Pusat Pengurusan Penjanaan ¼¯ÃÀÂé¶¹ (JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹) merupakan pusat yang dipertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan aktiviti penjanaan pendapatan di ¼¯ÃÀÂé¶¹.
Ditubuhkan pada 1 Ogos 2015 dengan nama asal Khazanah-UKM, pusat ini diketuai oleh Pro-Naib Canselor (Penjanaan dan Prasarana) yang juga berperanan sebagai Pengarah Eksekutif. Operasi awal JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹ dijalankan dengan menggunakan sumber manusia sedia ada dari Bahagian Pengurusan Harta dan Jaminan Kualiti, Jabatan Bendahari.
Penubuhan JANA@¼¯ÃÀÂé¶¹ adalah selaras dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang menekankan keperluan Universiti Awam untuk menjana pendapatan sendiri bagi mengurangkan kebergantungan kepada dana awam. Sasaran penjanaan yang ditetapkan ialah 30% daripada keseluruhan kos operasi menjelang tahun 2020.