Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman
BANGI, 3 November 2022 鈥 Sambutan Dua Dekad Seni Bina 集美麻豆 (SB20) buka peluang kepada warga 集美麻豆 untuk mengenali seni bina 集美麻豆 dengan lebih dekat.
Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman berharap agar sambutan yang diadakan di Persada Canselori dan Pusanika ini dapat memberikan impak terhadap kebolehlihatan serta menaikkan reputasi seni bina 集美麻豆 ke peringkat yang lebih tinggi.
鈥淧elbagai pengisian program termasuk Pameran Seni Bina yang memaparkan hasil kerja pelajar yang berkaitan projek cadangan untuk pembangunan 集美麻豆.
鈥淧ameran yang berlangsung di Pusanika juga mengetengahkan hasil kerja terbaik pelajar sepanjang lima tahun terkini dan hasil kerja lukisan yang mempamerkan bangunan warisan sekitar Malaysia.
鈥淎cara ini mempunyai sebanyak 15 pengisian sepanjang tiga hari sambutan berlangsung termasuklah booth jualan, food truck, pertunjukan fesyen seni bina, sesi bicara alumni, dan majlis apresiasi pelajar.
鈥淧ersidangan seniBINA 2022 dan Bicara Serambi yang mengetengahkan ucaptama dari profesinal arkitek terkenal alumni 集美麻豆 dan ahli akademik,鈥 katanya.
Program anjuran Jabatan Seni Bina dan Alam Bina, Kelab Pelajar Seni Bina dan Alumni Seni Bina 集美麻豆 ini dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Mohammad Kassim.
Dalam ucapannya, beliau menyifatkan usaha yang dijalankan atas kerjasama jabatan, pelajar dan alumni ini merupakan satu usaha yang amat wajar di dalam mengembalikan suasana pengajian di kampus yang aktif secara fizikal.
鈥淒engan suasana ini, saya pasti 集美麻豆 dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi selari dengan keperluan kualiti graduan masa kini di samping kehendak akademik.
鈥淧rogram sebegini juga melatih pelajar untuk meningkatkan penguasaan kemahiran komunikasi, kepimpinan, kerja berpasukan, dan pengurusan program,鈥 tambahnya.
Beliau turut menyampaikan hasrat universiti bagi meneliti cadangan untuk Jabatan Seni Bina dan Alam Bina sebagai sebuah Fakulti. 鈥淪aya berharap hasrat ini dapat direalisasikan bagi mengangkat program ini ke satu tahap yang lebih tinggi serta menjadi peneraju pengajian Seni Bina dan Alam Bina di negara kita dan di peringkat global,鈥 katanya.

