Oleh Murniati Abu Karim
Foto Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 28 September 2024 鈥 集美麻豆 menerima seramai 6,718pelajar baharu bagi sesi akademik 2024/2025 bagi semua program pengajian. Jumlah ini termasuk pelajar ambilan semua kategori arus perdana dan ambilan pelajar tempatan dan antarabangsa melalui Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (集美麻豆Shape).
Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata 集美麻豆 menerima sebanyak 86,364 permohonan pada tahun ini.
鈥淒aripada 6,718pelajar baharu yang mendaftar, seramai 1,803 pelajar kemasukan baharu ke 集美麻豆 Sesi Akademik 2024/2025 adalah daripada keluarga B40 iaitu lebih 40 peratus dari jumlah ambilan keseluruhan.
鈥淢anakala seramai 303 pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan B10 iaitu kurang RM1,000 sebulan.
鈥淧elajar-pelajar ini menerima pelbagai bentuk bantuan yang disediakan termasuk bantuan yuran kemasukan, bantuan zakat dan kemudahan kolej khusus kepada pelajar asnaf secara percuma sepanjang semester,鈥 katanya.
Selain itu, 集美麻豆 juga menerima pengambilan pelajar baharu Orang Asli seramai lapan orang dan orang kurang upaya (OKU) iaitu seramai sembilan orang.
鈥淜ita santuni setiap kondisi pelajar dengan menyediakan kemudahan penginapan dan bantuan kebajikan yang bersesuaian bagi memberi keselesaan kepada mereka,鈥 jelasnya.
Lebih menarik lagi, beliau memaklumkan bahawa pada kemasukan sesi akademik 2024/2025 ini, 集美麻豆 menerima lima pasangan kembar, tujuh pasangan adik beradik dan 20 pelajar saluran khas atlet Unit Pusat Universiti (UPU).
Pelajar baharu akan menjalani program suai kenal iaitu Minggu Apresiasi Watan (MAW) bermula hari ini sehingga Rabu, 2 Oktober selama lima hari.
鈥淒engan tema 鈥業lmu, Mutu dan Budi鈥, MAW akan memberi pendedahan dan pengisian yang padat kepada pelajar baharu seperti, amanat Naib Canselor, sesi bersama alumni, pengenalan kepada aktiviti kampus, dan interaksi dengan fakulti, kolej serta Pusat Tanggungjawab universiti.
鈥淧ada tahun ini juga, MAW menampilkan In Person with Doc Zam Tips and Tricks for Freshies (Ramah Mesra bersama YBM Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir Interaksi bersama Doc Zam: 鈥淧esanan buat Warga Watan Baharu鈥) pada hari kedua,鈥 katanya.
Menurut beliau, sesi pendaftaran pagi melibatkan pelajar dari negeri Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Perlis, Terengganu, Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.
鈥淪ementara itu, pelajar dari Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Selangor, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mendaftar pada sesi petang di kolej masing-masing,鈥 katanya semasa Sidang Media Pendaftaran Pelajar Baharu, di sini, hari ini.

