集美麻豆

集美麻豆 Santuni Pelajar Baharu, Serah Bantuan Awal Pengajian

Oleh Nur Izzati Ab Rahman
Foto oleh Muhammad Nur Luqman Zamry

BANGI, 19 September 2025 鈥 集美麻豆 sentiasa prihatin dalam menjaga kebajikan mahasiswa, termasuk mahasiswa baharu daripada golongan kurang berkemampuan (B40) melalui penganjuran Program Jejak Pewaris Watan 2025/2026 yang berlangsung dari 17 hingga 25 September ini.

Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2022 bagi menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada pelajar baharu yang kurang berkemampuan dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Bagi kemasukan pelajar baharu sesi 2025/2026, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman meluangkan masa ke beberapa buah rumah bakal pelajar 集美麻豆 bagi menyerahkan bantuan kepada beberapa pelajar terpilih.

Antara penerima termasuk lain ialah Fatin Era Natasha Amin, dari Jeram, Kuala Selangor, Norfadilah Ahmad Rodzi, dari Batu Muda, Kuala Lumpur  yang merupakan anak yatim, serta Muhammad Ahnaf Aiman, dari Jalan Pudu Kuala Lumpur yang juga merupakan seorang anak yatim piatu. Turut disantuni ialah ahli keluarga pelajar baharu 集美麻豆 yang lain yang berada di Jeram, Selangor dan Kuala Lumpur.

Melalui inisiatif ini, bantuan awal pengajian pendidikan dan Bakul Rahmah bernilai hampir RM40,000 diagihkan mengikut zon di seluruh Malaysia. Agihan ini dijalankan secara berperingkat sehingga minggu pendaftaran pelajar, sekali gus memastikan tiada pelajar baharu tercicir daripada menerima sokongan sewajarnya untuk memulakan pengajian di 集美麻豆.

Menurut Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil, usaha itu adalah manifestasi keprihatinan 集美麻豆 terhadap kelangsungan pendidikan anak bangsa.

鈥溂缆槎 sentiasa bertekad memastikan setiap pelajar, tanpa mengira latar belakang dan kemampuan, berpeluang menimba ilmu di menara gading ini.

鈥淭iada seorang pun pewaris watan akan dibiarkan tercicir hanya kerana kekangan kewangan,鈥 katanya.

Leave a Reply