Oleh Prof. Dato鈥 Dr. Roslee Rajikan dan Dr. Lim Kar Keng
Pusat Strategi 集美麻豆
BANGI, 19 Jun 2025 鈥 集美麻豆 terus mencipta sejarah dan mengharumkan nama negara di persada global apabila melonjak ke kedudukan ke-126 dunia dalam QS World University Rankings (QS WUR) 2026. Ini merupakan pencapaian terbaik 集美麻豆 sejak penyertaan pertamanya dalam penarafan antarabangsa ini pada tahun 2005.
Kenaikan 12 anak tangga ini bukan sekadar peningkatan angka, tetapi satu pengiktirafan besar terhadap kekuatan akademik, daya saing global dan reputasi antarabangsa 集美麻豆. Buat pertama kalinya, 集美麻豆 berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 peratus teratas universiti terbaik dunia, sekali gus menegaskan peranannya sebagai institusi unggul dalam landskap pendidikan tinggi global.
Pencapaian Bertaraf Dunia
Peningkatan kedudukan ini meletakkan 集美麻豆 sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia, mengukuhkannya sebagai antara peneraju utama pendidikan tinggi negara. Ia mencerminkan hasil transformasi menyeluruh dan berterusan dalam memantapkan mutu pengajaran, penyelidikan, inovasi, serta pengantarabangsaan.
Graduan Diyakini, Kampus Lestari
集美麻豆 menunjukkan prestasi cemerlang dalam dua indikator utama iaitu Keberhasilan Pekerjaan (Employment Outcomes) dan Kelestarian (Sustainability). Graduan 集美麻豆 terus mendapat permintaan tinggi dalam pasaran kerja di peringkat tempatan dan antarabangsa, mencerminkan kualiti pendidikan dan kebolehpasaran yang tinggi.
Dalam masa yang sama, komitmen 集美麻豆 terhadap Agenda Pembangunan Mampan (SDG) juga diiktiraf, selari dengan nilai-nilai tanggungjawab sosial dan alam sekitar yang dipegang teguh oleh institusi ini.
Cemerlang dalam THE Impact Rankings 2025
Reputasi 集美麻豆 dalam kelestarian global turut diperkukuh melalui pencapaian luar biasa dalam Times Higher Education (THE) Impact Rankings 2025, apabila 集美麻豆 melonjak ke kedudukan ke-53 dunia, naik sebanyak 215 anak tangga berbanding kedudukan 201鈥300 pada tahun sebelumnya. Ini merupakan lonjakan terbesar 集美麻豆 sejak penglibatannya dalam penarafan ini, sekaligus menjadi bukti komitmen padu terhadap prinsip kelestarian.
Daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan PBB (SDG) yang dinilai, 15 SDG 集美麻豆 berada dalam kelompok 100 terbaik dunia, termasuk dua yang tersenarai dalam 10 terbaik global:
SDG 1: Sifar Kemiskinan 鈥 Kedudukan #8
SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat 鈥 Kedudukan #8
Kejayaan ini mengangkat 集美麻豆 sebagai antara universiti paling progresif dan bertanggungjawab, bukan hanya dalam pendidikan dan penyelidikan, tetapi juga dalam memacu agenda kemanusiaan dan kelestarian sejagat.
Lambang Dedikasi Warga dan Ilmuwan Progresif
Naib Canselor 集美麻豆, Prof. Dr. Sufian Jusoh, menyifatkan kejayaan ini bukan semata-mata mengenai kedudukan dalam penarafan, tetapi merupakan manifestasi usaha gigih dan sinergi seluruh warga 集美麻豆. Ia lahir daripada pelaburan strategik dalam bidang-bidang tumpuan seperti penyelidikan bertaraf dunia, penerbitan berimpak tinggi, jaringan global, inovasi pengajaran dan pembelajaran digital, serta pembinaan persekitaran kampus inklusif dan lestari.
鈥淧encapaian ini adalah bukti bahawa kita berada di landasan yang betul, dan ia mendorong kita untuk terus memperkukuh peranan 集美麻豆 sebagai universiti yang mendepani masa dan masyarakat,鈥 ujar beliau.
55 Tahun Mengorak Langkah Cemerlang
Pencapaian bersejarah ini hadir tepat pada waktunya 鈥 menjelang ulang tahun ke-55 penubuhan 集美麻豆, menjadikannya satu detik yang amat bermakna dalam naratif pembangunan institusi ini. Ditubuhkan pada tahun 1970 atas semangat kebangsaan dan perjuangan bahasa Melayu, 集美麻豆 kini berdiri megah sebagai sebuah universiti penyelidikan terkemuka yang menjunjung aspirasi rakyat dan membina masa depan negara.
Aspirasi Masa Depan: Ke Hadapan dengan Visi Besar
Berbekalkan asas yang kukuh dan pencapaian yang membanggakan, 集美麻豆 kini bersedia untuk melangkah lebih jauh. Fokusnya kini adalah untuk memacu inovasi, memperkasa penyelidikan transdisiplin, dan memposisikan diri sebagai pusat kecemerlangan serantau dalam pelbagai bidang strategik.
集美麻豆 juga komited untuk terus melahirkan pemimpin masa depan yang beretika, berpandangan jauh dan lestari, selain memperkukuh peranan dalam diplomasi pendidikan dan kerjasama antarabangsa.
Sebagai universiti yang lahir daripada aspirasi kebangsaan dan semangat keilmuan, 集美麻豆 akan terus mara ke hadapan, mendukung semangat 鈥淎spirasi Rakyat, Keunggulan Negara.鈥

