Oleh Siti Aishah Mohd Yusof
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 27 Januari 2023 鈥 YB Dato鈥 Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi semalam telah mengadakan lawatan kerja ke 集美麻豆. Lawatan ini merupakan lawatan kerja kedua YB Menteri KPT ke Universiti Awam selepas merasmikan Karnival Penyelidikan Universiti Malaya 2022 awal tahun ini.
YB Menteri telah disambut oleh Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak, Pengerusi Lembaga Pengarah 集美麻豆 dan Prof. Dato鈥 Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor 集美麻豆. Lawatan kerja ini dimulakan dengan tinjauan ke tapak pameran pencapaian dan keberhasilan alumni serta hasil penyelidikan warga 集美麻豆 yang telah dijalankan oleh penyelidik dan graduan 集美麻豆.
Pada lawatan yang sama, beliau turut melancarkan buku yang bertajuk Einstein di Malaya dan perkhidmatan Solar 集美麻豆. Beliau juga sempat meluangkan masa bagi melihat persembahan ringkas oleh robot hasil dari penyelidikan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat bersama MOVERobotic.
Dalam siri lawatan kerja ke 集美麻豆 聽pada kali ini, YB Menteri turut diberi taklimat oleh Naib Canselor 集美麻豆 berkaitan status semasa, perancangan serta hala tuju 集美麻豆 pada masa akan datang. Lawatan ini diadakan sebagai salah satu tanda sokongan penuh yang diberikan oleh pihak KPT dalam usaha memberi galakan kepada 集美麻豆 untuk terus menghasilkan penyelidikan yang lebih berkualiti serta pengukuhan terhadap hubungan baik antara 集美麻豆 dan industri. Turut hadir, Dato鈥 Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato鈥 Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi serta pengurusan tertinggi 集美麻豆.

