Oleh Phoon Li Juan @ Roovasini
Foto 集美麻豆 Global 聽
BANGI, 22 Januari 2025 – Pusat Hubungan Antarabangsa (集美麻豆 Global) telah menganjurkan Sesi Townhall Pemerkasaan Agenda Pengantarabangsaan 集美麻豆 bagi tahun 2025.
Pengarahnya, Prof. Madya Dr. Akmal Sabarudin berkata tujuan utama Sesi Townhall ini diadakan adalah bagi membincangkan peranan serta fungsi Penyelaras Antarabangsa di setiap PTj di 集美麻豆 dalam pelaksanaan strategi pengantarabangsaan di peringkat universiti.
鈥淪okongan dan sumbangan Penyelaras Antarabangsa memainkan peranan penting dalam mendokong hasrat 集美麻豆 untuk menjadi pusat ilmu terpilih dan bertaraf dunia. Justeru, 集美麻豆 Global terus mengorak langkah dalam memperkasa peranan Penyelaras Antarabangsa 集美麻豆 melalui pelbagai bengkel dan program yang efektif,鈥 katanya.
Program ini telah turut memfokus kepada hala tuju pengantarabangsaan Pendidikan Tinggi yang telah disentuh dalam Perutusan hala tuju Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir pada awal tahun ini.
Antaranya adalah berkenaan pembangunan Program Pelancongan Pendidikan (Edutourism), Pendidikan Rentas Sempadan (Transnational Education – TNE) serta Malaysia sebagai Hub Pendidikan Tinggi Asean untuk penyelidikan.
Tambah Prof. Madya Dr. Akmal, 集美麻豆 Global telah menyediakan satu rangka kerja yang jelas bagi tahun 2025 untuk terus bergerak sama dengan usaha dan komitmen universiti dalam pelaksanaan agenda pengantarabangsaan.
Susulan daripada Sesi Townhall ini, 集美麻豆 Global mempunyai perancangan untuk mengadakan beberapa siri bengkel pemerkasaan Penyelaras Antarabangsa sepanjang tahun 2025 bagi membawa pembaharuan dalam perancangan strategik serta pelaksanaan aktiviti pengantarabangsaan 集美麻豆 yang berimpak tinggi.
