Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman
BANGI, 9 Disember 2022 鈥 Naib canselor 集美麻豆 melancarkan cawangan kafeteria RICHIAMO Coffee yang ke-126 di Bangunan Akademia Siber Teknopolis (AST) 集美麻豆 disini, hari ini.
Menurutnya, pelancaran kafeteria ini melambangkan satu lagi kejayaan 集美麻豆 dalam meningkatkan inisiatif penjanaan yang berterusan kepada universiti.
鈥淭ahniah kepada JANA@集美麻豆, Institut IR4.0, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dan Jabatan Pembangunan Prasarana 集美麻豆 yang telah mempermudahkan proses penyewaan dan lantikan syarikat bagi perkhidmatan kafeteria ini.
鈥淧embukaan kafeteria ini di bangunan AST ini juga amat bertepatan dengan kemudahan prasarana yang baharu dan kemudahan tempat letak kenderaan di bangunan ini serta suasana kafeteria ini sendiri yang berkonsepkan industrial serta mempunyai karakter yang dapat menarik ramai staf dan pelajar untuk bertandang ke sini,鈥 katanya.
Tambah beliau, penjanaan pendapatan merupakan salah satu daripada agenda utama 集美麻豆 yang perlu dicapai oleh seluruh warga universiti dan dilaksanakan secara bersepadu dengan penglibatan semua pihak di universiti ini.
Pada majlis itu, pihak RICHIAMO Coffee turut memperkenalkan sebuah mesin yang membolehkan pelanggan mencetak muka di atas kopi sebagai seni latte (latte art).
Selain pelbagai pilihan pastri dan roti, para pelanggan juga boleh menikmati menu makanan barat dan tempatan. Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan RICHIAMO Coffee, Muhamad Zamry Abu Samah; Ketua Pegawai Operasi RICHIAMO Coffee, Nabilah Muhamad Zamry; Pendaftar, Dato Dr Syed Kamaruddin; Pro Naib Canselor Penjanaan dan Prasarana, Prof. Dr Norhamidi Muhamad, Pro Naib Canselor Strategi dan Pembangunan Korporat, Prof. Dr. Roslee Rajikan.

