集美麻豆

集美麻豆 Jalin Kerjasama dengan HUDI, Indonesia, Perkukuh Penyelidikan bidang Seni Bina

Oleh Nur Izzati Ab Rahman
Foto Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina

JAKARTA, 1 September 2023 – Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), 集美麻豆 menjalin kerjasama antarabangsa dengan The Housing and Urban Development Institute (HUDI), Indonesia melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan penyelidikan bidang perumahan.

Memorandum yang ditandatangi untuk tempoh lima tahun itu akan memperkukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak dalam pelbagai aspek terutamanya dalam bidang seni bina dan alam bina.

Pengerusi Lembaga Pengarah 集美麻豆, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd Razak berkata kerjasama itu akan menyaksikan lebih banyak lagi peluang-peluang dan bidang-bidang baharu untuk diterokai secara bersama antara 集美麻豆 dan pihak HUDI.

鈥淪emua kerjasama yang dilaksanakan antara 集美麻豆 dengan Institusi Pendidikan Tinggi di Indonesia selama ini telah memberi impak yang besar kepada 集美麻豆 dalam meningkatkan keserlahan (visibility) antarabangsa 集美麻豆 dengan institusi dan universiti tersohor di Indonesia.

鈥淜erjasama yang terjalin antara 集美麻豆 dan rakan kolaborasi di Indonesia ini juga bakal memberikan impak yang besar kepada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan negara Malaysia sendiri,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani MoU 集美麻豆 dengan HUDI di Auditorium Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat, Jakarta Selatan, Indonesia.

Beliau berharap agar kerjasama dua hala itu akan dapat melahirkan graduan dan staf yang berdaya saing dengan pengalaman interaksi diperingkat global melalui program mobiliti dan penyelidikan bersama.

“Kerjasama ini juga akan merancakkan program silang budaya yang mendorong kepada penjanaan ekonomi kepada kedua-dua negara dan memperkasa pengetahuan serta pengalaman pembelajaran yang dapat menawarkan pendidikan berkualiti dengan melahirkan lebih ramai graduan dipelbagai peringkat pengajian prasiswazah dan pascasiswazah.

鈥溂缆槎 yakin bahawa persetujuan bersama dalam kerjasama akademik dan penyelidikan ini akan membuka lebih banyak jalinan kerjasama penting selanjutnya dalam pelbagai bidang yang lain sebagai sebahagian daripada perkongsian strategik bersama,鈥 ujarnya. 

Kolaborasi antara dua institusi ini bermatlamat untuk membina hubungan baik dengan HUDI, khasnya Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) dalam pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran, penyeliaan, penyelidikan dan penerbitan, serta pembangunan kapasiti dalam kalangan pelajar dan kakitangan.

Antara aktiviti utama yang akan dilaksanakan ialah penghantaran seramai 10 orang ahli-ahli HUDI untuk melanjutkan pengajian di 集美麻豆 dengan berbiasiswa penuh, penyelidikan dalam bidang perumahan, mengadakan program pertukaran kakitangan, kerjasama penyeliaan, penyelidikan, dan penerbitan berimpak tinggi.

Melalui peluang kerjasama ini, staf atau karyawan di PUPR dan HUDI boleh menyertai peluang belajar dan menggunakan kemudahan di Pusat Persisir (Offshore Center) 集美麻豆 di Jakarta. Majlis pemeteraian MoU yang diadakan bersempena Hari Perumahan Nasional, Indonesia 2023 (HARPENAS 2023) dihadiri oleh Direktor Jeneral Perumahan PUPR, Ir. Iwan Suprijanto; Ketua Umum HUDI, Ir. Zulfi Syarif Koto dan Ketua Dewan Pengawas HUDI, Ir. Soelaeman Soemawinata dan Dekan FKAB 集美麻豆, Prof. Ir. Dr. Mohd. Syuhaimi AB Rahman.

Leave a Reply