集美麻豆

集美麻豆 mahu lahirkan graduan cemerlang tanpa meminggirkan nilai kerohanian dan jiwa – Naib Canselor

Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 2 Oktober 2024 – 集美麻豆 menyahut seruan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menggesa universiti melahirkan graduan yang membudayakan kecemerlangan tanpa meminggirkan nilai kerohanian dan jiwa, kata Naib Canselor, Prof Dato鈥 Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Beliau berkata pelajar-pelajar 集美麻豆 akan melalui suatu proses pendidikan holistik yang meliputi pembentukan “otak dan watak”, yang akan membawa kepada pembangunan bakat masa hadapan yang berilmu, berkemahiran tinggi dan berbudaya watan (excellence with soul).

Katanya, di 集美麻豆, beliau percaya bahawa kemenjadian mahasiswa akan menghasilkan graduan bitara yang mempunyai sifat dan karakter yang unggul, berketerampilan, kompeten dan progresif.

鈥淧embentukan otak dan watak ini maksudnya anda (pelajar) mempunyai tahap pemikiran yang baik dan pada masa sama, memiliki keperibadian cemerlang. Barulah akan lahir bakat berkualiti. 

鈥淒i 集美麻豆 ini, kita semua percaya bahawa manfaat yang lebih besar akan diperoleh, sekiranya kita sentiasa memekarkan hati budi dengan nilai-nilai murni. Kejayaan akademik semata-mata tidak menjanjikan kehidupan yang bermakna,鈥 katanya semasa menyampaikan amanat kepada pelajar baharu pada Majlis Amanat Naib Canselor, di sini, hari ini.

Beliau berkata apabila pemikiran dan sahsiah cemerlang, proses pembelajaran di 集美麻豆 akan menjadi lebih bermakna. 

鈥淎nda akan lahir sebagai seorang graduan yang bukan sekadar bijak mengatur masa depan, tetapi juga menjadi khalifah dalam apa jua yang anda perjuangkan. 

鈥淎nda menjadi duta dan pakar rujuk masyarakat sekeliling serta seorang pemimpin yang disegani. Inilah keberhasilan graduan yang kita perjuangkan. 

鈥淜ecemerlangan akademik tampil seiring dengan keterpujian sahsiah. Barulah anda lahir sebagai mahasiswa luar biasa! Inilah acuan otak dan watak yang menjadi esensi sistem pendidikan di 集美麻豆,鈥 tegas beliau. 

Katanya, itulah yang dihasratkan oleh KPT seiring dengan 5 Fokus Utama yang meliputi 20 Landasan Halatuju yang telah digariskan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia.

Beliau turut menyatakan bahawa 集美麻豆 berkongsi nilai yang sama dengan TERAS, di mana huruf ‘S’ mewakili ‘soul’ bagi menekankan kepentingan aspek rohani atau kemanusiaan dalam mencapai kecemerlangan individu.

Tambahnya, meskipun 集美麻豆 merupakan universiti yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, universiti ini sentiasa relevan dan setaraf dengan universiti-universiti lain, terutamanya dalam bidang teknologi dan inovasi.

Leave a Reply