswa-ukm-universiti-macau-kupas-model-pembangunan-kemahiran-insaniah-holistik-di-kolej-kediaman-bertaraf-global/#respond Sun, 15 Mar 2026 16:13:09 +0000 /ktsn/?p=5407 ...]]>

MACAU, 8 Mac 2026 – Seramai 50 peserta terdiri daripada pelajar 鶹 dan Universiti Macau (UM) telah menjayakan program mobiliti akademik dan budaya menerusi program Syed Nasir X Ibu Zain (SNIB) CONNECTS 2026 yang merupakan sebuah inisiatif yang menggabungkan kajian sistem kolej kediaman dan pertukaran budaya bersama UM.

Program berimpak tinggi ini dilaksanakan dengan kerjasama Professor Dr. Hui Sai Chuen Stanley, Pengetua, Henry Fok Pearl Jubilee College (HFPJC), sebuah kolej kediaman terkenal di UM yang mengintegrasikan pembelajaran akademik dan pembangunan sahsiah pelajar secara holistik. Pelbagai sesi perkongsian dan perbincangan telah diadakan bagi mengkaji perbezaan sistem kolej akademia antara kedua-dua institusi seterusnya membuka ruang kepada pelajar 鶹 untuk memahami budaya, sistem pembelajaran, dan perspektif global di UM. Secara umum, kedua-dua universiti berkongsi pendekatan dalam memperkukuh kemahiran insaniah mahasiswa melalui pelbagai program pengayaan yang dilaksanakan dalam konteks kolej kediaman, yang berfungsi bukan sahaja sebagai tempat penginapan, malah sebagai platform pembangunan pelajar.

Pengetua Kolej Ibu Zain, Ts. Dr. Nurhidayah Bahar menegaskan bahawa program ini merupakan platform strategik untuk memperkasa pemahaman pelajar tentang sistem pendidikan rentas sempadan, khususnya sistem kolej kediaman yang berupaya melahirkan graduan berdaya saing global.

“Sepanjang program ini, para pelajar tidak hanya mendalami perbezaan sistem kolej kediaman antara 鶹 dan UM, malah turut bergerak aktif dalam aktiviti pertukaran budaya seperti Bengkel Lukisan Batik, Seni Bela Diri serta Kaligrafi Melayu dan Cina. Pengalaman ini mengasah jati diri dan kemahiran insaniah pelajar, di samping memartabatkan warisan budaya Malaysia di pentas antarabangsa,” katanya.

Pengarah Program, Chuah Tiong Li pula menyatakan bahawa penglibatan dalam program ini membuka ruang kepada mahasiswa untuk memahami kepelbagaian sistem pendidikan tinggi sekali gus memperkukuh jaringan sosial antara institusi.

“Kami bukan sahaja dapat mempelajari pendekatan pendidikan di Macau, malah berpeluang menjalinkan persahabatan erat dengan mahasiswa UM melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ini adalah pengalaman yang tidak ternilai,” ujarnya.

Delegasi turut menyelami warisan sejarah Macau melalui pelbagai lawatan bermakna, termasuk ke Masjid Macau, Reruntuhan Gereja St. Paul’s, dan Muzium Kesenian Macau. Pengalaman ini diperkaya dengan ceramah oleh Prof. Glenn Timmermans yang mengupas perkembangan sejarah Macau dari zaman pemerintahan Portugis hingga era moden yang memberikan perspektif menyeluruh tentang identiti unik wilayah ini sebagai titik pertemuan tamadun Timur dan Barat. Aktiviti kembara di sekitar Taipa, Macau turut diadakan, menggabungkan elemen pendidikan dengan penerokaan budaya secara langsung.

Program ini mendapat sokongan penuh daripada Pusat Hal Ehwal Pelajar (HEP-UKM) dan Pusat Hubungan Antarabangsa (鶹 Global). SNIB CONNECTS 2026 menjadi simbol kerjasama dua institusi pendidikan tinggi dalam menyemai nilai kepimpinan dan kesarjanaan rentas sempadan. Lebih daripada sekadar program mobiliti antarabangsa, SNIB CONNECTS 2026 membuktikan bahawa pelajar Malaysia mampu tampil sebagai duta kecil yang bukan sahaja berilmu, malah berupaya memartabatkan warisan budaya dan membina jaringan global yang bermakna.

]]>
/ktsn/mahasiswa-ukm-universiti-macau-kupas-model-pembangunan-kemahiran-insaniah-holistik-di-kolej-kediaman-bertaraf-global/feed/ 0
‘TIGA JIWA, SATU IRAMA’: KELAB TIONG HWA KTSN ANGKAT KEKAYAAN WARISAN TRADISIONAL MELALUI MALAM TRIO TRADISI /ktsn/tiga-jiwa-satu-irama-kelab-tiong-hwa-ktsn-angkat-kekayaan-warisan-tradisional-melalui-malam-trio-tradisi/ /ktsn/tiga-jiwa-satu-irama-kelab-tiong-hwa-ktsn-angkat-kekayaan-warisan-tradisional-melalui-malam-trio-tradisi/#respond Thu, 01 Jan 2026 06:25:38 +0000 /ktsn/?p=5316 ...]]>

Pada 17 Disember 2025, Kelab Tiong Hwa, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), 鶹, telah berjaya menganjurkan Program Malam Trio Tradisi di Dewan Tun Syed Nasir, KTSN, yang menghimpunkan seramai 141 orang peserta daripada pelbagai latar belakang kaum.

Program ini menampilkan keindahan serta kekayaan warisan budaya tradisional pelbagai kaum dengan mengangkat tema “Tiga Jiwa, Satu Irama”. Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman pelajar terhadap budaya Cina, Melayu dan India, malah turut memupuk semangat perpaduan melalui penghargaan terhadap seni dan budaya tradisional.

Antara pengisian utama program ialah pelbagai reruai kebudayaan yang diadakan di Dewan Tun Syed Nasir. Reruai-reruai tersebut merangkumi Kelas Pembuatan Kipas Lakuer, Kelas Penulisan Kuplet, Dot Rangoli Delight, Spice & Sniff Challenge, Seni Takat Benang Emas, serta Manik dan Pakaian Tradisional. Melalui aktiviti ini, para peserta berpeluang mencuba sendiri pelbagai seni dan kraf tangan tradisional dengan bimbingan ahli jawatankuasa yang berpengalaman, sekali gus mempromosikan kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Program turut diserikan dengan persembahan Gendang 24 Musim oleh pelajar KTSN yang berbakat.

Penganjuran Malam Trio Tradisi membuktikan komitmen semua pihak dalam mempromosikan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 16: Keamanan, Keadilan, dan Institusi Kukuh). Secara keseluruhannya, program ini dapat memperkukuh kesedaran dan pemahaman pelajar terhadap kepelbagaian budaya.

]]>
/ktsn/tiga-jiwa-satu-irama-kelab-tiong-hwa-ktsn-angkat-kekayaan-warisan-tradisional-melalui-malam-trio-tradisi/feed/ 0