Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 5 Disember 2023 鈥 Para pesara 集美麻豆 memperoleh sokongan berterusan daripada universiti untuk menjaga kebajikan mereka selepas bersara.
Menurut Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman, salah satu inisiatif utama adalah peluasan skop penggunaan Kad Pesara 集美麻豆 yang membolehkan para pesara menikmati kemudahan rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) tanpa perlu membuat perbelanjaan sendiri.
鈥淢anakala bagi anak di bawah jagaan pesara yang berumur 18 tahun dan ke bawah serta anak yang cacat atau kurang upaya tanpa had umur boleh mendapat kemudahan rawatan secara percuma di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Hospital Pakar Kanak-kanak 集美麻豆 (HPKK).
鈥淪elain daripada itu, pelbagai kemudahan perkhidmatan turut disediakan kepada pesara, termasuk akses kepada Perpustakaan Tun Seri Lanang dan Perpustakaan Cabang 集美麻豆.
鈥淧ara pesara juga layak menikmati diskaun bagi perkhidmatan di Poliklinik 集美麻豆 Kesihatan, penggunaan dewan 集美麻豆, kemudahan pelekat parkir kereta dan kemudahan penginapan di makmal alami 集美麻豆,鈥 katanya.
Naib Canselor mengajak para pesara terus menyumbang bakti terutamanya kepada masyarakat seperti melalui kegiatan NGO atau lain-lain platform yang sesuai.
鈥淏agi pesara yang telah dan akan meninggalkan universiti watan ini, ingin saya nyatakan bahawa persaraan tidak bermakna berakhir segala-galanya. Masa persaraan akan memberi kita peluang untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan.
鈥淪aya berharap para pesara akan mengisinya sebaik mungkin dan terus menjalani kehidupan harian yang dalam keadaan yang aktif, menyegarkan, dan mencabar seperti semasa masih berkhidmat,鈥 katanya.
Para pesara diraikan dalam Majlis Sanjungan Budi anjuran Jabatan Pendaftar di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.
Pada majlis yang sama, Pengerusi Lembaga Pengarah 集美麻豆, Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak turut melancarkan Hari Pesara 集美麻豆 dan Kad Pesara Baharu 集美麻豆.


