集美麻豆

Rang De Ranggoli: Pemartabatan Seni Kebudayaan India dan Misi Kebajikan dalam kalangan mahasiswa KTSN

Pada 16 Mei 2026, Program Rang De Ranggoli 25/26 anjuran Kelab Kebudayaan India, Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Mei 2026 di Dewan Tu n Syed Nasir. Program tahunan ini dianjurkan bagi memperkenalkan dan memartabatkan budaya India melalui pelbagai persembahan seni tradisional dan moden dalam kalangan mahasiswa serta masyarakat umum. Seramai 230 orang pengunjung telah menghadiri program ini dan memeriahkan suasana sepanjang acara berlangsung.

Selain menjadi platform apresiasi budaya, program ini turut membawa misi kebajikan dengan mengumpul dana untuk disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Kepong. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan mahasiswa terhadap komuniti yang memerlukan di samping memupuk semangat kesukarelawanan dan nilai kemanusiaan dalam diri pelajar.

Sepanjang program berlangsung, para hadirin disajikan dengan pelbagai persembahan menarik seperti tarian Bharatanatyam, persembahan instrumen klasik, tarian nostalgia 90-an dan 2000-an, pertunjukan fesyen serta persembahan khas daripada penghuni Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Kepong. Program turut dimeriahkan dengan slot artis jemputan, cabutan bertuah dan sesi flashmob penutup Rang De Ranggoli 25/26.

Penganjuran Rang De Ranggoli 25/26 berjaya memperkukuh hubungan antara mahasiswa dan komuniti melalui penghayatan seni budaya serta aktiviti kebajikan. Program seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan mahasiswa yang holistik, berbudaya dan berjiwa masyarakat.