¼¯ÃÀÂé¶¹

BORANG SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN KAFETERIA CANSELORIA & KAFETERIA RANDAU RASA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Sebagai usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kafeteria di bawah seliaan Pusat Pengurusan Penjanaan ¼¯ÃÀÂé¶¹ (JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹), pihak JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹ berbesar hati menjemput YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk meluangkan masa melengkapkan soal selidik ini:

Segala maklum balas positif dan membina yang diterima akan digunakan dalam membantu JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹ untuk meningkatkan prestasi dan menambah baik mutu perkhidmatan yang diberikan. Sebarang cadangan/komen tambahan amat digalakkan dengan mengisi ruangan komen yang disediakan di akhir setiap bahagian borang.

Sehubungan itu juga, pihak JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹ ingin memohon jasa baik pihak YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan agar dapat memanjangkan perkara ini kepada warga ¼¯ÃÀÂé¶¹ di PTj masing-masing.

Segala perhatian dan kerjasama YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Nasywa di talian 03- 8921 3955 untuk maklumat lanjut.