Oleh Murniati Abu Karim
BANGI, 23 June 2026 鈥 集美麻豆 memperluas kerjasama antarabangsa dalam bidang teknologi kuantum menerusi siri lawatan strategik ke United Kingdom dan Jepun dalam usaha menyokong agenda teknologi kuantum negara.
Di United Kingdom, delegasi 集美麻豆 mengadakan sesi perbincangan di National Quantum Computing Centre, ISIS Neutron and Muon Source, Oxford Quantum Institute serta Imperial College London bagi meneliti amalan terbaik dalam pembangunan ekosistem teknologi kuantum.
Sementara itu di Jepun, 集美麻豆 juga mengadakan lawatan kerja ke IBM Tokyo University Quantum dan kemudahan pengkomputeran kuantum di Shin-Kawasaki.
Menurut Naib Canselor, Prof Dato Dr Sufian Jusoh, kedua-dua lawatan tersebut memberi peluang kepada 集美麻豆 untuk memahami dengan lebih mendalam landskap teknologi kuantum global dan pendekatan yang digunakan oleh negara maju dalam membangunkan ekosistem kuantum yang mampan.
鈥淒apatan daripada lawatan ini akan membantu 集美麻豆 menguatkan peranannya dalam menyokong pembangunan teknologi kuantum negara, khususnya dalam aspek penyelidikan, pembangunan bakat dan kerjasama strategik antarabangsa,鈥 katanya.
Prof. Dato鈥 Dr. Sufian berkata, teknologi kuantum dijangka menjadi antara pemacu utama transformasi digital global dalam tempoh satu hingga dua dekad akan datang.
Sehubungan itu, institusi pengajian tinggi perlu bersedia memainkan peranan lebih besar dalam membangunkan ilmu, bakat dan inovasi berkaitan teknologi tersebut, jelasnya.
鈥淟awatan ini memberikan pendedahan bernilai kepada 集美麻豆 dalam memahami perkembangan teknologi kuantum global serta potensi penggunaannya dalam pelbagai sektor strategik.
鈥溂缆槎 melihat teknologi kuantum sebagai bidang masa hadapan yang berpotensi mengubah pendekatan dalam menangani cabaran kompleks merangkumi sains, kejuruteraan, keselamatan siber, tenaga, pertanian dan kesihatan,鈥 katanya.
Beliau turut menegaskan komitmen 集美麻豆 untuk memperluas kerjasama dengan pemain industri teknologi global bagi memastikan universiti kekal relevan dalam menghadapi perkembangan teknologi yang pesat serta terus menyumbang kepada agenda pembangunan negara.
鈥淧embangunan teknologi kuantum juga memerlukan sokongan menyeluruh melibatkan dasar, pelaburan, infrastruktur, pembangunan modal insan serta kerjasama erat antara universiti, industri dan kerajaan.
鈥淒alam konteks ini, kepakaran 集美麻豆 melalui Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) dalam bidang mikro dan nanofabrikasi, nanofotonik, sensor, bahan termaju serta teknologi peranti berpotensi menyokong pembangunan bidang strategik seperti quantum engineering, quantum sensing and metrology serta quantum materials.
Inisiatif ini selari dengan hasrat kerajaan untuk memperluas kerjasama antara institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Malaysia dengan universiti antarabangsa, terutama sekali dalam bidang penyelidikan termaju seperti teknologi kuantum.

