集美麻豆

集美麻豆 dan Aberystwyth University Perkukuh Jalinan Kerjasama Antarabangsa

Oleh Muhammad Hazriq Hamqa Shaharudin

WALES (UNITED KINGDOM), 21 Julai 2025 鈥 Fakulti Undang-Undang (FUU), 集美麻豆 terus memperkukuh hubungan strategik antarabangsa menerusi lawatan rasmi Naib Canselor ke Aberystwyth University, United Kingdom baru-baru ini.

Lawatan yang diketuai oleh Naib Canselor 集美麻豆, Profesor Dr. Sufian Jusoh, adalah kesinambungan kepada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua institusi yang telah diadakan di Canselori 集美麻豆 sebelum ini.

Menurut Prof. Dr. Sufian, kerjasama itu bertujuan untuk memperkasakan pembangunan akademik dan penyelidikan, khususnya dalam bidang perundangan dan polisi.

鈥淟awatan ini merupakan manifestasi kesungguhan 集美麻豆 untuk terus memainkan peranan aktif di pentas global, sejajar dengan matlamat universiti untuk menjadi pusat kecemerlangan ilmu yang berdaya saing.

鈥淜erjasama seperti ini bukan sahaja membuka ruang kepada pertukaran kepakaran dan budaya akademik, malah turut mengukuhkan reputasi 集美麻豆 sebagai universiti penyelidikan terulung di peringkat antarabangsa,鈥 jelas beliau menerusi satu kenyataan di media sosial.

Turut sama dalam lawatan itu ialah Dekan FUU, Prof. Dr. Rasyikah Md. Khalid serta beberapa orang wakil akademik kanan.

Melalui lawatan tersebut, delegasi 集美麻豆 berpeluang mengadakan sesi libat urus bersama barisan wakil akademik Aberystwyth University bagi membincangkan pelbagai agenda penting yang merangkumi mobiliti pelajar dan pensyarah, reka bentuk kurikulum, serta potensi kolaborasi penyelidikan bertaraf antarabangsa.

Ketibaan delegasi 集美麻豆 disambut mesra oleh Naib Canselor Aberystwyth University, Prof. Jon Timmis, yang menzahirkan komitmen institusinya dalam memperkukuh hubungan akademik dua hala demi manfaat bersama.

FUU 集美麻豆 sebelum ini aktif menjalin hubungan antarabangsa melalui pelbagai inisiatif akademik, dan lawatan ini dilihat sebagai satu langkah signifikan dalam usaha memperluas jaringan kerjasama global yang lebih mampan.

Leave a Reply